Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat tinggal Ramadhan...

Ramadhan sudah pun sampai penghujungnya...
Pasti ramai yang berpusu - pusu ke pusat membeli - belah...
Walaupun sudah maklum akan berlaku kesesakkan...
Ya la kan bila buat kerja last minute...
Orang kita ni memang suka membuat persiapan disaat akhir...
Tak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung...
Jadi bandar akan menjadi lengang dan kampung pula yang sesak...
Inilah senario yang sering berlaku dikala perayaan menjelma...

Ada yang berkata hari ini adalah hari terakhir berpuasa...
Ada pula yang mengatakan tunggu anak bulan muncul...
Kalau betullah Ramadhan tahun ini hanya 29 hari...
Maka hari inilah hari terakhir kita berada di bulan pesta ibadah ini...
Kalau tidak maka kita masih mempunyai satu hari lagi untuk berpesta...
Walaubagaimanapun kita kena terima hakikat...
Ramadhan tetap akan meninggalkan kita...
Perjalanan kita perlu diteruskan dengan Aidilfitri...

sempadan aidilfitri


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Ahad, 28 Ogos 2011

Imbangan (Balancing)...

Kalau sebelum ni penulis cerita pasal penjajaran (alignment)...
Untuk kali ni pulak kita tengok pasal imbangan (balancing)...
Tayar yang tidak seimbang akan menyebabkan getaran...
Mesti tak selesa punya bawak kalau satu kereta bergetar...
Kalau getar sikit - sikit tak pa la kan...
Ni baru sampai 100 kilometer sejam dah bergegar stereng...
Nak - nak pulak masa tu kat lebuhraya dan jalan jauh...
Balik kampung nak raya la katakan...

mesin pengimbang

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Sabtu, 27 Ogos 2011

Penjajaran (Alignment)

Disebabkan raya dah tak lama lagi...
Maka kali ni penulis nak tulis sikitla...
Pasai penjajaran (alignment) tayar kereta anda...
Ramai yang keliru penjajaran (alignment) dan imbangan (balancing)...
Ramai yang ingat bila buat penjajaran kena buat imbangan...
Jadi bila nak buat mesti ramai yang buat dua - dua sekali...
Ramai juga yang fikir alang - alang buat baik buat sekali...
Walaupun sebenarnya mereka memerlukan salah satu saja...
Jadi berlaku pembaziran wang kat sini (penulis pun sama jugak... adeh)...


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Khamis, 25 Ogos 2011

Gula pasir, Gula batu, Gula merah...

Siapa yang tak suka benda manis...
Senyum pun nak yang manis...
Sampaikan hitam pun diletakkan hitam manis...
Jadi manis ni memang sinonim la dengan kehidupan kita...
Tapi kalau terlebih manis boleh mendatangkan penyakit...
Macam kencing manis...
Jadi antara pemanis yang selalu kita guna ialah GULA...
Pernah anda minum air yang tidak diletakkan gula...
Mesti tak sedap kan??

gula pasir

Mai kita tengok perbezaan antara tiga jenis gula ni...
Gula pasir, gula batu dan juga gula merah...
"Alaa... tiga - tiga gula jugak. Apa bezanya??"
Mesti ada yang berkata lebih kurang ayat kat atas bila tengok tajuk kan...
Ya, memang ketiga - tiganya adalah gula...
Tapi setiap jenis gula memberikan kesan yang berbeza kepada tubuh kita...
Juga memberikan kesan kepada tahap kesihatan kita...
Tak percaya??

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Isnin, 22 Ogos 2011

Isteriku bersama orang lain...

Amaran : 
Artikel ini mempunyai unsur - unsur 18 SX yang tidak sesuai untuk dibaca oleh kanak - kanak...
Sila pastikan anda telah berumur 18 tahun ke atas ataupun cukup matang untuk membaca artikel ini... Bimbingan ahli keluarga yang lebih mengetahui diperlukan sekiranya anda berumur dibawah 18 tahun atau belum cukup matang...

Pada masa kini kes curang telah meningkat secara berleluasa...
Kalau baik tu memang takkan terlibat dengan perkara ni...
Kalau yang tak berapa nak baik tu tak kira lelaki atau perempuan...
Semua sama saja... bak kata orang 2 x 5...
Penulis pun tak tau macam mana istilah 2 x 5 tu boleh wujud...
Bagi yang mengikuti blog ini daripada awal mesti perasan...
Ni la artikel kedua selepas artikel Kiamat Sudah Terlalu Hampir Tiba...
Yang penulis letak amaran sebelum artikel disiarkan...

sekadar gambar hiasan

Selalu bila kes macam ni berlaku, kita cuma dengar cerita sikit - sikit saja...
Bukan cerita yang terperinci yang menyebabkan kita tak tahu pihak mana yang bersalah...
Dan yang selalu kita dengar mesti sebab lelaki nak tambah cawangan...
Yang perempuan pula tak sanggup berkongsi suami dengan perempuan lain...
Kalau jumpa yang sanggup kongsi pun boleh dikira menggunakan jari...
Tu cerita pasal lelaki yang curang sebab nak tambah cawangan tapi isteri tak bagi...
Jadi kali ni penulis nak kongsi satu kisah pasal isteri yang curang...


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Sabtu, 20 Ogos 2011

Mesin Wudhu' Automatik...

Sebelum saya tulis panjang mai kita tengok gambar bawah ni dulu...

auto wudu washer
Macam mana??
Menarik tak benda ni??
Mesti ada yang tertanya - tanya...
"Wujudkah benda alah macam gambar kat atas tu??"...
Jangan senyum sorang - sorang pulak kalau anda terfikir soalan macam tu...
Sebab saya pun terfikir macam tu jugak masa mula - mula tengok...
Tapi mungkin jugak anda tak berfikir macam saya...
Sebab anda dah tahu benda ni sebelum saya tulis kat sini...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Khamis, 18 Ogos 2011

Tukar Nama... Bahaya!!!

"Apa pulak owner blog ni nak tulis??"
Mesti ada yang bertanya macam ni...
Tak pun penulis syok sendiri kot reka soalan macam tu...
Hahaha...
Jadi kita tengok pulak pasal nama...
Kita kenal orang atau benda tu melalui nama kan??
Kalau tak dak nama mesti kita letak nama jugak...
Sebab nak bagi senang kenal...
Paling tidak pun kita letak sipulan sebagai nama...

Kali ni penulis bukan nak bagitau pasal bagi nama orang...
Kita tengok nama atau pun istilah yang ditukarkan...
Kononnya nak bagi nampak ringan sikit...
Tapi kalau ikutkan benda yang sama...
Kesan pun sama saja kalau buat...
Cuma nampak macam tak dak salah langsung...
Nampak macam benda tu betul dan baik...
Jom kita tengok apa nama yang ditukarkan tu...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Ahad, 14 Ogos 2011

Cara mudah belajar Periodic Table...

Bagi adik - adik yang belum, sedang dan akan mengambil aliran sains...
Sudah tentu anda akan belajar matapelajaran Chemistry atau Kimia...
Dan benda yang paling leceh sekali nak kena tahu dan ingat...
Periodic Tables of The Elements ataupun Jadual Unsur Berkala...
Siap ada jenis unsur lagi, nombor proton, singkatan untuk unsur...
Banyak lagi la yang nak kena tahu dan ingat pasal Jadual Unsur Berkala ni...
Bagi yang tak pernah tengok jadual tu boleh tengok kat bawah ni...

Periodic Tables of The Elements, Jadual Unsur Berkala
Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Fuhh...
Bagi orang - orang yang susah nak ingat macam penulis ni...
Memang susah nak mengingat unsur yang ada kat dalam tu...
Walaupun dalam sukatan hanya 20 unsur saja yang perlu tahu dan ingat...
Ditambah pula dengan unsur peralihan iaitu Ferum, Kuprum, dan Zink...
Jadi penulis nak kongsikan cara yang tak memeningkan kepala untuk ingat...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Rabu, 10 Ogos 2011

Tiga waktu berbuka di Burj Khalifa...

Seperti yang kita tahu...
Burj Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia buat masa kini...
Ketinggiannya mencecah 828 meter (2,717 kaki)...
Mula pembinaan pada 21 September 2004 dan berakhir pada 1 Oktober 2009...
Memakan masa enam tahun untuk membinanya...
Dengan kos US $1.5 billion (RM 4.5 billion)...

Burj Khalifa


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Selasa, 9 Ogos 2011

Budak Si Penjual Kuih...

Kuih merupakan sejenis snek yang berasal daripada kepulauan Melayu...
Sesetengahnya hanya boleh didapati ketika musim perayaan...
Kali ni penulis nak kongsi sikit pasal suatu cerita mengenai Penjual Kuih...
Cerita ini berlaku setelah Hafiz (bukan nama sebenar) pulang ke Kuala Lumpur...
Setelah seminggu beraya dikampungnya di Kampung Lubuk Kawah, Jitra, Kedah...
Tujuh tahun yang lalu melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)...
Disebabkan mengantuk, Hafiz megambil keputusan untuk berhenti di sebuah RnR...
Sebaik sahaja dia memesan makanan di RnR tersebut...
Muncul seorang kanak - kanak berumur lebih kurang 12 tahun dihadapannya...

sekadar gambar hiasan


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Sabtu, 6 Ogos 2011

Semasa saya kecil...

When I was a kid, I didn't have a laptop, iPod, Blackberry, PS3 or iPad. I played outside with friends, bruised my knees, made up adventurous fantasies and played hide and seek. I ate what my mom made and KFC was a treat. I would think twice before I said "no" to my parents. Life wasn't hard, it was great and I survived. Kids these days are spoiled. Re-post this if you appreciate the way you were raised. I think we were happier kids :)



Hari ni banyak pulak orang pakai status ni kat facebook...
Sampai Blackberry pun gunakan status ni untuk buat iklan...
Mentang - mentangla ada perkataan Blackberry kat dalam status tu...
Hahaha...
Jadi penulis tertarik la pulak dengan status ni...
Ianya membuatkan penulis berfikir kembali masa lalu...
Masa yang amat berbeza dengan masa sekarang...


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Rabu, 3 Ogos 2011

Facebook Sidebar kepada Chatbox yang asal...

 ****kemaskini (13-08-2011) : Facebook Chat Sidebar Disabler (versi 1.9.7)

Sebelum ni penulis ada bagitau mengenai cara untuk betulkan Facebook Chat Sidebar (FCS)...
Buat apa nak betulkan kalau boleh dapatkan yang asal??
Tak percaya??
Ya dan semua atas ihsan Syamsul Qohar...

tukar chatbox kepada yang lama

Mesti anda rindukan chatbox lama ni kan??
Chatbox ni hilang bila facebook gantikan dengan FCS...
Jadi meh kita tukar balik kepada yang lama...
Nak tahu macam mana caranya??
Teruskan membaca...


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Selasa, 2 Ogos 2011

Setiap yang bernyawa pasti akan mati...

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.
(Surah Ali Imran 3:185)

Al-fatihah buat muslimin dan muslimat yang telah pergi meninggalkan kita...
Semoga ruh mereka semua diletakkan dikalangan orang - orang soleh...
Setiap yang hidup dan bernyawa pasti akan merasakan kematian...
Lambat atau cepat bergantung kepada ketentuan Ilahi sejak azali lagi...
Ada yang belum sempat melihat dunia tetapi telah pergi menemuiNya...
Ada pula yang dapat hidup lebih seabad sebelum dijemput olehNya...


Allah yang mempunyai sifat yang penyayang...
Memberikan beberapa petanda kepada hambaNya sebelum dijemput menemuiNya...
Allah memberikan beberapa tanda agar hambanya bersedia sebelum dijemputNya...
Tanda ini akan muncul samada hambaNya sedar ataupun tidak...
Beruntunglah bagi hambaNya yang sedar dan membuat persediaan...
Seperti menyelesaikan hutang yang ada, menguruskan pusaka dan memperbanyakkan amal...
Amatlah rugi bagi mereka yang tidak menyedari tanda - tanda ini...
Tanda ini akan hilang tanpa memberikan apa - apa manfaat kepadanya...
Jadi mari kita tengok tanda - tanda yang diberikan Allah kepada hambaNya...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

 
Kembali ke Atas | Orang Sedang Membaca Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih