Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Selasa, 9 Ogos 2011

Budak Si Penjual Kuih...

Kuih merupakan sejenis snek yang berasal daripada kepulauan Melayu...
Sesetengahnya hanya boleh didapati ketika musim perayaan...
Kali ni penulis nak kongsi sikit pasal suatu cerita mengenai Penjual Kuih...
Cerita ini berlaku setelah Hafiz (bukan nama sebenar) pulang ke Kuala Lumpur...
Setelah seminggu beraya dikampungnya di Kampung Lubuk Kawah, Jitra, Kedah...
Tujuh tahun yang lalu melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)...
Disebabkan mengantuk, Hafiz megambil keputusan untuk berhenti di sebuah RnR...
Sebaik sahaja dia memesan makanan di RnR tersebut...
Muncul seorang kanak - kanak berumur lebih kurang 12 tahun dihadapannya...

sekadar gambar hiasan

"Abang nak beli kuih?", kata kanak - kanak tersebut sambil menyelak daun pisang yang menutupi kuihnya...
"Tak apa la dik, abang dah pesan makanan.", jawab Hafiz ringkas...
Kanak - kanak tersebut berlalu tanpa berkata apa - apa...
Hafiz terus menikmati makanannya yang baru tiba setelah kanak - kanak itu berlalu...
Setelah habis makanannya, Hafiz terlihat kanak - kanak tersebut mencuba nasib pada pelanggan lain, mungkin sepasang suami isteri...
Mereka juga menolak dan kanak - kanak itu melakukan perkara yang sama dilakukan kepadanya...

"Abang dah habis makan, tak nak beli kuih saya?", katanya selamba ketika menghampiri Hafiz...
"Abang baru jer lepas makan dik, masih kenyang lagi ni.", kata Hafiz sambil menepuk perutnya...
Kanak - kanak itu beredar tetapi hanya sampai ke kaki lima...
Dia meletakkan bakul yang masih sarat di sebelahnya....
Setiap yang lalu akan disapanya "Tak nak beli kuih saya bang... Pak cik... Kakak... Makcik..."
Sungguh molek budi bahasanya menyapa setiap orang yang lalu berhampirannya...
Peniaga di situ tidak menghalangnya keluar masuk ke dalam premis mereka untuk bertemu pelanggan...
Hafiz yang memerhati dari tadi merasa kagum dan kasihan melihat kegigihan kanak - kanak itu...
Langsung tiada tanda - tanda putus asa terpancar di riak wajahnya walaupun tiada siapa yang membeli kuihnya...

Setelah selesai membayar harga makanan dan minuman, Hafiz terus beredar ke kereta...
Kanak - kanak tersebut masih di kaki lima kedai tersebut...
Hafiz membuka pintu, membetulkan apa yang patut dan menutup pintu keretanya...
Belum sempat Hafiz menghidupkan enjin keretanya kanak - kanak tadi berdiri di sebelah keretanya...
Kanak - kanak tersebut menghadiahkan sebuah senyuman yang manis kepadanya...
Hafiz menurunkan cermin dan membalas senyumannya...
"Abang mungkin dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik - adik, ayah, atau ibu abang.", katanya petah sekali sambil tersenyum...
Sekali lagi dia menunjukkan kuih di dalam bakul dengan menyelak daun pisang yang menutupinya...
Hafiz menenung wajah kanak - kanak itu yang tenang, bersih dan bersahaja...
Disebabkan rasa kasihan, Hafiz mengeluarkan not RM 10 dari dompetnya dan menghulurkan kepada kanak - kanak tersebut...
"Ambil ni dik, abang sedekah! Tak payah abang beli kuih tu.", kata Hafiz sambil menghulurkan RM 10 kepada kanak- kanak itu...
Kanak - kanak tersebut menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih dan terus berjalan ke kaki lima deretan kedai tadi...

Hafiz terus menghidupkan enjin keretanya dan bersedia untuk mengundur...
Alangkah terperanjatnya Hafiz apabila melihat kanak - kanak tersebut menghulurkan RM 10 pemberiannya kepada pengemis yang buta kedua - dua matanya...
Lalu Hafiz memberhentikan keretanya dan memanggil kanak - kanak tersebut...
"Kenapa, abang nak beli kuih ke?" tanya kanak - kanak tersebut sebaik menghampiri Haifz...
"Kenapa adik berikan duit yang abang bagi tadi kepada pengemis tu, duit tu abang bagi kat adik?", kata Hafiz tanpa menjawab pertanyaan kanak - kanak itu...
"Saya tak boleh ambik duit tu bang, mak saya marah kalau tahu saya mengemis.", katanya...
"Kata mak, kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan kita tulang empat kerat kepada saya." sambungnya lagi...
"Kalau dia tahu saya bawak duit sebanyak tu tapi jualan masih banyak, mesti mak marah.", katanya lagi...
"Mak kata, mengemis tu kerja orang yang tak berupaya, saya kuat lagi bang!", katanya lancar sekali...

Hafiz sebak lantas kagum dengan pegangan hidup kanak - kanak itu...
Tanpa banyak soal Hafiz bertanya berapa harga semua kuihnya yang berada dalam bakul itu...
"Abang nak beli semua ke?", tanyanya dan Hafiz hanya mengangguk. Lidahnya tak mampu berkata apa - apa lagi...
"RM 25 je bang.", katanya sambil memasukkan kuih kedalam plastik satu persatu...
Hafiz menghulurkan RM 25 lalu kanak - kanak itu berterima kasih dan terus berlalu...
Hafiz hanya memerhatikannya sehingga kanak - kanak itu hilang dari pandangan...
Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, tiba - tiba Hafiz terfikir untuk bertanya statusnya...
Adakah dia anak yatim dan siapakah wanita yang berhati mulia yang melahirkannya...
Hafiz membeli kuihnya bukan atas dasar kasihan kepadanya...
Tetapi kerana kagum dengan sikapnya yang menjadikan kerjayanya sebagai satu penghormatan...
Dia telah menyedarkan Hafiz bahawa siapa dirinya sebenarnya!!!

=========================================================================

Cerita di atas merupakan pengalaman seorang sahabat di kawasan saya sendiri...
Hafiz dah sedar siapa dirinya yang sebenar, kita bila lagi??
Mampukah kita menjadi sehebat kanak - kanak tersebut dan ibunya??
Jawapannya ada pada kita sendiri...
Sekian...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih