Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Selasa, 24 Februari 2009

Kepintaran seekor ayam.........

Di sebuah ladang ternakan ayam... kelihatan seekor ayam jantan yg tua duduk
termenung... .masih terngiang-ngiang di telinganya perbualan tuannya utk
membeli ayam jantan yg masih muda... apa tidaknya ..di kawasan yg mempunyai
25 ekor ayam betina itu... hanya dirinya sja yg jantan dan diharapkan untuk
memastikan ayam betina yg lain mampu bertelur... sedangkan dirinya sudah
semakin tua... .mana la larat kan...

Satu hari seekor ayam jantan yg muda mula berada disitu... pastinya dibeli
oleh tuannya... si ayam muda begitu angkuh membawa ayam2 betina di hadapan
si ayam tua... ayam tua hanya mampu menahan marah... tersenyum sinis... .

Dia tahu itu bukannya satu-satu ayam jantan muda yg pernah hadir dikawasan
itu... namun kerana kepintarannyalah dia berjaya mengusir semua ayam2
jantan yg lain...

"Apa kata kalau kau beri aku 10 ekor ayam betina... kau ambillah lagi 15
ekor...," kata ayam tua...

"Mana boleh... kau tu dah tua... bagila can kat aku yg muda ni...," kata ayam
muda dengan angkuh...

Lantas ayam tua mencadangkan agar satu perlumbaan diadakan dan pemenangnya
berhak mendapat semua ayam betina yg ada... si ayam muda bersetuju...

Pertandingan yg ditetapkan adalah lumba lari 400m... tetapi ayam tua
meminta supaya dia dibenarkan berlari dahulu kerana dirinya sudah tua...
ayam muda bersetuju... ayam tua mula berlari... nun dihujung sana ayam muda
mula mengejar... semakin hampir... .

Dan tiba2...
DUM!!!!! Tuannya menembak si ayam muda... dengan kesal mulutnya membebel......
AKU X TAU KENAPA SEMUA AYAM JANTAN MUDA YG AKU BELI NI GAY...
TAUNYA KEJAR AYAM JANTAN JUGAK... .DAH LA TU...
NGAN AYAM TUA PUN DIA LAYAN JUGAK!!!

... ayam tua tersenyum kemenangan... ."
hehehehe....

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Ahad, 22 Februari 2009

Naper lar.......


Mesti korang pelik kan nape aku tulis tajuk camtu.....
Aku pun tak tau sbb aku tetiba nak tulis tajuk tu.....
Bende ni disebabkan perkara yang terjadi kat aku dalam minggu ke 7 ni.....
Minggu ni aku rasa merupakan minggu yang agak susah dalam hidup aku....

Nape??
Minggu ni aku terpaksa membetulkan keadaan kelas aku......
Minggu ni jugak la aku tetiba tak lalu nak makan, rasa sangat pening dan tension......
Dan..... minggu ni jugak lar masa aku tengah tulis artikel ni mak aku antar mesej yang tok wan aku masuk hospital ......

Perkara pertama yang aku terpaksa betulkan ialah khabar angin yang terbang melayang dari orang yang aku rasa sangat rapat dengan aku.....
Ape khabar anginnye???
Mana leh cakap...... benda dah susah2 aku cuba betulkan nak bagitau kat korang......
Mungkin dia terlebih risau kat aku..... bgus jugak. hehehehehe......
Ada la jugak orang yang masih risau kat aku selain orang tua aku.....
Yang len tu jangan kecik hati sebab  aku tak sebut kat sini...... hehehehe.....
Yang sorang ni mungkin panik dan tak dapat mengawal kemarahan.......
Tu yang dia bertindak diluar jangkaan........
Tapi.... sampai skrg ni pun aku tak tau macam mana keadaan masalah ni......
Kepada yang tahu siapa yang terlibat....
Aku harap anda semua tidak membencinya..... kerana aku rasa dia tak boleh nak kawan perasaan jer.....
Kalau makan dalam pun, jangan benci dia.....
Dia pun manusia jugak..... mesti ada wat benda diluar jangkaan, kalau tak bukan manusia lar......
Lagipun dia tu banyak angin...... hehehehehe......

Ok.... dah2...... tu yang pertama....
Lepas tu plak aku tetiba tak lalu nak makan, pening, loya, pastu tetiba jer aku rasa macam masalah besar bakal menimpa aku......
Rupa2 nya benda tu betul2 terjadi......
Mak aku penat (asthma).... pastu tetiba jer ngah aku tulis post ni mak aku telefon cakap yang tok wan aku masuk hospital sebab strok.....
Strok tu aku rasa sebab ada orang langgar tok wan aku 2 tahun lepas malam 27 Ramadan.....
Ni mat rempit punya pasal lar ni.....
Wheelie2.... tak buka lampu....... pastu langgar tok wan aku.....
Padahal tok wan aku bukan dok kat tengah jalan pun.....
Dia dah ke tepi dah tu..... sampai lagi 2 langkah lagi nak masuk parit kat sebelah.....
Tapi budak tu mai cari tok wan aku jugak......
Patah kaki tok wan aku malam tu......
Dekat setahun tak jalan.....
Pastu pagi 27 Ramadan tahun lepas plak tok wan aku tetiba lumpuh sebelah badan.....
Kul 10.30 pagi...... yang first tu lepas terawih.....
Pastu tak boleh jalan dekat 2 bulan jugak......
Sekarang kena strok plak...... kul 11.30 td masuk Hospital Sultanah Bahiyyah, Hutan Kampung, Kedah.....
Doktor kata ada pendarahan berlaku kat dalam otak......
Kalau nak wat operation peluang untuk hidup sikit sangat.....
Sebab tok wan aku dah umo 80 thn.....
Mungkin ada kesan sampingan......
Pastu kosnyer mahal......
Family aku mana leh dapat duit secepat tu......
Jangan salah faham...... aku bukan nak mintak derma.....
Aku cuma nak mintak kalau boleh korang tolong doakan agar tok wan ak selamat jer.....
Yang len aku tak leh nak mintak..... sebab tu bukan di bawah kuasa aku.....
Dah la sket2...... aku pun tak tau apa yang jadi kat tok wan aku skrg ni.....
Nanti salah fakta pulak........

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Khamis, 5 Februari 2009

Kesan akibat memboikot penyokong Israel...

Post ini merupakan kesinambungan daripada Palestinku dan boikot...
Perniagaan ini (barang yang perlu diboikot) banyak beroperasi di negara Islam... Mereka juga memberikan pekerjaan dan menjana ekonomi kepada negara tersebut... Tidakkah tindakan memboikot ini merugikan negara itu (kita) sendiri...

boikot israel
Betulkan hampir semua barangan yang tersenarai untuk diboikot menjalankan perniagaan di negara Islam sekaligus memberikan pekerjaan kepada negara Islam dan membantu perkembangan ekonomi di negara Islam...
Tetapi kita haruslah memikirkan kesan pemboikotan ini dari sudut yang lain...
Jika sebuah perniagaan yang besar runtuh maka ia akan membuka peluang kepada perniagaan - perniagaan yang kecil untuk membangun. Jadi sepatutnya kita mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membangunkan ekonomi secara berdikari, bukan sebagai kehilangan punca perkembangan ekonomi sesebuah negara...
Contohnya, coca-cola yang telah lama mendominasi pasaran negara Asia Tengah telah mengalami kemerosotan hampir 60 % akibat daripada perbuatan boikot ini...
Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola. Sekarang terdapat banyak alternatif lain untuk coca-cola seperti Radix Cola, Mecca Cola...
Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.
Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan KFC, seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Mydin?

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Rabu, 4 Februari 2009

Senarai barangan yang perlu diboikot............

*kemaskini terbaru 2012 klik Kempan Boikot Israel 2012...

Dibawah ini adalah antara barang yang perlu diboikot......
Kalau tak boleh boikot semua, jangan pulak sokong........

 
Klik pada gambar untuk paparan lebih besar....


Klik pada gambar untuk paparan lebih besar...


Klik pada gambar untuk paparan lebih besar...


Klik pada gambar untuk paparan lebih besar...



Ingatlah saudara kita di Palestin........
Selamat memboikot...........

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

 
Kembali ke Atas | Orang Sedang Membaca Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih