Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Ahad, 14 Ogos 2011

Cara mudah belajar Periodic Table...

Bagi adik - adik yang belum, sedang dan akan mengambil aliran sains...
Sudah tentu anda akan belajar matapelajaran Chemistry atau Kimia...
Dan benda yang paling leceh sekali nak kena tahu dan ingat...
Periodic Tables of The Elements ataupun Jadual Unsur Berkala...
Siap ada jenis unsur lagi, nombor proton, singkatan untuk unsur...
Banyak lagi la yang nak kena tahu dan ingat pasal Jadual Unsur Berkala ni...
Bagi yang tak pernah tengok jadual tu boleh tengok kat bawah ni...

Periodic Tables of The Elements, Jadual Unsur Berkala
Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Fuhh...
Bagi orang - orang yang susah nak ingat macam penulis ni...
Memang susah nak mengingat unsur yang ada kat dalam tu...
Walaupun dalam sukatan hanya 20 unsur saja yang perlu tahu dan ingat...
Ditambah pula dengan unsur peralihan iaitu Ferum, Kuprum, dan Zink...
Jadi penulis nak kongsikan cara yang tak memeningkan kepala untuk ingat...
Kalau masa penulis kat sekolah dulu...
Cikgu penulis ada bagi cara pendek untuk ingat unsur - unsur ni...
Nak tau macam mana caranya...
Caranya ialah dengan menggabungkan semua simbol - simbol unsur tu...
Macam mana plak tu??
Caranya macam ni...

HiHe LiBeB CNOFNe NaMg Al SiP SClAr KCa ScTiV CrMn FeCuNiCo Zn GaGeAs SeBrKr

(Cara nak baca : hai he li beb si nof ne nameng alsip sclar k ka sktiv karmen fekuniko zn gageas seberker)

Sapa yang rasa boleh ingat dengan cara kat atas tu...
Boleh lah guna cara tersebut...
Tapi agak susahla sikit bagi orang yang kepala otak dia kreatif ni...
Yang perlukan unsur multimedia untuk membolehkan depa nak ingat...

Tak pa...
Jangan risau bagi yang tak boleh ingat melalui cara kat atas tu...
Penulis baru jumpa satu cara yang lagi best...
Ingat MyVi saja yang lagi best??
Cara nak ingat pun ada lagi best...

Kita guna unsur multimedia...
Baru seronok sikit nak ingat...
Senang pun senang...
Tak dak la orang nak boikot Kimia lepas ni...
Cuba lihat video kat bawah ni...






Macam mana??
Best kan??
Budak umur tiga tahun pun boleh nyanyi...
Tak percaya??
Tengok video kat bawah ni...






Sekian...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

2 ulasan:

  1. Terima kasih,lagu ni memang bagi saya ingat.Yes, Science is Fun!!!! Kena cari lagi sepuluh elements :)

    BalasPadam
  2. Memang susah nak ingat jadual berkala ni kalau tak buat mcm tu.

    BalasPadam

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih