Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Khamis, 18 Ogos 2011

Tukar Nama... Bahaya!!!

"Apa pulak owner blog ni nak tulis??"
Mesti ada yang bertanya macam ni...
Tak pun penulis syok sendiri kot reka soalan macam tu...
Hahaha...
Jadi kita tengok pulak pasal nama...
Kita kenal orang atau benda tu melalui nama kan??
Kalau tak dak nama mesti kita letak nama jugak...
Sebab nak bagi senang kenal...
Paling tidak pun kita letak sipulan sebagai nama...

Kali ni penulis bukan nak bagitau pasal bagi nama orang...
Kita tengok nama atau pun istilah yang ditukarkan...
Kononnya nak bagi nampak ringan sikit...
Tapi kalau ikutkan benda yang sama...
Kesan pun sama saja kalau buat...
Cuma nampak macam tak dak salah langsung...
Nampak macam benda tu betul dan baik...
Jom kita tengok apa nama yang ditukarkan tu...

1. Riba

Istilah riba ditukar kepada ‘bunga’, ‘faedah’, ‘interest’...
Dan mungkin berbagai-bagai istilah lain...
Ini membuatkan masyarakat tidak lagi takut untuk mengamalkan riba...
Bila sebut perkataan ‘interest’, tiada ketakutan pada Allah terlintas di hati...
Ada ka orang pi tanya bank, “berapa peratus riba pinjaman saya?”
Taklif menghapuskan riba terletak pada bahu pemerintah!!!
Wahai pemerintah, apakah yang anda akan jawab di akhirat kelak di hadapan Allah?
Anda redha dengan sistem kufur!!!

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
[Surah al Baqarah 2:275-279] 

Dan kerana mereka menjalankan riba, pada hal sungguh mereka telah dilarang daripadanya, dan kerana mereka memakan harta orang dengan cara yang tidak sah (bathil). Dan Kami sediakan untuk orang-orang kafir di antara mereka azab yang pedih
[Surah an Nisaa’ 4:161] 

2. Islam Hadhari

Islam itu mudah, bukan dipermudahkan...
Islam itu baik, bukan diperbaiki!!!
Mengapa perlu ada Islam Hadhari??
Adakah agama Allah itu belum lengkap??
 Rukun Islam yang lima pun masih belum ada yang menyempurnakannya...
Inikan pula ’10 Rukun Islam Hadhari’ yang direka-reka oleh manusia...
Yang kononnya ingin mengembalikan kehidupan Islam...

Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
[Surah Ali ‘Imran 3:78] 

3. Politik Wang

Istilah ‘politik wang’ digunakan bagi mengaburi mata rakyat...
Politik wang dilihat lebih bersih sikit berbanding rasuah...
Jadi istilah ‘rasuah’ diganti dengan ‘politik wang’ agar nampak ringan kat mata rakyat yang ditipu...

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
[Surah al-Baqarah 2:188]

4. Demokrasi

Masalah ummah kian parah apabila menyangka demokrasi itu sinonim dengan syura...
Walhal, kedua-dua istilah ini membawa maksud yang cukup berbeza...
Demokrasi adalah sistem kufur yang disebarluaskan oleh orang kafir...
Syura pula adalah perintah Allah SWT...
Masakan kedua-dua istilah ini sinonim??
Demokrasi merupakan sistem kufur...
Di mana manusia menggubal undang-undang menurut kemahuan manusia...
Bukan yang mendasar kepada al-Quran, as-Sunnah, ijmak sahabat, dan al-Qiyas!!!

Katakanlah: "Sesungguhnya aku tetap berada di atas (kebenaran yang berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (Al-Quran) dari Tuhanku; sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan (dari azab seksa); hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Ia menerangkan kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik yang memberi keputusan".
[Surah al An’aam 6:57]

5. Zina

Zina merupakan satu gejala kebejatan akhlak...
Yyang menghantui masyarakat masa kini lebih-lebih lagi golongan muda...
Perkataan zina ditukar kepada ‘seks luar nikah’, ‘seks rambang’, dan sebagainya...
Zina secara paksa (zina bil jabr) ditukar kepada ‘sumbang mahram’, ‘rogol’, dan sebagainya...
Apabila istilah yang berat seperti ‘zina’ ditukar-tukar...
Sudah tentu akan mencabut ketakutan kepada Allah di hati...

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
[Surah al Isra’ 17:32]

Macam tu lah...
Kita ni asyik kena kencing...
Yang untung orang yang buat benda tu...
Sebab terlepas daripada hukuman...
Kalau ada apa lagi nak tambah...
Jangan segan - segan komen kat bawah...
Sekian...

sumber : Soutul Mujahid

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih