Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat tinggal Ramadhan...

Ramadhan sudah pun sampai penghujungnya...
Pasti ramai yang berpusu - pusu ke pusat membeli - belah...
Walaupun sudah maklum akan berlaku kesesakkan...
Ya la kan bila buat kerja last minute...
Orang kita ni memang suka membuat persiapan disaat akhir...
Tak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung...
Jadi bandar akan menjadi lengang dan kampung pula yang sesak...
Inilah senario yang sering berlaku dikala perayaan menjelma...

Ada yang berkata hari ini adalah hari terakhir berpuasa...
Ada pula yang mengatakan tunggu anak bulan muncul...
Kalau betullah Ramadhan tahun ini hanya 29 hari...
Maka hari inilah hari terakhir kita berada di bulan pesta ibadah ini...
Kalau tidak maka kita masih mempunyai satu hari lagi untuk berpesta...
Walaubagaimanapun kita kena terima hakikat...
Ramadhan tetap akan meninggalkan kita...
Perjalanan kita perlu diteruskan dengan Aidilfitri...

sempadan aidilfitri



Sudah tentu ramai yang bergembira...
Kerana kita akan merayakan Aidilfitri selepas ini...
Tahun ini pulak bertembung dengan Hari Kebangsaan...
Memang ada sedikit kelainan la tahun ni...
Aidilfitri kali ini disambut bersama Hari Kebangsaan...
Maka keluarlah tema "Merdeka Raya" untuk tahun ini...
Jadi akan menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam diri...
Terus mengibarkan Jalur Gemilang diserata tempat...
Tanpa kita sedar Ramadhan pergi meninggalkan kita...
Seperti tidak pernah diperdulikan langsung kewujudannya...
Tapi saya percaya masih ada yang sedih...
Kerana Ramadhan pergi bersama - sama dengan keberkatannya...
Tiada lagi Solat Terawih berjama`ah setiap malam...
Tiada lagi ganjaran yang berlipat kali ganda...
Takut tak dapat lagi berjumpa di tahun hadapan...
Berlalunya bermaksud semua ganjaran kembali seperti biasa...

Tetapi ramai yang salah anggap pasal perkara ini...
Maka mereka kembali kepada kehidupan mereka...
Sedekah tidak diberikan...
Al-Quran dan Sunnah ditinggalkan semula...
Peserta masjid berkurang semula...
Amalan sunat - sunat yang lain pun ditinggalkan...
Mungkin pada fikiran mereka tidak dapat ganjaran berganda...
Maka tak perlu lah nak buat semua benda tu...
Jadi apa gunanya Ramadhan datang??
Sekiranya hanya pada bulan itu sahaja kita melakukan semuanya...
Tetapi bila dibulan lain kita tinggalkan semuanya...

Sepatutnya kita terus beristiqamah...
Kenapa bulan Ramadhan kita boleh buat...
Tapi dalam bulan lain kita tak boleh buat??
Takkan hanya bulan Ramadhan saja kita berpesta ibadah??
Tapi pada bulan lain kita buat pesta lain pulak...
Jadi sepatutnya amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan...
Kita bawak ke bulan - bulan yang lain juga...
Ingatlah bahawa yang menentukan kita masuk syurga atau neraka...
Bukan berdasarkan berapa banyak pahala yang kita ada...
Tetapi disebabkan oleh rahmat daripada Allah yang Ar-Rahman...

Sahabat saya pernah cerita pasal seorang hamba Allah ni...
Saya pun tak berapa ingat cerita penuhnya macam mana...
Tetapi yang saya ingat lebih kurang macam ni...
Dia menghadap Allah dengan 99 gulung amalan kejahatan...
Tetapi disebabkan suatu perkara yang dilakukannya...
Iaitu sentiasa memuliakan nama Allah...
Maka Allah masukkannya ke syurga...
Satu lagi cerita pasal hamba Allah yang banyak dosa jugak...
Tapi Allah masukkan dia ke syurga disebabkan bulu matanya...
Kerana beliau sering menangis bertaubat atas dosa - dosanya...
Tetapi tidak sempat dihapuskan semua dosanya sebelum dia menemui ajal...

Itu antara sebab - sebab yang diberitahu kepada kita...
Macam mana pula dengan cara - cara yang tidak pernah kita tahu dan fikirkan...
Jadi kita nak masuk syurga atau neraka itu hak Allah...
Tapi kita jangan la pulak tak mau usaha langsung...
Tak dak usaha macam mana nak dapat hasilnya??
Kalau kita memandu sebuah kereta...
Kita tak pernah berusaha untuk mengelakkan kemalangan...
Sudah tentulah kita akan terus kemalangan...
Sebab yang berusaha pun kemalangan...

selamat tinggal ramadhan

Perkara diatas adalah muhasabah diri saya sendiri...
Semoga saya boleh mengekalkan pada setiap masa...
Sekaligus dapat memperbaiki diri menjadi yang lebih baik...
Semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan lagi tahun hadapan...
Mungkin dengan pemerintahan khalifah yang kita sudah lama tunggu...
Walaupun mustahil pemerintahan khalifah dengan umat Islam sekarang...
Tapi kekuasaan Allah dapat melenyapkan segala kemustahilan tersebut...
Akhir sekali saya ingin memohon maaf jika ada salah dan silap...
Mana tau ada yang terguris sebab artikel dalam blog ini...
Taqabbalallahu minna wa minkum (semoga Allah menerima amal kami dan amal anda)...
Shiyamana wa shiyamakum (puasa kami dan puasa anda)...
Kullu amin wa antum bi khoir (semoga kita semua sentiasa dalam kebaikan)...

تقبل الله منكم صيامنا وصيامكم كل امين وأنتم بخير


Yang balik kampung tu hati - hati...
Jangan anda menjadi penyebab statistik Ops Sikap 24 meningkat...
Buka lampu bila hujan turun...
Jangan la buka lampu kecemasan...
Sebab pemandu lain bukan macam anda...
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin...
Sekian~

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih