Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail
Memaparkan catatan dengan label Perayaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perayaan. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam semua...
Maafkan penulis kerana tidak mengemaskinikan blog ini...
Maklumlah sekarang ni agak sibuk sikit dengan kerja...
Pertama kali penulis nak mengucapkan berbanyak terima kasih...
Kepada pembaca yang masih lagi setia mengunjungi blog ini (perasan saja yang lebih)...

Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan Salam Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca blog ini...


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Rabu, 25 Julai 2012

Hari Kemerdekaan 2012

Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan...
Disambut setiap tahun di negara kita...
Iaitu setiap kali tanggal 31 Ogos setiap tahun...
Bemula dengan sambutan pertama pada tahun 1957...
Kira - kira balik dah genap...
Ehh... Kejap2...
Tahun ni nombor ganjil kan??
Dah ganjil 55 tahun kita menyambut hari kemerdekaan...
Err... Macam pelik pulak bunyinya...
Huhuhu...
Seperti yang kita tahu...
Walaupun masih ada yang mungkin tidak tahu...
Tema untuk tahun ni dah bukan 1 Malaysia dah...
Haaa... Tu la hampa (untuk yang tak tau lg, yang tau senyap sudah) ...
Tak ambik tahu hal semasa...
Tahun ni tema hari kemerdekaan kita...
"Janji Ditepati"
Apa yang ditepatinya??
Entah la...
Tak berani nak komen lebih - lebih...


Tapi bukan tu yang penulis nak tekankan kat sini...
Yang penulis nak tekankan kat sini logo tahun ni...
Jom kita tengok logo untuk tahun ni...
Memang paling lawa dalam sejarah...
Paling susah nak buat lukis...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Ahad, 22 Julai 2012

Salam Ramadhan 2012...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Lama jugak blog ini tak dikemaskini...
Almaklumlah...
Makin malas nak menaip...
Tambah - tambah pulak sekarang ni idea nak tulis makin berkurang...
Tambah pulak dengan kesibukkan projek untuk subjek...
Err... Berapa kali tambah dah...

Rasanya tak terlambat lagi kot untuk penulis nak ucapkan...
"SELAMAT  BERPUASA"...
Kepada pembaca yang masih sudi berkunjung ke blog ini...
Mula ingat dah tak dak orang tengok dah...
Sekali tengok statistik ada orang masuk lagi...
Walaupun banyaknya bot enjin carian...

Apa - apa pun terima kasih kepada yang masih baca blog ni...
Walaupun dah lama tak update...
Semoga kita semua sentiasa diberkati sepanjang hidup...
Semoga sentiasa dirahmati sentiasa...
Sekian untuk post kali ini...
Terima kasih...


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Khamis, 5 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012 dan Selamat Menjawab Peperiksaan...

Da lama rasanya blog ni tak berentri baru...
Kepada yang masih setia mengunjungi blog ni (ada ke??)...
Penulis nak mintak maaf la sangat - sangat sebab tak dapat nak kemaskini...
Maklumlah sibuk ngan projek...
Sekarang ni pulak sibuk dengan peperiksaan akhir semester...


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat tinggal Ramadhan...

Ramadhan sudah pun sampai penghujungnya...
Pasti ramai yang berpusu - pusu ke pusat membeli - belah...
Walaupun sudah maklum akan berlaku kesesakkan...
Ya la kan bila buat kerja last minute...
Orang kita ni memang suka membuat persiapan disaat akhir...
Tak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung...
Jadi bandar akan menjadi lengang dan kampung pula yang sesak...
Inilah senario yang sering berlaku dikala perayaan menjelma...

Ada yang berkata hari ini adalah hari terakhir berpuasa...
Ada pula yang mengatakan tunggu anak bulan muncul...
Kalau betullah Ramadhan tahun ini hanya 29 hari...
Maka hari inilah hari terakhir kita berada di bulan pesta ibadah ini...
Kalau tidak maka kita masih mempunyai satu hari lagi untuk berpesta...
Walaubagaimanapun kita kena terima hakikat...
Ramadhan tetap akan meninggalkan kita...
Perjalanan kita perlu diteruskan dengan Aidilfitri...

sempadan aidilfitri


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Isnin, 27 September 2010

Puasa Qadha atau Puasa 6 Syawal...

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

"kau , dah hari ker berapa dah?"
"aku dah 5 hari dah ni"
"esok aku raya (sunat syawal)"


Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah. 

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Khamis, 1 April 2010

Selamat Hari Terjadi...

Hmm...
Sapa punya hari jadi plak arini??
Mesti itu persoalan pertama yang terpacul kat otak kebanyakkan orang yang membaca tajuk post kali ini...
Sebenarnya hari ini adalah ulang tahun ke -2 blog ini...
Tapi kalau tengok post kat dalam blog ini...
Masih belum cukup dibandingkan dengan usia blog ini...
Maklumlah penulis bukan seorang yang rajin mengemaskini blog...
Jadi setakat ini cuma 79 post sahaja yang wujud dalam blog ini...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Jumaat, 26 Februari 2010

Maulidur Rasul 1431


Kami mengutuskan kamu ( Wahai Muhammad) tidak lain tidak bukan untuk menjadi rahmat kepada sekalian alam. (Al-Anbiya':107)

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya. (Al-Ahzab:56)

Suburkanlah sunnah Rasulullah dalam kehidupan...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Khamis, 17 September 2009

Hari raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Erm...
Tinggal berapa hari je lagi nak raya...
Cepatnyer masa berlalu...
Sebelum terlepas...
Penulis nak ucapkan la Selamat Hari Raya...
Maaf Zahir dan Batin...
Bukan pasal ap...
Takut la jugak...
Buat salah tanpa sedar...
Kalau buat silap x per...
Ramai orang tak kisah...
Tapi bila buat salah...
Susah...
Bukan semua yang suka memberi kemaafan secara sukarela...
Mesti ada orang kena mintak maaf...
Tu pun kadang - kadang nasib jer orang tu maafkan...

Jadi penulis harap semua yang ada buat salah tu...
Gi mintak maaf cepat - cepat...
Takut nanti tak sempat...
Nanti hidup merempat...
Macam mana nak selamat...
Kalau dah hidup tak berkat...
Tapi jangan la pulak bila dah minta maaf tu...
Buat balik benda - benda yang kita minta maaf tu...
Hampeh kalau macam tu...
Penat jer mintak maaf...
Rugi air liur jer...
Tapi lebih baik la daripada tak mintak maaf langsung kan...
Huhuhu...

Bila muncul jer perkataan raya tu...
Mesti ramai yang dah buat macam - macam persiapan...
Ada yang dah prepare baju berpasang - pasang...
Ada yang dah prepare kuih berbakul - bakul...
Tak ketinggalan jugak yang renovate umah...
Memang dasat persiapan untuk sambut syawal yang bakal tiba nih...
Biasa la kan...
Raya setahun skali jer...
Kalau ikut tahun bulan la (hijrah lar...)...
Tapi kalau ikut tahun matahari (masihi lar...)...
Boleh jadi raya setahun 2 kali...
Lepas tu ramai - ramai melompat 2 kali raya satu tahun...
Padahal skali jugak...
Adeh...

Erm...
Satu lagi yang kita slalu uat masa raya...
Kunjung - mengunjung sanak saudara...
Hehehe...
Masa raya ni la kita nak jumpa dengan sedara - sedara...
Leh kenal sedara - sedara kita...
Sampai pernah skali penulis terkejut...
Satu kampung tu semua sedara penulis...
Huhuhu...
Ramainyer nak kena kenal...
Tapi biasa la...
Bila lagi semua nak berkumpul sama - sama kan...
Nak tunggu cuti...
Cuti lain bukannya sama pun...
Jadi cuti raya ni la kita nak jumpa...
Btul tak??

Raya gak masa kita nak sucikan diri...
Selain daripada meraikan kemenangan...
Jadi jangan lupa ZAKAT FITRAH...
Bagi yang masih ditanggung tu...
Jangan la buat tak tau jer...
Ambik tau pasal zakat ni...
Bagi yang menanggung plak...
Cepat2 la selesaikan...
Takut terlambat nanti tak boleh bayar...
Masa paling afdhal nak bayar ialah sebelum solat sunat hari raya...
Tapi jangan tunggu yang afdhal sampai jadi haram...
Bahaya tu...
Huhuhu...

Erm...
Rasanya cukupla setakat ni...
Sebenarnya tengah bosan nih...
Pastu tak der idea nak tulis...
Kalau ada kesalahan dalam penulisan tu tegur - tegur yer...
Biasa la...
Manusia sentiasa buat salah dan silap...
Akhir sekali...
Penulis nak ucapkan...

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2009"


"MAAFKAN KESALAHAN LUARAN DAN DALAMAN SAMADA SECARA SENGAJA ATAUPUN TERLUPA"

Sekian...
Terima kasih kerana sanggup membaca...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Sabtu, 22 Ogos 2009

Apa itu Ramadhan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ini 1hb Ramadhan 1430 bersamaan 22hb Ogos 2009...
Seluruh umat Islam di negara Malaysia mula menahan diri daripada lapar dan dahaga...
Dalam erti kata lain berpuasa...
Seperti yang diperintahkan dalam Al-Quran...



(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.                                                                                     (Al-Baqarah : 285)


Bulan Ramadhan mengandungi pelbagai kelebihan dan fadhilat...
Pada bulan inilah pelbagai ganjaran dilipatgandakan...
Kalau sebelum ni tak tahu bila masuknya waktu solat...
Masa bulan ni la jugak ramai orang tahu bila masuknya waktu solat...
Terutamanya waktu Maghrib...
Hahaha...
Nk buka puasa punya pasal la kan...
Yang tak pernah solat pun tahu bila masuk waktu Maghrib...

Pertama skali penulis nak kongsi mengenai apa itu Ramadhan...
Tak cukup la kalau sekadar mengenali Ramadhan sebagai bulan puasa sj kan...
Ramadan berasal dari kata akar رﻣض (romadho), yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah...
Dari kata akar tersebut kata Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan...
Pendapat lain mengatakan bahawa kata Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah...
Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk serius mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan...

Tu definisi Ramadhan...
Macam mana pulak nak tau bila nak mula berpuasa...
Atau bila 1hb Ramadhan bermula...
Kalau kalendar yang biasa kita gunakan (klau kat sekolah penulis dulu dipanggil kalendar kapir...)
Penentuan permulaan bulan adalah tetap...
Kalau bulan tu 31 atau 30 hari, memang tak lebih dan tak kurang...
Orang kata ngam-ngam...
Cuma kalau 28 hari sj yang kadang2 bertambah jadi 29...
Itu pun tetap 4 tahun sekali...
Tetap jugak kan??

Berbeza dengan bulan yang jarang kita gunakan...
Jumlah hari dalam setiap bulan bergantung kepada fasa bulan...
Kalau cepat fasa bulan tu...
Maka bulan tu hanya ada 29 hari...
Dan 30 hari untuk sebaliknya...
Jadi kenalah teropong tengok anak bulan...
Kalau nampak maksudnya masukla bulan baru...
Nak teropong pun bukan leh main teropong sj...
Ada caranya...
Tak yah tau lah kan...
Dh ada orang tolong teropongkan untuk kita...
Hehehe...
Pastu tunggula pengumuman...
"Maka dengan ini saya mengumumkan bahawa esok puasa"...
Sorang2 tepuk kepala...

Nape plak cmtu??
Fikir pasal nak sambut raya...
Baju raya, langsir raya, kuih raya, duit raya...
Pastu fikir pasal jalan raya...
Ye la kan...
Nak balik kampung mesti tahu jalan mana yang jem...
Baru senang nak buat perancangan...
Perlu bawak roti ke tak...
Senang nak sapu kalau jem nanti...
Hehehe...

Huh...
Puasa pun tak abis lagi dah fikir nak raya...
Dalam bulan ni banyak peristiwa telah berlaku...
Antaranya...
Nuzul Al-Quran...
Ramai ulama' bersetuju bahawa Al-Quran diturunkan pada bulan ini...
Tapi tarikhnya kurang pasti...
Bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah (mazhab yang diikuti oleh Malaysia)...
Mereka menerima bahawa Al-Quran diturunkan pada 17hb Ramadhan...
Dan tarikh inilah yang kita selalu raikan...

Peristiwa lain pada bulan ini...
Lailatul Qadr...
Merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan...
Tiada waktu yang khusus bila malam ini wujud...
Tapi, menurut beberapa riwayat...
Malam ini terjadi pada 10 malam terakhir bulan ini...
Lebih tepat lagi pada hari yang ganjil...
Walaupun ada ulama' yang mengatakan ianya terjadi pada malam 24hb...
Tapi ap yang pentingnya...
Tarikh ini dirahsiakan agar manusia...
Lebih kerap melakukan ibadah pada bulan ni...

Peristiwa lain yang berlaku pada bulan ini seperti...
Perang Badar pada 17 Ramadhan 2 bersamaan Mac 624...
Pembukaan Kota Makkah pada 19 Ramadhan 8 bersamaan dengan Disember 629...
Cukup lah setakat ni untuk kali ni...
Nanti terover panjang plak...
Susah...
Tak der orang nak bace plak...
Akhir sekali...
Penulis ingin mengucapkan...
Selamat Menyambut Ramadhan Yang Mulia...
Dan Selamat Berpuasa...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Sabtu, 20 Jun 2009

Gagak, Ayah dan Anak...

Hai semua...
Sempena hari Bapa, penulis nak kongsi satu cerita...
Tapi sebelum tu...
Kepada Ayah penulis...
Kepada Bapa2, Papa2, Abah2, Abuya2, Daddy2 dan apa2 lagi la perkataan yang sewaktu dengannya...
Tak lupa juga kepada yang bakal memegang gelaran tu selepas ini manma90.blogspot.com...
Penulis nak ucapkan...
manma90.blogspot.com SELAMAT HARI BAPA... manma90.blogspot.com
Teruskan membaca dan sama2 kita hayati ceritanya...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Rabu, 6 Mei 2009

Naluri Susuan Ibu

Sempena dengan hari ibu...
Penulis nak kongsikan satu puisi mengenai Ibu...
Mari sama - sama kita hayati...

Seorang ibu,
Dengan penuh kerelaan
Menyusui anaknya sendiri
Merasai hangatnya sebuah dakapan
Akrabnya hubungan
Biarpun,
Ada yang beranggapan,
Tercela bentuk badan
Hilanglah keindahan
Seorang wanita impian
Demi kasih sayang berpanjangan
Susu ibu jadi pilihan
Biarpun,
Larian masa mengikat kita
Si ibu berkerjaya tetap berbangga
Demi anak tercinta
Menyusui anak dengan penuh manja
Kemesraan, Kepuasan dan Kasih Sayang
Begitu susah untuk digambarkan
Tautan kasih dua insan
Dikala anak dalam hisapan
Begitulah,
Nikmatnya anugerah Tuhan
Susu ibu tiada bandingan
.::SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU 2009::.

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Rabu, 1 April 2009

April's Fool.....

Dah lama penulis tak mengemaskinikan blog ni.....
Ramai kawan2 dah tanya.....
Di sebabkan esok (er... arini r...)...
Adalah 1 April (lebih dikenali dengan nama April Fool's Day)...
Juga tarikh kelahiran blog ini ......
Penulis ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang ada dengan semua pembaca.....

April Fool’s Day mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam di Sepanyol akhirnya diserang tentera-tentera kristian. Penduduk-penduduk Sepanyo ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan terus berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.
Di sebabkan itu, penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan mereka dengan merggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu merupakan satu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya, ( 1 April ), mereka mengambil semua barang mereka yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar semua rumah mereka. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya sudah habis dibakar. Pihak kristian kemudiannya terus menyarang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah itu kemudiaannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya diulangi setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool’s Day. Yang menyedihkan, orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayalkan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita semua.....

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Isnin, 26 Januari 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.........


Kepada semua pembaca blog ini terutamanya yang akan menyambut Tahun Baru, penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina....... "恭喜发财" (hahaha..... betul x aku tulis ni...... aku pun tak tau baca..... main tulis jer....... silap main copy jer.....) yang akan jatuh pada  tanggal 26 dan 27 Januari tahun ini........

 

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Jumaat, 3 Oktober 2008

Selamat Hari Raya..........


Pertama sekali penulis ingin menyusun sepuluh jari tangan dan kaki (boleh ka???) ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua pelawat blog ini........

Post kali ni lambat sikit dari biasa sebab tak sempat nak online..... Biasala bila balik kampung.... Kalau kat umah ada la (tu pun kalau cc bukak)......


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Rabu, 14 Mei 2008

"Muqaddimah"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.......
Terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi mengakses blog ni.......
Walaupun tak seberapa hebat tapi cukuplah untuk meluahkan isi hati & ilmu......
Sekian terima kasih....

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih