Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Sabtu, 20 Ogos 2011

Mesin Wudhu' Automatik...

Sebelum saya tulis panjang mai kita tengok gambar bawah ni dulu...

auto wudu washer
Macam mana??
Menarik tak benda ni??
Mesti ada yang tertanya - tanya...
"Wujudkah benda alah macam gambar kat atas tu??"...
Jangan senyum sorang - sorang pulak kalau anda terfikir soalan macam tu...
Sebab saya pun terfikir macam tu jugak masa mula - mula tengok...
Tapi mungkin jugak anda tak berfikir macam saya...
Sebab anda dah tahu benda ni sebelum saya tulis kat sini...
Benda ni merupakan mesin wudhu' automatik pertama di dunia...
Ianya dicipta untuk menjimatkan penggunaan air semasa wudhu' (jimat ka??)...
Ia juga dikatakan menjimatkan masa yang diambil untuk berwudhu' (jimat ka??)...
Dan juga dikatakan lebih bersih berbanding cara berwudhu' yang biasa...
Mesin ini beroperasi sepenuhnya menggunakan sensor pengesan...
Jadi anda tak payah nak bukak atau tutup pili air tu...
Dan anda juga tak payah nak susah - susah keringkan air wudhu' tu...
Sebab mesin ni dah tolong buatkan semua itu untuk anda...
Mai kita tengok lagi gambar yang ada...

auto wudu washer

Sebenarnya gambar kat atas tu saya tak tau ada atau pun tak...
Sebab setelah bertanya kepada En Google selama sehari suntuk...
Tak jumpa pun yang betul - betul pasal gambar kat atas tu...
Tapi pasal mesin wudhu' automatik tu memang la wujud...
Sebab siap bagi video lagi pasal cara - cara nak gunakan mesin tu...
Lepas tu ada urutan basuhan untuk berwudhu' dengan nyalaan LED...
Ada pengering automatik dan juga doa lepas wudhu'...
Jadi mesin ni siap ada speaker la untuk memperdengarkan bacaan doa...
Mai kita tengok mesin yang dah sah wujud kat atas muka bumi ni...

auto wudu washer

Siap sekali ngan tandatangan Dato' Najib ada kat situ...
Awat... Tak percaya mesin ni orang Malaysia yang reka??
Mesin ni dikeluarkan oleh syarikat AACE Technologies Sdn Bhd...
Tempat untuk basuhan tu disalut kan dengan lapisan anti-kuman dan kulapuk...
Hmm...
Nak terang banyak - banyak pun tak berapa nak terer...
Jadi tengok la sendiri video kat bawah...


Ramai jugak yang tak setuju dengan mesin ni...
Kalau tak percaya boleh la tanya En Google...
Sampai satu forum tu terus keluar hukum haram...
Saya pun tak ingat forum yang mana satu...
Banyak sangat forum yang saya singgah...
Sebab nak tau pasal benda alah ni...
Sekian...

sumber : AACE Technologies

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih