Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Rabu, 1 April 2009

April's Fool.....

Dah lama penulis tak mengemaskinikan blog ni.....
Ramai kawan2 dah tanya.....
Di sebabkan esok (er... arini r...)...
Adalah 1 April (lebih dikenali dengan nama April Fool's Day)...
Juga tarikh kelahiran blog ini ......
Penulis ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang ada dengan semua pembaca.....

April Fool’s Day mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam di Sepanyol akhirnya diserang tentera-tentera kristian. Penduduk-penduduk Sepanyo ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan terus berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.
Di sebabkan itu, penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan mereka dengan merggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu merupakan satu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya, ( 1 April ), mereka mengambil semua barang mereka yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar semua rumah mereka. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya sudah habis dibakar. Pihak kristian kemudiannya terus menyarang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah itu kemudiaannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya diulangi setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool’s Day. Yang menyedihkan, orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayalkan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita semua.....

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih