Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Isnin, 27 September 2010

Puasa Qadha atau Puasa 6 Syawal...

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

"kau , dah hari ker berapa dah?"
"aku dah 5 hari dah ni"
"esok aku raya (sunat syawal)"


Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah. 

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Jumaat, 24 September 2010

Timing belt vs Timing chain...Yang mana lebih bagus??

Ada yang mengatakan timing chain lebih baik berbanding timing belt...
Sebab yang diberi ialah timing chain tak payah tukar sampai enjin kereta tuh rosak...
Berbeza dengan timing belt yang perlu ditukar setiap 70k - 100k km bergantung kepada pengeluar...
Tak kurang pula mengatakan sebaliknya...
Mereka mengatakan timing belt lebih senyap berbanding timing chain...
Ini disebabkan timing belt diperbuat daripada getah fiber...
Berbanding timing chain yang diperbuat daripada besi seperti rantai basikal...
Betulkah begitu??

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih