Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Rabu, 28 April 2010

1 Malaysia :: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan...

kemaskini**
mekanisma ini telah ditangguhkan...
tapi tak tau la smpai bila nk ditangguhkan...
kalau tak boleh naik harga minyak...
tak tau la harga apa pulak dia nak naikkan...

Sebelum penulis bercerita panjang...
Silalah baca pernyataan dibawah...

Dua harga petrol mulai 1 Mei 2010

PETALING JAYA: Dua harga petrol berbeza untuk warga negara dan bukan warga negara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, (dahulunya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini. Beliau berkata, kepada warga negara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermakna bukan semua warga negara akan menikmati subsidi yang disediakan.
“Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Golongan yang mendapat subsidi, katanya, akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol. Bagi RON 95, kerajaan kini memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10. Jadi, mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan juga bukan warga negara, akan membayar RM2.10 atau lebih,” katanya. Ismail berkata, kerajaan juga mungkin akan mengenakan cukai yang akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan.
Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei. “Selain mengekalkan subsidi minyak, kerajaan juga masih mengekalkan subsidi gas, gandum, dan juga gula,” katanya. Menurut Ismail, walaupun harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen, namun kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 80 sen. “Tahun lalu kerajaan memberi subsidi sebanyak 60 sen sekilogram, namun disebabkan kenaikan harga gula dunia yang mendadak sejak Ogos tahun lalu, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1.00, sebab itu kita naikkan harga,” katanya. Dengan subsidi 80 sen yang diberikan itu, katanya kerajaan akan menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion tahun ini berbanding RM720 juta tahun lalu. Bernama

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Isnin, 26 April 2010

Pembongkaran Rahsia Babi dan Ayam...

Post kali ini menceritakan tentang rahsia dua jenis haiwan...
Babi dan ayam...
Babi seperti yang kita tahu...
Merupakan binatang yang diharamkan setiap inci anggota tubuhnya kepada orang Islam untuk dijamah...
Tapi jika tersentuh atau menyentuh...
Kita hanya perlu menyamak dengan 1 bahagian air tanah dan 6 bahagian air mutlak...

Berbeza dengan ayam...
Binatang ini pula dihalalkan untuk dijamah oleh umat Islam...
Jadi untuk mengetahui lebih lanjut tentang kedua - dua binatang ini...
Teruskan membaca artikel ini...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Ahad, 18 April 2010

Buatmu Sang Puteri...

  • Pakailah sabun istighfar yang menghapuskan semua dosa dan kesalahan yang dikau lakukan.
  • Rawatlah rambutmu dengan selendang takwa yang akan menghilangkan kelemumur pandangan bukan mahram yang mencurigakan.
  • Goreskan lipstik kejujuran pada bibirmu, nescaya akan lebih manis tampaknya.
  • Gunakan pemerah pipi daripada kosmetik yang terhasil daripada rasa malu yang dibuat oleh salun keimanan.
  • Hiasilah kedua-dua tanganmu dengan tawadduk dan jari jemarimu dengan cincin ukhwah.
  • Kalungkan lehermu dengan rantai keinsafan.
  • Dan bedaklah wajahmu dengan kemurnian wudhuk nescaya akan bercahayalah ia sampai ke akhirat.

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Sabtu, 10 April 2010

A friend who cares...

Let me be the rock to lean on
Hands to help you walk the path
Remove traces of confusion
You are in my heart.

When the morning sun rises,
I will be your humming bird
To eliminate your distress
You are in my mind.

Your sad eyes filled with tears
Let me wipe it with caring stares
And we'll look on the sunset together
You don't need to go farther.

When you feel everything is falling
let me raise you with my spirit
When pain resides in your heart
I will kiss it away with love.

When everyone is against you
I will stay and be your shield
Lift you up, be with you
I am your friend.

You are born in my heart
I will not disgrace your trust
Let me warm you with my love
Truly a friend, one who cares.

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Khamis, 1 April 2010

Selamat Hari Terjadi...

Hmm...
Sapa punya hari jadi plak arini??
Mesti itu persoalan pertama yang terpacul kat otak kebanyakkan orang yang membaca tajuk post kali ini...
Sebenarnya hari ini adalah ulang tahun ke -2 blog ini...
Tapi kalau tengok post kat dalam blog ini...
Masih belum cukup dibandingkan dengan usia blog ini...
Maklumlah penulis bukan seorang yang rajin mengemaskini blog...
Jadi setakat ini cuma 79 post sahaja yang wujud dalam blog ini...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih