Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Jumaat, 24 September 2010

Timing belt vs Timing chain...Yang mana lebih bagus??

Ada yang mengatakan timing chain lebih baik berbanding timing belt...
Sebab yang diberi ialah timing chain tak payah tukar sampai enjin kereta tuh rosak...
Berbeza dengan timing belt yang perlu ditukar setiap 70k - 100k km bergantung kepada pengeluar...
Tak kurang pula mengatakan sebaliknya...
Mereka mengatakan timing belt lebih senyap berbanding timing chain...
Ini disebabkan timing belt diperbuat daripada getah fiber...
Berbanding timing chain yang diperbuat daripada besi seperti rantai basikal...
Betulkah begitu??

Pertama sekali penulis nak bagitau sikit apa tu timing belt atau timing chain nih...
Timing belt atau timing chain merupakan antara komponen terpenting dalam enjin...
Melainkan kalau enjin anda tidak menggunakan injap (valve), baru tak penting...
Semua enjin yang berasaskan piston menggunakan injap untuk mengawal pembakaran dalam enjin...
Jadi kalau kereta anda bukan Mazda RX7 atau Mazda RX8...
Semuanya menggunakan piston...

Kat mana sebenarnya benda nih wujud dan apa gunanya??

Mula - mula sekali tengok gambar kat bawah nih...


Kawasan yang dihighlightkan tu lah letaknya samada timing belt atau timing chain...
Ianya digunakan untuk menghubungkan spoket crankshaft dengan spoket camshaft...
Dimana spoket camshaft pula mengawal pembukaan injap dalam enjin 4-lejang...
Enjin 4 lejang memerlukan injap dibuka sekali sahaja bagi setiap satu pusingan yang berlainan...
Ini disebabkan enjin 4-lejang memerlukan 2 pusingan enjin untuk satu pembakaran lengkap...
Jadi timing belt atau timing chain digunakan untuk mengawal pembukaan injap ini...
Timing belt atau timing chain akan memusingkan gear yang terdapat pada camshaft...
Ini akan memastikan camshaft berpusing seiring dengan crankshaft mengikut jangkamasa yang ditetapkan...

Timing belt...


Timing belt biasanya diperbuat daripada getah yang mampu bertahan pada kadar ketegangan yang tinggi...
Jangkahayat getah akan berkurang dalam suhu yang tinggi dan apabila terkena minyak enjin...
Maka jangkahayat timing belt dikurangkan oleh enjin yang panas lebih - lebih lagi apabila berlaku kebocoran minyak enjin...
Air juga menjadi salah satu sebab utama mengurangkan jangkahayat timing belt...
Jadi langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelakkan air masuk ke dalam penutup timing belt...

Ciri - ciri Timing Belt...

  1. Biasanya lebih senyap daripada timing chain.
  2. Timing belt yang lebih ringan hanya memerlukan sokongan yang biasa berbanding timing chain.
  3. Timing belt tidak memerlukan tapak penyenyap seperti timing chain.
  4. Enjin boleh ke RPM yang tinggi tanpa perlu bimbang tentang momentum rantai yang berlebihan.
  5. Mesti ditukar setiap 70 000 - 100 000 km bersama dengan tensioner dan pam air (sekiranya dipandu oleh timing belt).
  6. Tidak memerlukan pelinciran seperti timing chain.
  7. Timing belt akan meregang sedikit tetapi tidaklah sehingga menyebabkan timing drift.
  8. Timing belt mengurangkan kehilangan tenaga akibat geseran tali sawat kerana mempunyai lebih kawasan sentuhan.
  9. Mengurangkan kehilangan tenaga akibat getaran (pada dasarnya tali sawat dilengkapi dengan penyerap getaran).
  10. Kerosakkan timing belt  tidak mengganggu sistem pacuan dan menyebabkan sedikit kerosakan dan bahaya berbanding timing chain.
  11. Penggantian timing belt lebih mudah dan senang berbanding timing chain.
  12. Hanya sedikit tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan tali sawat yang ringan berbanding rantai yang lebih berat sekaligus mengurangkan penggunaan petrol.

Timing Chain...


Timing chain berfungsi sama seperti timing belt...
Tetapi timing chain meruakan rantai yang berbentuk seperti rantai basikal...

Ciri - ciri Timing Chain...

  1. Timing chain memerlukan tensioner dan apabila digunakan bersama enjin SOHC*/DOHC** memerlukan tapak penyenyap, tetapi kebanyakkannya menggabungkan kedua - duanya sekali. Jadi dua tensioner/tapak penyenyap digunakan...
  2. Timing chain tidak perlu ditukar seperti timing belt (sesetengahnya boleh digunakan sehingga 400 000 km), ia hanya perlu diselaraskan apabila kehilangan kuasa atau terdapat bunyi bising keluar daripada enjin (sesetengah pengeluar mengesyorkan pemeriksaan setiap 100 000 km)...
  3. Rantai biasanya lebih berat dan memerlukan struktur sokongan yang lebih kuat. Dalam sesetengah kes, rantai menegang apabila sampai satu ketika dan menjadikan tensioner cepat berbulu. Bunyi enjin juga akan jadi tidak menentu.
  4. Timing chain biasanya boleh dipercayai dan hanya memerlukan pemeriksaan yang kerap. Kebanyakkan ECU moden berkebolehan mencari masalah timing chain yang meningkatkan kebolehpercayaan terhadap keseluruhan sistem.
  5. Timing chain biasanya diletakkan didalam penutup enjin dan sentiasa dilincirkan.
  6. Timing chain tidak merengang tetapi akan haus pada satu ketika.
Jadi berdasarkan maklumat diatas...
Fikirkanlah sendiri yang mana lebih bagus...
Timing belt yang perlu ditukar setiap 70 000 - 100 000 km tetapi menjimatkan tenaga...
Ataupun timing chain  yang hanya memerlukan pemeriksaan dan hanya perlu ditukar apabila bunyi bising keluar daripada enjin...
Anda tentukan...


*SOHC - Single OverHead Cam.
**DOHC - Double/Dual OverHead Cam.

sumber:  

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

54 ulasan:

  1. best2.. aku nk jumpe la editor blog ni.
    klu nk pasang cam pulley mcm mane bang.?

    BalasPadam
  2. Tq atas info ni.. so myvi saya guna timing chainlah ni..

    BalasPadam
  3. @ask MR CISCO
    rasanya yang komen lagi tahu daripada yang menulis...

    @Myvitrd
    yup...
    kalau myvi anda menggunakan enjin K3-VE atau 3SZ-VE...
    tapi kalau myvi anda menggunakan enjin EJ-DE ataupun EJ-VE...
    maka myvi anda tidak menggunakan timing chain...

    BalasPadam
  4. Sy pakai kelisa imago auto. Sjak akhir2 ni bile start kreta bila tekan myk mula2 tu mesti kuat bunyi mcm bunyi jaring cmtu. Lame2 dh drive x bunyi dh. Tapi mula2 start nk tekan myk punyelah kuat bunyi. Bunyi tu sbb timing chain atau timing belt ke? Kalau sy nk repair brape ye kosnya.

    BalasPadam
  5. aku pilih timing chain..

    BalasPadam
  6. Ade effect kat enjin x klu timing chain dh start bunyi bising?bpe kos nk ketatkan blk timing chain ni?tq...

    BalasPadam
  7. Hmmm, ingtkn slama ni viva ak guna timing chain. Ni da msuk 6thun viva ak, timing belt xpnah tukar..

    BalasPadam
  8. Timing belt la terbaik bro....ringan,senyap,smooth...

    BalasPadam
  9. Timing belt la terbaik bro....ringan,senyap,smooth...

    BalasPadam
  10. Salam. Nak tanya,kalau kelisa tahun 2002 dia guna timing belt atau timing chain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua enjin Kelisa menggunakan timing belt...

      Padam
  11. Thanks for your ideas. You can also find the details on Drive Parts Direct, at the Timing Belts Metric 14M Section. Drive Parts Direct aims to provide you with a convenient “one stop shop” for all your Power Transmission component requirements.

    BalasPadam
  12. Aq beli myvi 1.3 tahun 2010... tp kne tuka timing chain tahun 2011 sbb mase tuh bunyi dh kuat .. ni skrang tahun 2015 pon aq kne tuka lg...dh la mahal.. mase 1st tuka kt produa dgn harga dekt 1k... skrang aq beli kt kedai spare part brand daihatsu original x smpy rm400... upah pasang bengkel rm400 so lbey kurang... yg penting timing chain mmg mahal..... ikot luck msing2.. ade kete blh pkai lama... ade kete cm aq.. bru beli kete xsmpy setahun dh kne tuka... nsib2....

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya punya myvi 1.3 tahun 2010 masih ok timing chain nyer...tak pernah kuar bunyi pelik dr enjin...cuma servis minyak enjin kena on time la...tuh petua sy selama pakai myvi nie...perlu pastikan minyak enjin sentiasa cukup

      Padam
    2. Saya myvi 2010 tak pernah tukar timing chain.. Tp skrg ni dah bunyi mcm hilux lak.. Bising.. Tapi tak sure la bunyi timing chain atau bukan...

      Padam
  13. Aq beli myvi 1.3 tahun 2010... tp kne tuka timing chain tahun 2011 sbb mase tuh bunyi dh kuat .. ni skrang tahun 2015 pon aq kne tuka lg...dh la mahal.. mase 1st tuka kt produa dgn harga dekt 1k... skrang aq beli kt kedai spare part brand daihatsu original x smpy rm400... upah pasang bengkel rm400 so lbey kurang... yg penting timing chain mmg mahal..... ikot luck msing2.. ade kete blh pkai lama... ade kete cm aq.. bru beli kete xsmpy setahun dh kne tuka... nsib2....

    BalasPadam
  14. Myvi yg anda beli tu tak fresh dr kilang sbb tu sthun je timing chain dh jhnm..mungkin jgk myvi tu stok lama 2,3 thun sblm thun diregister pd 2010..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sejahtera boleh kongsi sikit info sbb2 timing chain jahanam, myvi saya auto kadang2 tukar gear x ikot time. Tiba2 drop gear 2. Lepas tu lampu OD berkelip2 bila saya scan kluar vvt:chain/valve faulty

      Padam
    2. btol jgk tu bro...aq dah pkai 3 Thun lebih..drive p kltan-perlis
      180km 5 orng dlm keta...stakat ni engine masih snyap n mkin p up lak tu...terbaik

      Padam
  15. assalam klu timing belt putus ada effect dgn enjin x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Turun enjin. Sediakan 4angka.

      Padam
    2. 4kg Pokèt anda kan ringan n ketaq2 ....pastu hiteria lg parah kalo kena d banjaran ttwangsa....

      Padam
  16. assalam klu timing belt putus ada effect dgn enjin x

    BalasPadam
  17. saya punya myvi 1.3 tahun 2010 masih ok timing chain nyer...tak pernah kuar bunyi pelik dr enjin...cuma servis minyak enjin kena on time la...tuh petua sy selama pakai myvi nie...perlu pastikan minyak enjin sentiasa cukup

    BalasPadam
  18. Myvi 1.0 guna timing belt..betul kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Myvi 1.0 menggunakan enjin Daihatsu EJ-DE 1 liter yang menggunakan timing belt...

      Padam
  19. Viva sy th 2013...skrg nk tukar timing belt...brp kos agak2...bajet ciput je ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM360 untuk Viva 850. Di Perodua Service Center. Baru tanya pada 11/3/2017. Harga termasuk labour cost, parts, timing belt, alternator belt, aircond belt & bearing. Confirm 100% barang original Perodua. Kat luar banyak tiruan..

      Padam
    2. Kat luar barang tiruan dari Kilang Dihatsu Jepun. Aku kancil pakai timing belt tirian oleh Kilang Dihatsu Jepun pakai sampai 100,000 selamber je. Upah pasang pun lebih murah.

      Padam
  20. Nak tanyabla..perodua alza gn timing belt atau timing chain yer..maaf sebab xtao..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alza timing chain...
      Enjin Toyota baru semua timing chain...

      Padam
  21. Nak tanyabla..perodua alza gn timing belt atau timing chain yer..maaf sebab xtao..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perodua Alza menggunakan enjin Toyota 3SZ-VE 1.5 liter yang menggunakan timing chain...

      Padam
  22. nak tanya..sy pakai vw polo 1.2..baru2 ni kena tukar timing chain..kalau tak tukar bahaya ke? ada effect pada engine ke apa tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung kepada masalah yang dihadapi...
      Sepatutnya timing chain tak perlu tukar melainkan ada masalah dari pengeluar...

      Padam
  23. Salam nak tanya. Honda city idsi tahun 2007 pakai timing bet or timing chain.?biasa harga utk major servis 100k berapa ya.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam...
      Rasanya Honda City lepas tahun 2003 semua pakai timing chain...
      http://autoworld.com.my/forum/index.php?/topic/16683-new-city-i-dsi-use-timing-belt-or-timing-chain/
      Ataupun anda boleh pergi bertanya terus dengan Honda...

      Padam
  24. Assalmualikum... saya nak tanya... Viva Elite 2010 guna timing belt atau timing chain...

    BalasPadam
  25. Salam bang kalau myvi1.3 se timing chain ke timing belt ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam...
      Setahu saya MyVi 1.3 semua pakai timing chain...
      Tak kira enjin K3-VE (1298 cc) untuk MyVi 1.3 yang lama...
      Ataupun enjin 1NR-VE (1329 cc) untuk MyVi 1.3 yang baru...

      Padam
  26. Salam tumpang tnya, ada x sesiapa pernah alami kereta myvi auto xbly drop gear,. Teman tgh alami ni ��

    BalasPadam
  27. Salam tumpang tnya, ada x sesiapa pernah alami kereta myvi auto xbly drop gear,. Teman tgh alami ni 😢

    BalasPadam
  28. Sy nak tnya viva 850 2009 pkai timing apa

    BalasPadam
  29. Salam tumpang tanya...honda stream 1.8 rsz 2008 guna timing chain ke timing belt?

    BalasPadam
  30. Assalam admin sy nak tanya honda hrv 1.8 guna timing chain ka...

    BalasPadam
  31. viva elite auto 2013 guna timing ape?

    BalasPadam
  32. Honda accord 2015 2.4 mngunakan tming belt atau timing chen?

    BalasPadam
  33. Perdua kembara keluaran 2001 menguna timing belt/timing chain.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kembara 1.0 timing belt...
      Kembara 1.3 timing chain...
      Kebanyakan kembara 1.0...
      Yang 1.3 tu special edition...

      Padam
  34. é—®Myvi 1.3&1.5 全部在2012年通通用timing chain? Tq

    BalasPadam

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih