Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Rabu, 10 Ogos 2011

Tiga waktu berbuka di Burj Khalifa...

Seperti yang kita tahu...
Burj Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia buat masa kini...
Ketinggiannya mencecah 828 meter (2,717 kaki)...
Mula pembinaan pada 21 September 2004 dan berakhir pada 1 Oktober 2009...
Memakan masa enam tahun untuk membinanya...
Dengan kos US $1.5 billion (RM 4.5 billion)...

Burj Khalifa

Apa yang menarik mengenai bangunan ini ia mempunyai tiga waktu berbuka yang berbeza...
Ini disebabkan waktu matahari yang dilihat berbeza pada setiap tingkat...
Penduduk di tingkat atas dapat melihat matahari lebih lama daripada penduduk tingkat bawah...
Jadi penduduk di atas mempunyai siang yang lebih lama dan malam yang lebih singkat...

Disebabkan itu...
Penduduk bermula daripada tingkat 80 sehingga 149 mempunyai perbezaan dua minit...
Maka waktu imsak mereka dua minit lebih awal dan waktu berbuka dua minit lebih lewat...
Penduduk tingkat 150 dan ke atas pula mempunyai perbezaan masa tiga minit...
Jadi waktu imsak mereka tiga mint lebih awal dan waktu berbuka tiga minit lebih lewat...
Penduduk yang terlibat dinasihatkan agar mengawalkan waktu imsak dan subuh...
Dan juga melewatkan waktu asar, maghrib dan isyak...
Bergantung kepada tingkat yang didiami oleh mereka...

Ada orang yang berkata kalau nak buka awal turun bawah...
Hehehe...
Kalau setakat dua tiga minit baik tak payah...
Tak dak la beza jauh sangat waktunya...
Terima sahaja takdir sebab dah bangunan tu tinggi sangat...
Nasib baik la KLCC baru 44 tingkat...
Jadi perbezaan tu tak rasa sangat sebab beza beberapa saat saja...
Dari atas sampai bawah guna waktu yang berbuka yang sama...
Kalau tak mesti jadi macam Burj Khalifa sampai tiga waktu berbuka yang berbeza...

Kat bawah ni ada satu video daripada puncak tertinggi Burj Khalifa...
Tengok video pun dah mengigil badan... Macam mana la kalau ada kat atas tu...
Meh kita sama - sama tengok...



Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih