Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Khamis, 25 Ogos 2011

Gula pasir, Gula batu, Gula merah...

Siapa yang tak suka benda manis...
Senyum pun nak yang manis...
Sampaikan hitam pun diletakkan hitam manis...
Jadi manis ni memang sinonim la dengan kehidupan kita...
Tapi kalau terlebih manis boleh mendatangkan penyakit...
Macam kencing manis...
Jadi antara pemanis yang selalu kita guna ialah GULA...
Pernah anda minum air yang tidak diletakkan gula...
Mesti tak sedap kan??

gula pasir

Mai kita tengok perbezaan antara tiga jenis gula ni...
Gula pasir, gula batu dan juga gula merah...
"Alaa... tiga - tiga gula jugak. Apa bezanya??"
Mesti ada yang berkata lebih kurang ayat kat atas bila tengok tajuk kan...
Ya, memang ketiga - tiganya adalah gula...
Tapi setiap jenis gula memberikan kesan yang berbeza kepada tubuh kita...
Juga memberikan kesan kepada tahap kesihatan kita...
Tak percaya??

Gula Pasir
 
gula pasir

Gula ini adalah yang paling selalu digunakan...
Bentuknya seperti butiran pasir dan selalunya bewarna putih keperangan...
Butirannya yang kecil menyebabkan ianya mudah larut dalam air...
Seterusnya mudah digunakan untuk makanan dan juga minuman...
Tapi tahukah anda gula itu terpaksa diubah menjadi gula darah...
Ini akan mengambil masa 3 minit...
Dan gula darah inilah yang akan ditukar oleh pankreas kepada tenaga untuk kita gunakan...
Masa yang diperlukan untuk menukar gula darah hasil daripada gula pasir ini lebih kurang 140 minit...

Awat lama sangat ambik masa??
Ini disebabkan proses pembuatan gula pasir memerlukan suhu setinggi 400 °C...
Semakin tinggi suhu digunakan untuk membuat sesuatu makanan...
Semakin lama masa yang diambil untuk makanan itu untuk dicerna...
Jadi purata 5 gram gula pasir satu hari (lebih kurang ½ senduk)...
Yang berjaya ditukarkan menjadi tenaga...
Macam mana pulak kalau hari tu kita makan lebih daripada ½ senduk??
Maka gula itu akan ditukar kepada lemak ataupun akan kekal sebagai gula darah...
Akhirmya akan menderita sebagai pesakit diabetes...
Jadi macam mana nak guna gula??
Mai kita tengok jenis seterusnya...  

Gula Batu
 
gula batu

Gula ni pulak bentuknya macam batu (dah nama pun gula batu)...
Selalunya berwarna putih jernih...
Proses pembuatannya juga sama dengan gula pasir...
Cuma dipanaskan pada suhu yang lebih rendah daripada gula pasir...
Masa yang diperlukan untuk ditukar menjadi gula darah juga 3 minit...
Tetapi masa yang diperlukan untuk ditukarkan menjadi tenaga ialah 3 minit...
46 kali ganda lebih cepat berbanding masa yang diperlukan oleh gula pasir...
Purata gula darah yang berjaya diproses sehari ialah 60 gram (lebih kurang 6 senduk)...
12 kali ganda lebih daripada gula pasir diproses menjadi tenaga...
Jadi lebih banyak gula ditukar menjadi tenaga yang diperlukan...

Berbanding gula yang menjadi lemak atau kekal sebagai gula darah...
Ini menunjukkan gula batu lebih sihat berbanding gula pasir...
Tapi hanya jika gula batu yang asli yang mempunyai kesan sebegitu...
Kalau yang dibuat daripada gula pasir yang dileburkan semula...
Maka bahayanya sama saja macam gula pasir...
Macam mana nak bezakan yang asli ataupun tidak...
Saya pun tak tau lagi macam mana...
Kalau ada yang tau boleh maklumkan kepada penulis...
Samada komen kat bawah ataupun guna pautan Hubungi Penulis...
Boleh saya kemaskinikan artikel ini...
Kita dah tau 2 jenis gula setakat ni...
Mai kita tengok lagi satu jenis lagi...

Gula Merah
 
gula merah banyakgula merah silinder


gula merah serbuk
Gula merah pula berasal daripada pokok palma...
Warnanya coklat kemerah - merahan...
Waktu yang diperlukan untuk menukarnya kepada gula darah juga adalah 3 minit...
Dan waktu untuk menukar daripada gula darah kepada tenaga juga 3 minit...
Tengok masa yang diambil macam sama dengan gula batu...
Tetapi dalam satu hari 90 gram (lebih kurang 9 senduk) gula darah berjaya diproses...
1.5 kali ganda lebih banyak diproses berbanding gula batu...
Jadi lebih banyak gula ditukar kepada tenaga berbanding yang disimpan...
Ini menjadikan gula merah ini yang tersihat antara tiga jenis gula ini...

Jadi dapat disimpulkan disini...
Gula pasir merupakan yang paling susah untuk dicerna oleh pankreas...
Gula merahlah yang paling senang untuk dicerna oleh pankreas kita...
Tetapi jangan pulak pi makan gula merah banyak - banyak...
Sebab paling banyak yang boleh diproses dalam satu hari pun hanya 90 gram...
Jadi yang lebihan tu tetap akan bertukar menjadi lemak atau kekal sebagai gula darah...
Ditambah lagi dengan gula daripada makanan seperti bijirin dan sayuran...
Akhir sekali akan mengakibatkan diabetes jugak...

Jadi kurangkan pengambilan gula...
Lebih - lebih lagi kalau gula pasir...
Kerana hanya sikit yang dapat ditukarkan kepada tenaga...
Yang lain akan tinggal dalam darah atau menjadi lemak...
Sekian...

sumber: 5 Elemen, Boenga, KSU Pointer

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

1 ulasan:

 
Kembali ke Atas | Orang Sedang Membaca Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih