Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Jumaat, 7 November 2008

Rahsia Tarikh Lahir


Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh: 07 November 1990
07 + 11 + 1990 =2008
2 + 0 + 0 + 8 = 10

1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir.. kalu no: 8.. tuh power giler tuh !
Kalau malas nak kira macam kat atas boleh download sofware yang hampir sama
kat sini atau kat sini atau kat sini. Kalau tak boleh jugak nak download kira la sendiri ye. Pastu bandingkan jawapan ngan kenyataan kat bawah..... Selamat mencuba....


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Rabu, 5 November 2008

Cerita 2


Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet.

Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk.

Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.

Gembiralah si Janet ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, "John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang ke rumah.
Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Janet.
John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut but ku."
John buat, perlahan sekali.

"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.

"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata...


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Selasa, 4 November 2008

Cerita 1

Jangan korek dalam-dalam... sakit.
Jangan korek lama-lama..... geli.
Tapi, jangan tak korek langsung..... kang penuh plak taik telinga.

Kalau susah nak masuk kerana masih lembik, jilat dulu hujungnya.
Bila dah keras dan tegang, arahkan betul-betul ke lubangnya.
Jangan tersasar, kang tension dibuatnya.
Jangan gelojoh, tekan sikit-sikit supaya masuk dan tarik perlahan-lahan.
Selamat menjahit.....

Aku duduk di atasnya,
ku rasakan kenikmatan,
empuk dan lembut menyentuh punggungku.
Dia mengenjot,
dari kiri ke kanan, atas bawah, naik turun.
Ohhhh... nikmatnya naik beca...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Isnin, 3 November 2008

.::Atuk Kata::.

ORANG KATA...
enjoy sementara muda...
hidup panjang lagi...
dah tua nanti taubatlah...

ATUK KATA...
orang muda hidup memang baru...
bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi...
entah esok lusa Izrail datang menjemput...

AKU RASA...
betul jugak tu ...


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Ahad, 2 November 2008

Bihun vs Mee


Sudah lama rasanya penulis tidak menulis...
Rasa seperti dah terlebih sawang pulak blog penulis ni...
Jadi untuk artikel kali ini penulis ingin menceritakan satu cerita...
Iaitu cerita mengenai dua jenis makanan iaitu bihun dan mee...


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih