Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Sabtu, 27 Ogos 2011

Penjajaran (Alignment)

Disebabkan raya dah tak lama lagi...
Maka kali ni penulis nak tulis sikitla...
Pasai penjajaran (alignment) tayar kereta anda...
Ramai yang keliru penjajaran (alignment) dan imbangan (balancing)...
Ramai yang ingat bila buat penjajaran kena buat imbangan...
Jadi bila nak buat mesti ramai yang buat dua - dua sekali...
Ramai juga yang fikir alang - alang buat baik buat sekali...
Walaupun sebenarnya mereka memerlukan salah satu saja...
Jadi berlaku pembaziran wang kat sini (penulis pun sama jugak... adeh)...


Kali ni kita tengok pasal penjajaran tayar...
Lepas ni kalau rajin penulis akan tulis pasal imbangan la pulak...
Penjajaran merupakan proses membetulkan sudut tayar...
Senang cerita nak bagi kiri selari ngan kanan...
Yang belakang sama dengan yang depan...
Baru kereta jalan lurus...
Tak dak la sat lagi pi kanan, tak pun pi kiri...
Padahal kita tak suruh dia pi kiri atau kanan pun...
Bila sepatutnya kita pi buat penjajaran ni??
Bergantung kepada keadaan kereta anda...
Biasanya setiap 10, 000 km anda perlu membuat pemeriksaan...
Tapi kalau masa lepas stereng tu kereta asyik nak ke satu arah...
Ataupun nampak bunga tayar anda haus tak sama...
Bawakla kereta anda pi buat penjajaran...


Bukan pasai apa...
Untuk keselesaan dan penjimatan bagi anda la juga...
Takkan la bila jalan lurus tapi stering terpaksa pusing kiri atau kanan...
Mesti nak stereng dok tengah - tengah kan??
Kena pulak tayar kereta botak sebelah saja macam kat atas yang belah kanan...
Tak pun botak yang tak sekata macam yang belah kiri...
Dah kena tukar tayar baru satu set kiri kanan...
Padahal tayar tu sepatutnya boleh pakai untuk beberapa masa lagi...
Tak ka membazir nak kena tukar satu set tayar...

Ada pulak orang tukar tayar sebelah...
Sat lagi sebelah tinggi sebelah lagi rendah...
Dah sebelah tayar bunga baru sebelah lagi tayar yang dah pakai...
Jadi bawakla kereta anda pi buat penjajaran...
 Lebih baik belanja RM 15 atau RM 30 untuk penjajaran...
Daripada bayar harga satu set tayar baru...
Padahal tayar lama tu pakai tak lama pun...
Tapi dah sebab makan sebelah, kena tukar jugak...

Apa dia sebenarnya depa buat masa penjajaran tu??
Selalunya ada tiga benda utama yang akan dilaraskan semasa penjajaran...
Tapi tu untuk dua tayar samada depan atau belakang...
Jadi kalau buat semua, jadi enam la kan...
Benda yang dilaraskan ialah :
  1. Caster Depan (kiri dan kanan).
  2. Camber Depan (kiri dan kanan).
  3. Toe Depan (kiri dan kanan).
  4. Camber Belakang (kiri dan kanan).
  5. Toe Belakang (kiri dan kanan).
  6. Sudut Teras Belakang.

Nak tau apa benda yang penulis bagitau kat atas tu...
Tengok gambar kat bawah ni...

Klik gambar untuk lebih besar


Untuk sudut teras pula boleh tengok gambar kat bawah...



Benda lain yang dilaraskan bergantung kepada kedai...
Sama ada tinggi kenderaan, jarak tayar depan dan belakang...
Dan banyak lagi...
Sekian sahaja untuk penjajaran (alignment)...
Tunggu imbangan (balancing) pula lepas ni...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

2 ulasan:

  1. Salam gan...tumpang tanya ..jika kenderaan rear drive pada bahagian belakang memaut kearah kiri..apa masaalah ye..Terima kasih.

    BalasPadam

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih