Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Isnin, 25 Mei 2009

Hanya beberapa langkah...

Dalam era globalisasi ini...
Pelbagai kemudahan telah muncul bagi membantu kehidupan manusia...
Kalau dulu...
Nak suarakan pendapat atau tak puas hati...
Buat banner, perhimpunan awam dan macam-macam lagi lah...
Nak tulis diari pun kena keluarkan wang beli buku, pen...
Kalau terlupa kat mana letak hilang semua benda yang kita tulis...
Tak pun terlepas kat tangan orang yang tak sepatutnya...
Tanpa kebenaran kita...
Kan susah tu...

Ok lah intro sikit-sikit...
Sebenarnya artikel kali ni nak tulis pasal cara-cara nak cipta blog...
Bagi sapa-sapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang blogging selain daripada guna blog kat Friendster atau MySpace...
Bolehlah ikut tutorial ni...
Tapi penulis harap tak ada la yang gunakan blog ni untuk benda-benda yang kurang baik..
(pandai-pandai la fikir sendiri, penulis bukan orang yang berpengetahuan dalam bidang baik atau tak baik ni)...

Ok...
Perkara pertama yang anda perlukan untuk mencipta blog adalah email
(sebaiknya gunakan email daripada Google untuk kemudahan masa hadapan)

Setelah anda telah mempunyai email masuk ke laman blog yang anda suka...
Contohnya Blogger, Wordpress, dan laman blog lain yang boleh didapati daripada carian kat Google...

Bagi yang pilih Blogger sebagai domain blog...
Anda akan diminta untuk mengisi beberapa butir-butir berkaitan blog anda seperti nama blog dan URL dan anda akan diminta untuk memilih template yang anda suka...

Pilih saja template yang disediakan walaupun tiada yang menambat hati...
Lepas ni boleh tukar dengan template lain yang memenuhi citarasa anda di laman seperti dibawah :

  1. Finalsense
  2. E-Blog Templates
  3. Pyzam

Untuk tukar template blog anda...
Klik pada {Layout}->{Edit HTML}...
Jangan lupa backup dulu layout anda dengan klik pada {Download Full Template}...
Cari layout yang memenuhi citarasa anda dan ikut langkah-langkah berdasarkan laman yang menyediakan layout tersebut samada salin kod atau muat turun kemudian muat naik ke blog anda...

Contohnya anda perlu klik pada {More Details} di Finalsense atau {Get The Code} di Pyzam. Kemudian salin kod yang dalam kotak yang disediakan ke kotak {Edit HTML} yang disediakan (pastikan anda padam semua kod didalam kotak terlebih dulu sebelum menyalin)...
Tetapi di E-Blog Templates anda perlu memuat turun dahulu template dan memuat naik ke blog anda...

Untuk mengubahsuai widget pada blog anda...
Klik pada {Layout}->{Page Elements}...
Di sini anda boleh menambah, membuang, atau mengubah keedudukan widget blog anda...
Untuk tambah widget seperti Shoutbox...
Daftar pada Shoutmix.com...
Klik {Add A Gadget} dan pilih {HTML/JavaScript}...
Salin kod yang diberikan ke dalam kotak yang disediakan dan klik {Save}...

Antara laman-laman yang menyediakan widget seperti Shoutmix.com adalah seperti di bawah :


  1. Amazing Counter
  2. Website Hit Counters
  3. Widgeo.net

Cukup lah setakat ini artikel kali ini...
Selamat mencuba bagi yang berminat ^-^ ...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Ahad, 24 Mei 2009

Memunculkan kembali 'older post' dan 'newer post' untuk blogger...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kali ni ntah pasai apa gatai tangan nak buat tutorial...
Bila fikir2 balik....
Teringat la pulak soalan yang kawan aku, Aten Zone yang telah ditanya pada aku semasa musim peperiksaan akhir semester 2 yang lepas (kira hujung bulan April la senang...)

Jadi aku nak jawab la soalan dia tu...
Pertama sekali ak nak mintak maaf la kat kawan aku tu sebab lambat jumpa jawapan...
Sebab masa dia tanya tu... Blogger ngah buat apa tah...
Ok... dah2... sat lagi tak jadi tutorial aku...

Bagi sesiapa yang tak dak link 'newer' atau 'older' kat blog dia dan pakai layout Black Brown Art...
Bagi yang pakai layout lain tu leh la cuba2 ikut...
Kalau ada masalah... tanya kat komen tu...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Jumaat, 22 Mei 2009

Resepi Kejayaan....

Bahan-bahan: 

400 gram hati kesedaran
450 gram kerajinan 
450 gram ketekunan
300 gram kesabaran
250 gram kefahaman
500 gram ketaqwaan

Bahan untuk hiasan:

500 gram disiplin
1000 gram doa dan tawakal

Cara menyediakan:

Ambil 400 gram hati yang dicuci dengan kesedaran lalu toskan. Selepas itu perapkan pula bersama 450 gram kerajinan dan 450 gram ketekunan. Setelah diperap dan diiringi dengan 5 waktu solat selama sehari semalam, gaulkan sehingga sebati dan masukkan bahan-bahan tadi ke dalam penapis muhasabah diri untuk diperah supaya mendapat pati keinsafan dan keikhlasan.
Setelah selesai diperah, buangkan hampasnya iaitu malas dan putus asa. Sediakan tempat dan bekas yang menarik untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudian masukkan 300 gram kesabaran ke dalamnya supaya proses tadi lebih sempurna. Selepas diratakan dengan 250 gram kefahaman, masukkan keazaman secukup rasa. Setelah mendidih, angkat dan masukkan ke dalam 500 gram ketaqwaan supaya cepat sejuk. Kemudian, hiaskan dengan 500 gram bunga-bunga disiplin. Tapi sebelum itu, buangkan dahulu bahagian busuk bunga-bunga cinta supaya berkatnya hadir. Jangan lupa masukkan perisa tambahan iaitu 1000 gram doa. Akhir sekali, hidangkannya pada pinggan–pinggan kertas peperiksaan. Enak jika dihidangkan dengan air tawakkal. Insya-Allah, yang pahit akan menjadi manis gred ‘A’ jua.
Selamat mencuba !!!

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Selasa, 19 Mei 2009

Dimanakah kehebatan manusia???

Allah lepaskan tentera-tentera-Nya yang paling halus Kuman namanya, bermacam-macam
virus, berbagai-bagai spesies
Manusia sudah tidak mampu melawannya

Ditubuhkan berbagai pasukan tentera memeranginya
Ada pasukan doktor, ada unit penyelidikan, ada unit makanan
Mengguna bermacam-macam jenis alat-alat yang canggih

Namun tentera-tentera seni belum pernah kalah
Belum pernah berlaku gencatan senjata
Tidak pernah mengangkat tangan surrender
Mereka terus menyerang dan menyerang
Tidak kira tempat dan masa
Setiap hari manusia mati dibunuhnya
Merata dunia manusia sengsara dan derita diserangnya
Entah berapa banyak harta terkorban memeranginya

Di manalah gagahnya manusia?
Di manalah kehebatan mereka?
Alangkah lemahnya manusia dengan kuman
yang paling halus tidak mampu memeranginya!

Mengapa manusia tidak mengambil iktibar?
Kenapa tidak dijadikan pengajaran?
Agar tunduk, khusyuk dan tawadhuk
Hilang ego, sombong dan megah diri

Moga-moga melutut di hadapan Tuhan!
Rukuk dan sujud kepada-Nya!
Tunduk dan patuh dengan syariat-Nya!
Mengucapkan zikir, tahmid dan tasbih pada-Nya!

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Sabtu, 16 Mei 2009

Mari terjun!!!

Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak terhempas, terdapat 5 org penumpang di dalamnya tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4.

Berkata laa penumpang pertama, "Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tadak, mcmmana nanti Malaysia nak menang All England lagi?". Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pulak berkata, "Aku Hillary Clinton, bekas wanita pertama US. Aku seorang yg paling bercita2 tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang President". Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.


Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh... aku President US! George W. Bush. Aku ada tanggungjawab yg berat untuk menjaga sebuah negara yg kuat. Tambahan pula, akulah President yg terpandai dlm sejarah US. Org Amerika mana yg hendak melihat aku mati?". Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun.

Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, "Saya seorang Muslim dan saya berserah kpd Allah utk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yg terakhir tu".

Budak 10 tahun itu menjawap, "Jgn bimbang. Ada satu lagi beg parachute utk pakcik. President terpandai dalam sejarah US tu terambil beg sekolah saya!!!".

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Rabu, 13 Mei 2009

Identiti seseorang berdasarkan darah...

Assalamualaikum dan slm sejahtera semua..

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri sendiri?
Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Apakah jenis darah anda...?
Benarkah ini semua...?
Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Isnin, 11 Mei 2009

Kurangkan tekanan dan kebosanan...

Cerita 1

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2.
Menaiki kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.

Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu
yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???
Ibu :

Cerita 2

Ada 3 sekawan bernama Gaduh, Gila & Bendul. Ditakdirkan Gaduh hilang.
Bendul pun membuat laporan polis.

Bendul : Encik, I nak cari Gaduh.
Polis : Isk.. apa?? U ni Gila ke ?
Bendul : Uik mana Encik tahu kawan I Gila ?
Polis : Adoi. apa la si Bendul ni nak ?
Bendul : I mmg Bendul. Tapi saya nak cari Gaduh !
Polis : #@%$#%%!$$#!

Cerita 3

Dalam sebuah kebun berpagar ada bermacam buah, tiba2 kebun tu
terbakar. Semua buah2an dalam kebun musnah kecuali 2 buah je yang
terselamat

buah ape ek?

1. buah cempedak = diluar pagar
2. buah keranji = didalam perahu, dah dibawa belayar...
jgn marah... nanti kena jual...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Nilai Kasih Ibu....

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si
anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :
Tolong pergi kedai RM1.00
Tolong jaga adik RM2.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM2.00
Tolong sapu sampah RM2.00

JUMLAH RM15.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.


Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada mukasurat
yang ditulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai
Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari
ku?"Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali),
kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.

Ingatlah: Pengorbanan seorang ibu terlalu tinggi nilainya......dan tidak dapat dinilai dengan harta benda...Ingatlah sahabatku...Syurga seorang anak adalah di telapak kaki ibunya...

"اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولوالدينا وارحمهما كما ربينا صغارا" 


Allah tuhanku, ampunkanlah kami, kedua orang tua kami, dan rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka menjaga kami daripada kami kecil...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Rabu, 6 Mei 2009

Naluri Susuan Ibu

Sempena dengan hari ibu...
Penulis nak kongsikan satu puisi mengenai Ibu...
Mari sama - sama kita hayati...

Seorang ibu,
Dengan penuh kerelaan
Menyusui anaknya sendiri
Merasai hangatnya sebuah dakapan
Akrabnya hubungan
Biarpun,
Ada yang beranggapan,
Tercela bentuk badan
Hilanglah keindahan
Seorang wanita impian
Demi kasih sayang berpanjangan
Susu ibu jadi pilihan
Biarpun,
Larian masa mengikat kita
Si ibu berkerjaya tetap berbangga
Demi anak tercinta
Menyusui anak dengan penuh manja
Kemesraan, Kepuasan dan Kasih Sayang
Begitu susah untuk digambarkan
Tautan kasih dua insan
Dikala anak dalam hisapan
Begitulah,
Nikmatnya anugerah Tuhan
Susu ibu tiada bandingan
.::SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU 2009::.

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih