Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Khamis, 28 Julai 2011

Proton Saga FLX 1.3 dilancarkan...

Mesti ramai yang tau kan pasal ni...
Lagipun dah lama Proton lancarkan...
Pasa hari Isnin 25 Julai 2011...
Tapi hari ni baru terasa nak menulis sikit pasal ni...
Jadi ni artikel kedua la pasal Proton lepas MPV baru dari proton... kenyataan atau khayalan??
Yang ditulis pada Mac 2010 tapi masih tak dikeluarkan lagi oleh Proton...
Tak pa lah mungkin masih dalam penyelidikan kot...
Ok lah, kita lupakan pasal MPV tu...
Meh kita tengok preview sikit Proton Saga baru ni...

Proton Saga FLX

Dah puas tengok??
Mesti ada yang kata tak dak beza pun kan??
Luar nampak sama saja dengan Saga FL...
Apa beza FLX dengan FL??
Haaa... Beza banyak la jugak...
Antaranya Proton dah masukkan kotak gear CVT kat kereta ni untuk versi auto...
Menatang apa pulak CVT ni...
CVT tu Continuously variable transmission...
Atau dalam Bahasa Melayunya Transmisi Boleh Laras Berterusan...
Nak tau lebih detail pasal CVT boleh klik pautan kat tulisan tu tak pun tengok video kat bawah...




Jadi dipendekkan cerita...
CVT ni kategori auto tapi tak sama macam tranmissi auto yang ada la ni...
Kalau auto pkai gear yang telah ditetapkan dan pemindah tork (betul tak aku translate)...
Tapi CVT ni dia pakai tali sawat dan dua set takal boleh laras...
Jadi dikatakan CVT ni jimat minyak hampir sama dengan manual...
Dan selesa macam auto...
Hmm... tak tau la betul ka dak...
Tapi tak mustahil dengan teknologi canggih masa sekarang kan??
Lagipun kereta mahal macam Audi, BMW, Mercedes, Lexus, Toyota, Honda, Mitsubishi...
Dan banyak lagi la pakai juga CVT dalam kereta mereka...
Jadi cukup la setakat tu pasal CVT...
Kita masuk balik tajuk utama kita...

Proton Saga FLX ni didatangkan dengan 2 variasi...
Macam biasalah iaitu Standard dan Executive...
Untuk Executive, ada tambahan ciri - ciri keselamatan...
ABS, EBD, dan Beg Udara Berkembar...
Biar betul Proton masukkan tu semua??
Mesti ada yang tak percaya...
Sebelum ni tak dak pun Proton nak letak benda tu...
Ya, memang sebelum ni tak dak...
Tapi kali ni ada semua benda tu...
Jadi bagus la Proton dah mula sedar Saga pun kena ada benda tu...
Takkan bagi kat Inspira saja kan??

Satu benda yang best pasai Saga baru ni...
Kalau sebelum ni asyik rosak power windows saja...
Sampai ada yang buat akronim kat perkataan PROTON...
Iaitu Power window Rosak Oh Tidak Oh Noooo!!!
Kelakar la jugak masa mula - mula baca...
Jadi Proton menawarkan jaminan seumur hidup...
Pergh... Lifetime Warranty tu...
Memang betul - betul nak yakinkan pembeli ni...
Tapi tertakluk kepada terma dan syarat la...
Gila ka apa kalau nak bagi jaminan buta - buta saja...
Tunggu la apa terma dan syarat yang Proton nak bagi...

Hmm...
Kat bawah ni ada la sikit harga spesifikasi dan Saga FLX...

Spesifikasi :

Proton Saga FLX Specification
Klik untuk paparan lebih besar

Harga Proton Saga FLX :
  • Saga FLX 1.3 Standard (Manual) Solid – RM 38,148.00
  • Saga FLX 1.3 Standard (Manual) Metalik - RM 38,598.00
  • Saga FLX 1.3 Standard (CVT) Solid - RM 41,148.00
  • Saga FLX 1.3 Standard (CVT) Metalik - RM 41,598.00
  • Saga FLX 1.3 Executive (Manual) Solid - RM 41,948.00
  • Saga FLX 1.3 Executive (Manual) Metalik - RM 42,398.00
  • Saga FLX 1.3 Executive (CVT) Solid - RM 44,548.00
  • Saga FLX 1.3 Executive (CVT) Metalik - RM 44,998.00
Kalau rasa nak tengok macam mana pandu uji kereta ni...
Boleh tengok video paultan kat bawah...




Kat bawah ni pulak gambar yang dicilok daripada laman Proton Saga FLX...


Proton Saga FLX Proton Saga FLX
Proton Saga FLX Proton Saga FLX
Proton Saga FLX Proton Saga FLX
Proton Saga FLX Proton Saga FLX
Proton Saga FLX
CVT vs AT

Itu saja lah untuk kali ni...
Kalau ada apa rasa - rasa nak tambah...
Boleh tulis kat komen...

sumber : Proton Saga FLX, paultan, deCrewz

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih