Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Ahad, 10 Julai 2011

Bersih vs Patriot, kita dicaturkan??

Hmm...
Ramai orang asik bercerita pasal perhimpunan haram...
Yang telah pun diadakan di Kuala Lumpur hari ini...
Daripada RTM sampai la ke Media Prima...
Asik cerita pasal benda yang sama je...
Sib bek la aku tak dak Astro...
Kalau tak ntah - ntah semua cerita benda yang sama...


bersih vs patriot

Sebenarnya aku pun agak terkejut jugak...
Setahu aku perhimpunan hari ni cuma geng Bersih saja yang buat demo...
Tetiba tengok berita tadi ada lagi satu geng namanya Patriot...
Memang kepelikan yang amat sangat telah timbul dalam diri aku...
Sapa pulak Patriot ni??

Sekali nampak muka Khairy Jamaludin da...
Takkan Patriot nih geng UMNO kot??
Apa lagi aku pun mintak tolong En. Google la...
Sebab aku nak tau sapa Patriot ni...
Berkali - kali memang betul geng pemuda UMNO...

Adeh...
Apa pulak geng pemuda UMNO ni buat kat situ??
Maka aku pun terus la mencari lagi...
Yang aku dapat daripada carian tuh...
Geng nih nak buat demo jugak...
Nak bantah demo yang dibuat Bersih 2.0 yang dijalankan kat Kuala Lumpur...

Hah sudah...
Patut la jadi huru - hara demo tuh...
Sebab ada dua demo dalam satu hari...
Lain tujuan plak tuh...
Memang betul - betul dasat...
Hahaha...

Hmm...
Tapi bila aku baca satu artikel dalam facebook...
Tajuknya ((( Sebenarnya, kita semua sedang dicaturkan. )))...
Aku berfikir sejenak...
Sebabnya setiap kali ada perkara yang berlaku...
Semuanya macam dikawal oleh seseorang...
Yang polis dah tak nampak macam polis...
Yang pemimpin dah tak nampak macam pemimpin...

Yang menariknya...
Dalam artikel ini...
Dia kata kita ni sebenarnya telah dicaturkan...
Apa?? Dicaturkan!!!
Sapa la yang rajin main catur pulak nih...
Dah la aku tak berapa nak reti main catur nih...
Dok gheja kalah kalau lawan...
Haishh...

Lagi satu artikel ni mengatakan...
Demokrasi adalah TONG TAHI...
Yang mana kalau dibersihkan sekalipun...
Takkan bersih untuk selama - lamanya...
Sebab ianya akan diisi dengan tahi jugak selepas ini...
Takkan tong tahi nak isi dengan nasi pulak kan??
Memang tak dak sapa la yang nak makan nasi tu...

Jadi disini membawa maksud...
Yang pilihanraya ini hanya boleh dibersihkan untuk sementara...
Bila sudah sampai satu masa...
Ianya perlu dibersihkan semula...
Jadi walaubagaimanapun cara yang dilakukan...
Pilihanraya tetap takkan bersih untuk selama - lamanya...
Lain orang yang mengawal maka lainlah acuannya...

Abih tu...
Apa yang bersih untuk selama - lamanya??
Jawapannya amat mudah tetapi sukar untuk dijelaskan...
Sebab Islam datang dagang dan akan kembali dalam keadaan dagang...
Serius aku pun tak kenal Islam tu dengan sebenar - benarnya...
Macam mana sistem politik yang diajarkan dalam Islam...
Bagaimana sistem ekonomi dan juga sistem sosial manusia...
Ya, Islam adalah agama yang paling SEMPURNA didunia...
Segala - galanya diajarkan dalam Islam...
Bermula daripada sekecil - kecil perkara seperti bersuci...
Sehinggalah sebesar - besar perkara seperti menguruskan sistem politik...

Jangan terkejut bahawa agama lainnya tidak mengajarkan ini semua...
Jadi mereka TERPAKSA mencipta dan mengikut sistem mereka sendiri...
Maka keluarlah sistem seperti Sistem Demokrasi...
Sistem inilah yang kebanyakkan orang Islam ikut...
Walhal Islam dah ajarkan kesemuanya sekali...
Yang mana bertepatan dengan naluri kehambaan kita...
PAS sepatutnya memimpin PAKATAN RAKYAT...
Memperbanyakkan dakwah kepada orang - orang seperti Ambiga atau Lim Guan Eng...
Apa jawapan mereka sekiranya DITANYA DIHADAPAN ALLAH nanti??
Padahal mereka duduk semeja semasa didunia...
UMNO pula perlu BERTAUBAT dan MENDALAMI ISLAM...

Jadi ingatlah...
AGAMA TIDAK MEMERLUKAN KITA...
KITA YANG MEMERLUKAN AGAMA...
PAS dan UMNO perlu belajar SENI PERANCANGAN MUSUH ISLAM...
Untuk MENANG diatas papan catur...
Anda perlukan strategi sendiri...
Tetapi apabila sampai suatu tahap...
Anda akan menyedari hakikat sebenar...
Hakikat yang sebenarnya anda tidak perlu bermain...
JIKA ANDA SEDANG MENCATUR SESUATU...
ANDA SEBENARNYA SEDANG DICATURKAN...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

2 ulasan:

  1. dunia akhir zaman, pemimpin mula porak peranda..kesannya rakyat sengsara

    BalasPadam
  2. dah tak lama dah janji Allah...
    ntah2 masanya dah betul2 hampir...

    BalasPadam

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih