Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Selasa, 26 Julai 2011

Siri ketiga duit syiling Malaysia 2012

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan untuk mengeluarkan syiling peringatan baru sempena pengeluaran syiling siri ketiga pada awal 2012...
Siri baru ni diinspirasikan daripada keunikan budaya dan warisan Malaysia...
Jadi syiling baru ini menggunakan tema "Keunikan Malaysia"...
Yang mana reka bentuknya memaparkan motif - motif seni kraftangan tradisional...
Juga keindahan flora dan fauna yang wujud di Malaysia...
Seterusnya menyerlahkan identiti kebangsaaan Malaysia yang kaya dan pelbagai...


Jadi mari kita lihat ciri - ciri dan spesifikasi teknikal duit syiling siri baru ni...
Err... ada spesifikasi teknikal??
Dah macam nak beli kereta la pulak kan...
Tengok ciri - ciri dan spesifikasi teknikal...
Apa dia ciri - ciri dan spesifikasi teknikal duit ni??
Mai kita tengok sama - sama...
Ciri - ciri Am :

Bahagian hadapan :

Setiap duit syiling memaparkan motif yang berbeza...
Tapi mempunyai beberapa ciri - ciri yang sama...
Antaranya 14 titik bagi melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan...
Lima garisan mendatar bagi mewakili lima prinsip Rukun Negara...
Bagi syiling 50 sen, tiada garisan mendatar tersebut...
Tetapi digantikan dengan ciri keselamatan imej pendam...
Yang akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut berlainan...

Ciri keselamatan pada syiling 50 sen

Syiling 50 sen

Sulur Kacang
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

Syiling 20 sen
Bunga Melur
Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

Syiling 10 sen
Motif Orang Asli 
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

Syiling 5 sen
Destar Siga
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu. 

Bahagian Belakang :

Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif yang sama...
Bunga Raya atau Rosa-sinensis mewakili bunga kebangsaan Malaysia...
Tahun penempaan syiling tersebut...
Nilai muka duit syiling menunjukkan nilai syiling tersebut...
Perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA' sebagai pihak yang berkuasa mengeluarkan syiling...

Spesifikasi Teknikal :

Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Nikel Loyang Bersalut Kuprum
Nikel Loyang
Keluli Tahan Karat
Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm)
22.65
20.60
18.80
17.78
Berat (gram)
5.66
4.18
2.98
1.72

Siri baharu duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan.
Bank Negara Malaysia mengeluarkan set duit syiling peringatan (BrilliantUncirculated) sebanyak 500,000 secara berperingkat-peringkat yang dipakej secara khas dan akan dijual pada harga RM10.00 bagi setiap set. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi duit syiling peringatan boleh dirujuk di sini.

Setakat ini sahaja penerangan mengenai syiling baru Malaysia...
Untuk maklumat tambahan sila ke laman web Bank Negara Malaysia...
Sekian...

sumber : Bank Negara Malaysia, Lampiran 1

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih