Maafkan penulis kerana tidak mengemaskinikan blog ini...
Maklumlah sekarang ni agak sibuk sikit dengan kerja...
Pertama kali penulis nak mengucapkan berbanyak terima kasih...
Kepada pembaca yang masih lagi setia mengunjungi blog ini (perasan saja yang lebih)...
Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan Salam Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca blog ini...
Sebelum menamatkan post kali ini...
Izinkan penulis memberikan beberapa pantun...
Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Sekian terima kasih...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan