Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Sabtu, 20 Jun 2009

Gagak, Ayah dan Anak...

Hai semua...
Sempena hari Bapa, penulis nak kongsi satu cerita...
Tapi sebelum tu...
Kepada Ayah penulis...
Kepada Bapa2, Papa2, Abah2, Abuya2, Daddy2 dan apa2 lagi la perkataan yang sewaktu dengannya...
Tak lupa juga kepada yang bakal memegang gelaran tu selepas ini manma90.blogspot.com...
Penulis nak ucapkan...
manma90.blogspot.com SELAMAT HARI BAPA... manma90.blogspot.com
Teruskan membaca dan sama2 kita hayati ceritanya...
Pada suatu petang Amin yang baru menamatkan pendidikan tinggi bersama dengan ayahnya sedang duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran.

Ayahnya lalu menuding ke arah gagak sambil bertanya kepadanya, "Nak, apakah bendanya itu?" "Burung gagak", jawab Amin.

Ayahnya mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.
Amin menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat, "Itu burung gagak ayah!"

Tetapi sejurus kemudian ayahnya bertanya lagi soalan yang sama. Amin merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!"

Ayahnya terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan Amin hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan ayahnya, "Gagak la ayah.......".

Tetapi agak mengejutkan Amin, apabila ayahnya sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini Amin benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.
"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apalagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", katanya dengan nada yang begitu marah.

Tiba-tiba ayahnya terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkannya yang masih terpinga-pinga. Sebentar kemudian ayahnya keluar semula dengan sesuatu di tangannya lalu menghulurkan benda itu kepadanya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama.
"Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta ayahnya. Amin akur dan membaca perenggan yang berikut..........

"Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab, "Burung gagak". Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga."

Setelah selesai membaca perenggan tersebut Amin mengangkat muka memandang wajah ayahnya yang kelihatan sayu. Ayahnya dengan perlahan bersuara, " Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah." Amin terus memeluk ayahnya dengan erat dan meminta maaf di atas perbuatannya tadi...

Kepada sesiapa yang masih mempunyai ayah...
Penulis berharap la sangat2 anda menghargainya...
Ayah sanggup bersabar melayan kerenah kita...
Tapi sanggupkah kita melakukan apa yang ayah kita lakukan...
Sedangkan baru lima kali ditanya soalan yang sama sudah melenting...
Jadi...
Kepada yang masih ada ayah atau sewaktu dengannya (banyak sangat gelaran...)...
Hargailah beliau sebelum anda kehilangannya...
Kepada yang sudah kehilangannya...
Banyakkanlah bersedekah kpd dan bg pihak mereka...
Semoga mereka tenteram disana...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

2 ulasan:

  1. mcm amik iklan petronas je//newy,,nice story

    BalasPadam
  2. Erk... yeke...
    Lebih krg kot...
    Hehehe...
    Terjumpa dlm koleksi artikel penulis...
    Apa pun...
    Thanks for the comment

    BalasPadam

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih