Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Khamis, 26 April 2012

Lelaki dapat bidadari... Perempuan??

Pasti anda pernah mendengar...
Selalu orang bercerita tentang bidadari syurga...
Yang merupakan ganjaran kepada kaum lelaki yang masuk syurga...
Ramai guru - guru agama yang selalu mengingatkan kita pasal benda ni...
Tapi pernahkah anda terfikir...
Kalau lelaki dapat bidadari perempuan dapat apa??

Mana aci lelaki saja yang dapat...
Perempuan tak dapat apa - apa...
Malah ada yang pandai - pandai kata...
Kalau lelaki dapat bidadari, perempuan mesti dapat bidadara...
Ye la kan...
Kalau pelayan dalam kapal terbang tu...
Lelaki dipanggil pramugara, perempuan dipanggil pramugari...
Jadi ramai yang ingat klau ada bidadari, mesti ada bidadara...

Sebenarnya tiada istilah bidadara...
Tak wujud pun istilah tu...
Jadi perempuan akan dapat apa kalau masuk syurga??
Perempuan akan mendapat suami apabila masuk ke dalam syurga...
Macam mana perempuan tu akan mendapat suami??
Mari kita sama - sama baca...


Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin

Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). 

Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.

Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.


Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.

Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.

Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.

Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: 
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)
Mari kita tengok video Ustaz Azhar Idrus ni...
Sekian...


sumber : Media Siber

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih