Anak : Ayah,boleh tak Faiz tanya sesuatu?
Ayah : Ya. Nak tanya apa?
Anak : Berapa pendapatan ayah sejam?
Ayah : Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk nak tanya?
Anak : Faiz saja nak tahu ayah, tolonglah beritahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?
Ayah : 20 ringgit sejam. Kenapa nak tahu?
Anak : Oh...
(Kemudian memandang ayahnya sambil bertanya)
Anak : Boleh tak Faiz pinjam 10 ringgit?
Ayah : Oh... Itu sebenarnya nak dari ayah. Nak buat apa minta 10 ringgit? Nak beli mainan lagi? Jangan membazir. Ayah cari duit penat-penat bukan nak bazirkan sebarangan. Sekarang pergi tidur.
Faiz pun berjalan menuju ke bilik. Manakala si Ayah memikirkan mengapa si anak memerlukan wang sebanyak itu. Dengan perasaan bersalah Si Ayah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.Didapati anaknya belum tidur.
Ayah : Kalau kamu betul-betul perlu duit ini ambillah.
Anak : Terima kasih ayah..
Kemudian si anak tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not 10 ringgit yg sudah renyuk. Bila ternampak duit itu Si ayah mulai berang semula.
Ayah : Kenapa kamu minta lagi sedangkan kamuada duit sebanyak itu? Dan dari mana kamu mendapat duit sebanyak itu?
Faiz tunduk. Tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.
Anak : Duit ni Faiz kumpul dari duit belanja sekolah. Faiz minta lagi sebab duit ni tak ckup.
Ayah : Tak cukup nak beli apa??, sergah ayahnya.
Anak : Sekarang Faiz ada 20 ringgit.Ayah ambil lah duit ni.Faiz nak beli sejam dari masa ayah. Faiz nak ayah balik awal esok. Faiz rindu nak makan malam bersama-sama ayah, jawab Faiz tanpa berani memandang wajah ayahnya.
Ayahnya tersentak dan terus memeluk Faiz erat - erat...
Tanpa disedari air matanya mengalir deras membasahi pipinya...
p/s : Hilang kerja boleh dicari ganti tetapi hilang keluarga tiada gantinya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan