Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dalam kehidupan ni sapa yang tak mau berjalan...
Bercuti, melancong ke destinasi2 yang menarik diseluruh dunia...
Ada yang pi Amerika, London, Australia, Korea, Jepun, China...
Ada juga yang pi Arab Saudi, Mesir, Afrika, Indonesia, Brunei...
Dan macam2 lagi la tempat2 menarik...
Walaupun penulis tak pernah pun sampai...
Maklumlah...
Boleh dikatakan penulis ni katak dibawah tempurung la...
Walaupun tempurung dah kurang sekarang...
Hehehe...
Tak kurang juga yang suka melencong kan...
Ok...
Bila nak berjalan (type berjalan la senang untuk ganti perkataan melancong tu...)
Mesti kena guna kos kan...
Ada yang beringgit-ringgit sj...
Tak kurang jugak yang smpai beribu-ribu ringgit...
Pi mana tu smpai beribu-ribu ringgit...
Tapi kalau free atau percuma...
Lagi best kan...
Mesti semua nak pi berjalan...
Penulis ada dapat satu tawaran ni...
Tiket perjalanan percuma...
Sapa saja boleh tempah...
Tak dak apa2 syarat pun...
Berminat?? Klik baca lagi...
BUTIR-BUTIR DIRI
Nama Sebenar : Hamba Allah
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Bumi
MAKLUMAT PERJALANAN
Tempat berlepas : Kehidupan fana di dunia
Destinasi : Alam akhirat yg abadi
Tempoh perjalanan: Seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Masa berlepas: Ketika Malaikat Maut menjemput
Masa pendaftaran : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti, mesti dan tidak boleh berubah
SYARAT PERJALANAN
~ Ditujukan kepada semua penumpang, Sila beri perhatian, kerana anda akan memulakan perjalanan anda pada bila-bila masa
~Bagi penumpang yg masih belum jelas, sila dapatkan maklumat lanjut dari dalam Al-Quran dan hadith. Sebarang masalah yang dihadapi hendaklah dirujuk kepada para alim ulama dan cendikiawan.
KEPERLUAN
~kain kafan
~Kapas putih secukupnya
MUATAN LAIN YANG DIPERLUKAN
~Amal soleh
~Sedekah jariah
~Doa anak-anak yang soleh
~Ilmu yang dimanfaatkan
ULANGAN
Tempahan perjalanan adalah satu hala, tetap dan pasti. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang kepada kami menabur bakti dan khidmat kepada anda. Semoga anda gembira dengan perjalanan ini, sesuai dengan firman Allah yg bermaksud:
Barangsiapa yg mengharapkan perjumpaan yg baik terhadap Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan baik. Jangan pula mensyirikkan Allah dengan sesiapapun.
Khamis, 25 Jun 2009
Tiket Perjalanan Percuma...
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Artikel berkaitan :
Agama
,
Pengajaran
,
Pengetahuan
,
Peribadi
,
Peringatan
Labels:
Agama,
Pengajaran,
Pengetahuan,
Peribadi,
Peringatan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan