Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Rabu, 21 Ogos 2013

nVidia Optimus memberikan penjimatan dan prestasi grafik secara telus dan lancar...

Pada post yang lalu penulis ada menceritakan tentang teknologi kad grafik yang berubah mengikut penggunaan...
Dalam post tersebut, penulis ada memberitahu tentang nVidia Optimus dan juga AMD Radeon Enduro...
Yang memberikan pengguna laptop penjimatan bateri atau prestasi grafik bila diperlukan...
Penukaran ini berlaku tanpa pengguna sedar dan tidak mengganggu keselesaan pengguna...



Apa itu nVidia Optimus?

nVidia Optimus adalah teknologi yang dibangunkan oleh nVidia...
Teknologi ini adalah untuk mengoptimumkan penggunaan perkakasan grafik...
Mengikut penggunaan aplikasi, yang memberikan pengalaman penukaran kad grafik...
Di antara dua sistem grafik yang terdapat dalam komputer...
Samada untuk menjimatkan tenaga ataupun memaksimumkan prestasi...


Bagaimana nVidia Optimus berfungsi??

Kebanyakkan perisian komputer dapat berfungsi dengan baik...
Hanya dengan menggunakan grafik Intel HD tanpa mengganggu kelancaran penggunaan...
Anda hampir tidak dapat membezakan prestasi kad grafik nVidia dan Intel HD...
Perbezaan hanya dapat dilihat jika perisian memerlukan prestasi grafik yang tinggi...

Tetapi kad grafik nVidia perlukan tenaga yang banyak untuk memproses grafik...
Walaupun hanya memproses grafik sama yang dapat diproses Intel HD dengan tenaga lebih rendah...
Ini memberikan kelebihan kepada Intel HD untuk memproses grafik bagi perisian yang biasa...
Kerana ia dapat memproses grafik yang sama dengan tenaga yang kurang...
Sekaligus memanjangkan jangka hayat bateri terutama yang tidak mempunyai tenaga yang banyak...


Dengan teknologi nVidia Optimus...
Kad grafik nVidia yang menggunakan tenaga yang banyak akan ditutup...
Apabila komputer tidak memerlukan pemprosessan grafik yang tinggi...
Ini dapat menjimatkan tenaga sekaligus menjimatkan dan memanjangkan bateri laptop...

Kad grafik nVidia akan digunakan apabila pemprosessan grafik yang tinggi diperlukan...
Jadi pengguna akan mendapat prestasi yang tinggi apabila diperlukan...
Dan penukaran ini berlaku tanpa disedari oleh pengguna itu sendiri...
Tanpa skrin berkelip semasa pertukaran tersebut dilakukan...

Ini kerana paparan di skrin sentiasa dilakukan oleh kad grafik terbina...
nVidia hanya melakukan pengiraan dan menyerahkan kepada Intel HD untuk paparan...
Jadi paparan ke skrin sentiasa dilakukan oleh Intel HD...
Maka kelipan di skrin tidak berlaku walaupun kad grafik bertukar...

Jadi dengan penggunaan nVidia Optimus...
Pengguna dapat dua kebaikkan daripada laptop...
Iaitu jangka hayat bateri yang lama apabila tidak menggunakan perisian biasa...
Dan prestasi apabila menggunakan perisian yang memerlukan prestasi grafik yang tinggi...

Adakah laptop yang saya beli menggunakan nVidia Optimus?

Kebanyakkan laptop yang baru dikeluarkan dan mempunyai kad grafik nVidia...
Semuanya menggunakan teknologi nVidia Optimus...
Satu lagi cara untuk mengetahui samada menggunakan nVidia Optimus atau tidak...
Ialah dengan melihat spesifikasi laptop tersebut...
Jika didatangkan dengan nVidia tetapi mempunyai jangka hayat bateri yang panjang...
Maka laptop tersebut berkemungkinan mempunyai nVidia Optimus...

Lenovo Ideapad Y400 tidak mempunyai  teknologi nVidia Optimus


Laptop seperti Lenovo Ideapad Y400 dan Lenovo Ideapad Y500...
Disebabkan mempunyai masalah perkakasan...
Ini disebabkan laptop ini menyokong penggunaan teknologi nVidia SLI...

Jadi selagi laptop anda menggunakan nVidia...
Dan mempunyai jangka hayat bateri yang agak lama...
Kemungkinan laptop anda mempunyai teknologi ini...
Sekian...

sumber :
How to geek


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih