Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Ahad, 11 Ogos 2013

Teknologi kad grafik yang berubah mengikut penggunaan...

Komputer Riba atau laptop semakin menjadi pilihan di kalangan pengguna komputer sekarang...
Ini di sebabkan oleh kemudahalihan yang ditawarkan oleh laptop...
Ini membolehkan pengguna komputer menggunakan di mana-mana tempat yang diinginkan...
Sekaligus memberikan keselesaan untuk menggunakannya di mana-mana tempat...

Lenovo Yoga 13 yang menggabungkan laptop dengan tablet

Walaupun laptop menawarkan kemudahalihan yang flekibel...
Tetapi prestasi laptop masih tidak dapat menandingi komputer desktop...
Ini menyebabkan laptop kurang menjadi pilihan...
Terutama apabila melibatkan kerja yang memerlukan prestasi yang tinggi seperti permainan komputer...


Harga sebuah laptop ialah harganya yang mahal...
Berbanding dengan desktop yang mempunyai spesifikasi yang sama...
Laptop juga mempunyai masalah ketahanan bateri...
Ini menjadi satu masalah disebabkan kemudahalihan yang ditawarkan oleh laptop...

Pengeluar-pengeluar laptop terkemuka di dunia cuba untuk memenuhi permintaan ini...
Antaranya dengan menggunakan bahan yang lebih murah untuk menggantikan pembuatan laptop...
Bahan yang lebih murah menyebabkan harga laptop menurun disebabkan kos pembuatan yang murah...
Tetapi pengeluar terpaksa mengorbankan ketahanan laptop di sebabkan pemilihan barang yang murah...


Antara pengeluar kad grafik yang terkenal di dunia

Dari segi prestasi pula kebanyakkan laptop sekarang di datangkan dengan kad grafik yang khusus...
Seperti nVidia dan juga AMD Radeon yang memang terkenal dalam mengeluarkan kad grafik...
Ini membolehkan prestasi laptop ditingkatkan untuk mencapai taraf yang hampir menyamai desktop...
Jadi semakin banyak laptop yang mempunyai kad grafik yang khusus...
Berbanding kad grafik yang terbina di dalam laptop seperti sebelum ini...

Kad grafik yang khusus mempunyai masalah pada jangka hayat bateri...
Ianya menggunakan tenaga yang banyak untuk memproses grafik yang tinggi...
Jadi pengeluar kad grafik cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan teknologi penukaran kad grafik...
Ini membolehkan pengguna menggunakan kad grafik terbina dalam papan induk...
Terutamanya apabila membuat kerja yang tidak memerlukan pemprosessan grafik yang tinggi...
Dan menggunakan kad grafik yang khusus apabila perkara sebaliknya...

Pada mulanya teknologi ini memerlukan pengguna menukar secara manual menggunakan perisian...
Jadi pengguna perlu menukar sendiri ke kad grafik yang khusus apabila perlukan pemprosessan grafik yang tinggi...
Dan menukar kembali kepada kad grafik terbina apabila inginkan penjimatan bateri...
Ini menyusahkan pengguna terutamanya yang kurang ilmu mengenai teknologi ini...
Pengguna perlu memikirkan masa untuk menggunakan kad grafik terbina atau yang khusus...

nVidia dan AMD cuba untuk menyelesaikan masalah ini bagi memberikan keselesaan kepada pengguna...
AMD mengeluarkan teknologi terbarunya yang dinamakan Enduro...
Teknologi ini mengawal penukaran kad grafik secara automatik tanpa memerlukan interaksi pengguna...
Tetapi tidak semua pemprosessan akan bertukar secara automatik untk pertama kali penggunaan...
Ini disebabkan AMD masih tidak mempunyai pangkalan data yang cukup...
Untuk membolehkan sistem menentukan untuk menggunakan kad grafik terbina atau yang khusus Radeon...

Teknologi Optimus nVidia

Berbeza dengan nVidia yang menggunakan teknologi yang dinamakan Optimus...
Teknologi ini menggunakan satu profil yang dinamakan Optimus untuk menentukan penggunaan...
Jadi teknologi ini akan terus menggunakan kad grafik khusus nVidia apabila pemprosessan memerlukan...
Walaupun kali pertama menjalankan proses yang memerlukan pemprosessan grafik yang tinggi...
Ini disebabkan profil Optimus yang menyimpan semua data sentiasa dapat dikemaskini...
Dengan memuat turun profil yang terkini di laman sesawang nVidia...

Walau apapun nama yang diberikan...
Teknologi ini akan membolehkan jangka hayat bateri dipanjangkan apabila penggunaan biasa...
Dan penukaran ke grafik khusus apabila memerlukan prestasi grafik yang tinggi...
Dan pengguna tidak perlu berinteraksi untuk menukar kad grafik mengikut penggunaan...
Penukaran akan dilakukan secara senyap tanpa mengganggu pengguna...
Bahkan pengguna tidak dapat mengesan waktu penukaran tersebut dilakukan...
Ini memberikan lebih jangka hayat bateri apabila tidak memerlukan pemprosessan grafik yang tinggi...
Dan memberikan prestasi yang tinggi apabila diperlukan oleh pengguna..

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih