Apabila seseorang muslim itu ditanya, "Kau ni kafir ke?",
pasti muslim tersebut akan marah, walaupun dia adalah seorang ahli
maksiat. Keislamannya hanya pada nama, bukan pada amal perbuatannya.
Selain daripada bertanya seperti di atas, cuba kita tanya kepada muslim yang lain, "Kau ni sembah berhala ke?". Pasti kita akan dimarahi, ataupun pipi kita akan merah buat seketika.
Sedar
tidak sedar, ada kalanya memang kita 'menyembah' berhala-berhala tanpa
kita sedari. Berhala-berhala yang disembah bukanlah berupa patung.
Kerana itulah kita tidak sedar kita sedang menyembah berhala tersebut.
1. Populariti dan Reputasi
Nak
sangat orang kenal kita. Apabila populariti diraih, reputasi pula mesti
ditingkatkan. Kedua-dua perkara ini sememangnya untuk kepentingan dunia
semata-mata. Apabila hilang populariti, kita akan berasa kecewa, kerana
kita sedang menyembah populariti, bukan menyembah Tuhan yang tidak akan
hilang.
2. Penghormatan
Kita
mahukan orang hormat pada kita dan tunduk pada kita. Kalau ada pengikut
atau pekerja, kita mahu mereka ikut segala perintah kita walaupun
perkara tersebut bertentangan dengan tolok ukur dalam Islam. Macam mana
tu? Kita sembah Allah atau sembah berhala?
3. Taksub pada Seseorang
Ketokohan
seorang ulama akan sentiasa dikenang. Namun, apabila golongan yang
jahil, mereka pasti akan mengutamakan ketokohan ulama mereka walaupun
hujah-hujah mereka ternyata salah. Pasti akan ada yang menyatakan, "Itu
tok guru! Tak kan dia salah?". Walhal, ulama juga buat salah. Kita nak
bersandar pada tok guru yang tidak maksum atau hukum Allah yang
sempurna?
4. Kita Sebagai Idola Masyarakat
Kita
nak orang ingat dan sentiasa menyebut nama kita. Bukan setakat tu, nak
orang fikir dan 'zikir' nama kita. Kita juga menginginkan orang lain
menjadikan kita sebagai idola mereka, walaupun sememangnya kita langsung
tidak layak untuk dijadikan idola. Jadi, janganlah berangan-angan nak
jadi Malaysian Idol, American Idol, dan sebagainya.
5. Demokrasi
Inilah
suatu perkara yang masih belum disedari oleh masyarakat hari ini.
Demokrasi merupakan suatu sistem pemerintahan yang membelakangi Tuhan.
Di dalam parlimen, manusia mengambil-alih tugas Tuhan sebagai Penggubal
Undang-undang. Hanya Allah sahaja yang layak untuk menggubal
undang-undang. Dalam parlimen, untuk menerapkan hukum-hakam Islam,
ahli-ahli parlimen perlu mencapai 2/3 majoriti undi untuk menerapkan
hukum-hakam Islam. Adakah hukum-hakam Islam itu diturunkan untuk diundi?
Inilah berhala yang selama ini kita tidak sedar, yang kita sedang
menyembahnya.
Ùˆَالَّذِينَ ÙŠَدْعُونَ Ù…ِÙ† دُونِ اللَّÙ‡ِ Ù„َا ÙŠَØ®ْÙ„ُÙ‚ُونَ Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙ…ْ ÙŠُØ®ْÙ„َÙ‚ُونَDan berhala-berhala yang mereka seru selain Allah, tidak dapat membuat sesuatu apapun, sedang berhala-berhala itu (sendiri) dibuat orang. [an-Nahl:20]
sumber : Soutul Mujahid Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :


