Hmm...
Ramai yang mula bercakap mengenai minyak gred baru ni...
Maklumlah kan...
Dah lama minyak ni wujud dipasaran Malaysia...
Minyak RON92 dah boleh dikatakan tak wujud...
Kalau dulu kepala nozel isian berwarna HIJAU (RON97) dan MERAH (RON92) bagi kebanyakkan stesen minyak...
Tapi selepas 1hb September 2009...
Kebanyakkannya berwarna KUNING mewakili minyak gred baru ini...
Malah kalau pi kat stesen Petronas...
Majoriti kepala nozelnya hanya berwarna KUNING sahaja...
Hanya sesetengah stesennya sahaja yang menawarkan RON97...
Hmm...
Jadi betulkah RON95 ini lebih menjimatkan??
Adakah RON95 memberikan anda lebih kilometer??
Apa itu RON...
Pertama sekali penulis nak berkongsi maksud RON tu sendiri...
>RON merupakan singkatan Research Octane Number atau Nombor Penyelidikan Oktana.Ia digunakan untuk menentukan kualiti mengurangkan ketukan enjin (anti-knock) atau rintangan terhadap nyalaan pramatang atau peledakan semasa bahan petrol terbakar di kebuk pembakaran. Ketukan enjin adalah suatu aktiviti pembakaran yang luar biasa dan sepatutnya dicegah kerana merosakkan enjin...
Jadi nak senang cerita...
Lebih tinggi nombor RON, maka lebih susah petrol tu nak dibakar...
Jadi lebih tinggi mampatan bahanapi kat kebuk pembakaran...
Lebih bersih pembakaran petrol...
Betul ker lagi tinggi lagi bagus prestasi kalau guna RON yang lebih tinggi??
Hmm...
Pasal nih kena tengok dulu la macam mana kereta anda ditala (tuning)...
Tapi berdasarkan buku manual yang penulis pernah baca...
Manual tu untuk kereta biasa saja la...
Bukanlah kereta mewah...
Kebanyakkan manual tu mengatakan kereta tersebut perlu menggunakan RON95 dan ke atas...
Dan kebanyakkan kereta keluaran perodua hanya perlukan RON92 dan ke atas...
Dan berdasarkan Forum ini...
Ada mengatakan semua enjin jepun boleh pakai RON95...
Tapi kebanyakkan kereta mewah atau untuk perlumbaan tak sesuai langsung nak pakai RON95 nih...
Malah petrol untuk perlumbaan kereta telah ditetapkan menggunakan RON102 sebagai standard...
Apa akan jadi kalau guna RON yang rendah untuk kereta yang ditala untuk RON yang lebih tinggi??
Hmm...
Sebelum penulis taip panjang - panjang...
Tengok la dulu gambar kat bawah ni...
Gambar kat atas tu menunjukkan piston yang telah cair apabila menggunakan RON yang lebih rendah daripada yang ditala...
Sebaiknya anda perlu mengenal pasti RON yang sesuai untuk kenderaan dan cara pemanduan anda...
Walau bagaimanapun, pengguna perlu merujuk kepada nasihat Pengilang Kelengkapan Asal (OEM) yang tertera di buku panduan kenderaan atau semak pada belakang penutup tangki gas untuk kadar oktana yang disyorkan...
Kenapa rasa macam semput saja guna RON95 ni??
Hmm...
Berdasarkan pembacaan penulis...
Tak tau la betul ker tak...
Perkara ini berlaku disebabkan penambah perasa petrol tersebut...
Macam dulu masa RON92...
RON92 telah didiskriminasi oleh banyak pengusaha minyak tempatan...
RON92 hanya petrol semata - mata...
Tanpa penambahan bahan - bahan lain macam RON97...
Jadi sebenarnya bukan nilai RON yang menentukan prestasi...
Penambah perasa yang terdapat dalam petrol tu...
Dan bagaimana kenderaan anda ditala...
Akan menentukan prestasi kenderaan anda...
Tapi kebanyakkan kereta keluarga (family car) di Malaysia...
Hanya ditala untuk menggunakan RON92 atau lebih...
Kalau kereta untuk bermewah-mewah...
Ataupun untuk prestasi yang lebih...
Yang mana penalaannya menggunakan RON yang lebih tinggi...
Mungkin enjin anda pendek umurnya...
Hmm...
Kalau ada apa-apa lagi maklumat...
Bolehlah kongsi kat ruang komen tu ye...
Terima Kasih...
sumber : Wikipedia, Paultan, The Motor Report, Mesra.net Forum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan