Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Jumaat, 1 Januari 2010

Sejarah tercipta dalam keluargaku sempena tahun 2010...

Salam semua...
Pertama sekali penulis nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010...
Jadi kepada yang lahir pada tahun baru ni...
Macam mak su penulis...
Selamat Menyambut Hari Lahir...
Semoga panjang umur dan hidup mendapat berkat...

Hmm...
Apa kena mengena tahun 2010 dengan keluarga penulis??
Mesti ada yang tertanya - tanyakan...
Apa sebenarnya sejarah yang tercipta tu??
Kenapa mesti tercipta??
Bukan dicipta??

Sebenarnya sejarah ini tercipta dengan secara tak sengaja...
Penulis pun baru tersedar bila mama penulis bagitau...
Kalau tak penulis pun tak sedar keadaan ni...
Hmm...
Nak tau apa sejarahnya??

Tahun 2010 telah diisytiharkan oleh keluarga penulis sebagai "TAHUN PEPERIKSAAN"...
Apa pulak sebabnya??
Hmm...
Oklah...
Penulis bagitau sebabnya...
Sebenarnya tahun 2010 ni...
Adik - adik penulis masing - masing bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM...
Penulis pulak dah memang periksa tiap - tiap 6 bulan...
Kiranya tahun 2010 ni kami semua adik - beradik bakal menempuhi peperiksaan yang besar...
Peperiksaan yang bakal menentukan hala tuju selepas ini...

UPSR untuk menentukan sekolah menengah yang bakal diduduki untuk pengajian menengah rendah...
PMR untuk menentukan sekolah mana yang bakal diduduki untuk menyambung pengajian diperingkat menengah atas...
SPM pula untuk menentukan institut pengajian tinggi mana yang sekaligus menentukan bidang pekerjaan pada masa hadapan...

Walaupun ada sesetengah orang kata sekolah menengah tak berapa penting...
Asalkan boleh sambung belajar sudah...
Semua sekolah sama saja...
Ok...
Kata - kata diatas boleh dipersetujui kalau kita berada di zaman sebelum kemerdekaan...
Betul tak??
Zaman millenium ni semua perkara dah berubah...
Sekolah menengah sekarang ni dah banyak berbeza...
Boleh dikatakan sekolah menengah di Malaysia terbahagi kepada tiga...
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Akademik...
Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk dalam kategori Sekolah Akademik...

Adeh...
Dah terkeluar tajuk dah ni...
Cukup la setakat ini...
Itu saja la sejarah yang tercipta dalam keluarga penulis...
Sekian...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

2 ulasan:

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih