Ada yang beranggapan perempuan lebih kuat cemburunya berbanding lelaki...
Betulkah begitu??
Hmmm...
Entahlah...
Penulis tak nak bagitahu jawapan...
Biarlah jawapannya dijawab dengan perbuatan...
Bukannya dijawab dengan tulisan ataupun pertuturan...
Maya Angelou, seorang penulis dan penyair terkenal dunia mengumpamakan cemburu di dalam perhubungan seperti garam di dalam masakan; sedikit menambah rasa, terlalu banyak merosakkan selera, dan pengambilan yang banyak dan selalu mungkin hingga meragut nyawa...Setuju tak??
DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih...
Kecemburuan juga boleh wujud sesama kawan...
Antara adik-beradik seperti kakak dengan adik
kandungnya...
Sifat cemburu ini memang tidak dapat dinafikan ada dalam diri manusia...
Cuma cara ianya disampaikan saja yang berbeza...
Ada yang terlalu sangat cemburu...
Ada juga yang buat - buat macam tak cemburu...
Kat sini timbul pula pertanyaan...
Antaranya perlukah cemburu nih??
Benarkah cemburu itu tandanya sayang??
Ada ker kebaikan cemburu nih??
Macam mana nak tangani cemburu nih??
Hmm...
Dibawah nih ada satu peristiwa pada zaman Rasullullah yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim maksudnya:
Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Rasulullah akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu Rasulullah menjawab : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi”
Peristiwa diatas menunjukkan Allah dan Rasulullah menegaskan bahawa lelaki terutama suami dan ayah perlu bersikap mempertahankan kepada ahli keluarga dari melakukan perkara keji dan mungkar terutama zina...
Islam sendiri mengajar bagaimana memperlihatkan perasaan cemburu dan mengawalnya dari berlarutan dan memanipulasikannya kearah kebaikan...
Disebabkan penulis merupakan seorang lelaki maka penulis nak beritahu lelaki kat luar bila mereka perlu cemburu...
- Cantik – membiarkan kecantikan dan tubuh badan isteri dan anak perempuan dinikmati oleh lelaki lain sepanjang berada di luar rumah contoh di pejabat.
- Balik kerja lewat – membiarkan isteri dan anak perempuan balik lewat dari pejabat yang secara tak langsung membuka lebih banyak ruang ke arah maksiat seperti pulang bekerja dengan lelaki lain.
- Aurat - membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasa oleh orang lain yang bukan mahram seperti terselak kain ketika membonceng motosikal.
- Berdua-duaan – membiarkan isteri dan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram seperti membiarkan anak perempuan dengan tunang atau pasangannya.
- Sakit puan – membiarkan doktor lelaki merawatnya padahal banyak lagi kllinik atau hospital yang memiliki doktor wanita kecuali terdesak.
Kalau dilihat daripada perkara diatas, dapat dikatakan setiap musibah yang berlaku adalah disebabkan kurangnya ataupun tiada langsung sifat cemburu dari lelaki yang kebanyakkannya adalah suami dan ayah...
Kononnya takut tak ikut peredaran zaman yang mana cemburu lelaki yang sepatutnya bersifat pelindung dipandang sinis...
Sikap sebenginila yang sebenarnya menyebabkan gejala sosial berkembang dengan pesatnya dalam kalangan masyarakat...
Sikap ambil mudah dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada orang lain bukanlah sikap yang digalakkan dalam Islam...
Islam merupakan jalan hidup yang terbaik bagi manusia...
Diriwayatkan oleh Ahmad, Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout Rasulullah bersabda maksudnya:
“Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid”
Fikir - fikirkanlah jawapannya...
Wallahu'alam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan