Hmm...
Generasi ketujuh sistem pegoperasian (OS) komputer daripada Microsoft telah pun dilancarkan dengan rasminya di Malaysia pada 2hb November yang lepas...
Jadi ramai lah yang cuba menjengah OS baru dari Microsoft nih...
Maklumlah...
Windows Vista boleh dikatakan gagal sebab jualannya tidak memuaskan...
Dah banyak masalah...
Sapa lagi nak pi beli...
Baik guna Windows XP...
Lagi puas hati...
Setelah pelancaran 7 secara rasminya...
Lebih 234% telah terjual berbanding Vista...
Jd jualan produk ini adalah hampir 3 kali ganda jualan Vista...
Wow...
Dengan harga RM 525 bagi Home Premium, RM 855 bagi Professional dan RM 903 bagi Ultimate...
Jumlah ini agak menakjubkan...
Hmm...
Ramai la jugak yang takut 7 nih akan jadi macam Vista...
Ye la kan...
Masa Vista arituh...
Banyak aplikasi yang XP boleh run Vista tak boleh run...
Jadi...
Untuk mengelakkan perkara tersebut berulang dalam 7...
Dan juga untuk menggalakkan ramai berhijrah menggunakan 7...
Maka Microsoft telah membangunkan Virtual PC khas untuk 7...
Virtual PC nih dinamakan Windows XP Mode...
Atau lebih senang lagi bukak XP dalam 7...
Hmm...
Apa untungnya XP Mode nih??
- XP mode ini memudahkan proses installasi dan penggunaan applikasi lama tanpa perlu beralih antara Virtual Machine dengan Windows 7 malahan ianya boleh berkongsi start menu dengan Windows 7.
- Kestabilan Windows 7 terlindung dengan memagar applikasi Windows XP dalam Virtual Environment.
- XP mode ini boleh di katakan Windows XP kurus @ Thin XP @ lightweight XP yang pantas, malahan lebih pantas dari Windows XP lite di pasaran gelap.
- Boleh terus run program Windows XP dari tetingkap Windows 7.
Kalau ada untung, mesti ada rugi kan...
Jadi kat bawah ni disenaraikan pulak kekurangan XP mode nih...
- Hanya untuk Windows 7 variasi Pro, Business, Enteprise dan Ultimate sahaja (versi lain perlu install Windows Virtual PC).
- Lebih sesuai untuk platform 64 bit yang RAM lebih daripada 3.2 GB, dan sekurang - kurangnya 2 GB RAM diperlukan untuk di pakai dengan Windows 7 32 bit.
- Games? Minta maaf la banyak - banyak. Tiada sokongan DirectX dalam XP mode, anda perlu membuat installasi Dual Boot seperti biasa, Windows 7 + Windows XP jika anda ingin bermain game yang hanya menyokong XP.
- Memerlukan virtualisation hardware support (Intel VTx atau AMD SVM)
Kat bawah nih ada la beberapa gambar mengenai Windows XP Mode nih...
Kalau nak info lebih boleh la pi kat Windows XP Mode...
Sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan