MENGAPA KITA HARUS BOIKOT..?
Apakah gunanya kita melaksanakan kempen boikot itu?" Untuk menjawab persoalan tersebut, kami ingin menarik perhatian saudara dan saudari terhadap situasi politik global yang sedang berlaku sekarang. Pihak kami yakin semua telah sedia maklum terhadap pembunuhan dan penindasan beramai-ramai umat Islam dewasa ini di kebanyakan negara Islam. Tidaklah perlu pihak kami mengulas lebih lanjut tentang perkara ini kerana saban hari kita boleh melihatnya di dada-dada akhbar ataupun melalui peti TV. Sebagai umat Islam, pihak kami tidak sanggup untuk melihat saudara seagama terus dibunuh dan dirampas hak mereka. Dan di dalam masa yang sama juga,kita tidak mempunyai kekuatan persenjataan langsung untuk menghadapi mereka. Satu-satunya sumber penentangan yang dimiliki oleh umat Islam ialah melalui suara dan ekonomi. Untuk mengangkat senjata, sudah tentu kita tidak mampu. Oleh itu, kuasa yang ada pada kita hanyalah pernyataan ketidakpuashatian terhadap dasar luar Amerika melalui kuasa membeli. Pihak kami akui, pemboikotan barangan keluaran negara pengganas Amerika dan sekutunya merupakan satu cabaran yang amat sukar bagi kami. Kita semua sedia maklum bahawa sebahagian dari kita membesar dengan produk-produk keluaran negara tersebut dan amat sukar untuk kita mengikisnya dari hidup kita. Dari sudut perniagaan pula, amatlah sukar untuk kita bertindak memboikot barangan keluaran mereka sekali gus. Walaupun ianya sukar, bukan bermakna kita tidak perlu membuat apa-apa langsung. Semua manusia mempunyai kemampuan yang terbatas
PERKEMBANGAN TERKINI
Sepanjang hampir 8 bulan aktiviti pemboikotan kami ke atas barangan negara pengganas terutamanya dari Amerika, pihak kami telah didatangi oleh wakil dari pengilang-pengilang yang terbabit (yang mana barangan mereka diboikot). Sudah tentu mereka agak terkejut dengan tindakan kami yang agak drastik. Pertanyaan yang pertama yang terpacul dari mulut mereka ialah ‘kenapa kami memboikot barangan mereka.’ Pihak kami mengambil peluang ini untuk menyatakan kepada mereka dan mengeluarkan bukti dari keratan akhbar dan maklumat dari Berita Dunia yang di siarkan di TV RTM. Sebagai contoh, mengikut lapuran Berita Harian, pada 17hb Julai 2002, pihak Israel telah menghalau dan merampas tanah orang Palestine di sebuah perkampungan bernama Kiryat Gat. Lalu tanah yang dirampas itu diberikan kepada syarikat minuman Coca-Cola untuk pembinaan kilang baru mereka. On top of that, kerajaan Israel telah menghulurkan pembiayaan wang sebanyak USD50 juta bagi membantu Coca Cola membina kilang tersebut. Manakala pengeluar barangan makanan Pringles pula iaitu Proctor & Gamble, diketahui mempunyai kontrak perniagaan bersama Pentagon. Syarikat ini juga menerima jumlah wang yang besar setiap tahun dari Pertubuhan Ohio-Israel, yang bertempat di Ohio Amerika.
Persoalan kedua daripada pengilang-pengilang terbabit, “sampai bilakah proses pemboikotan ini akan terus berjalan?” Dan jawapan dari kami adalah, “selagi pengganas Amerika dan sekutunya terus mengamalkan Polisi Luar Negara yang mereka gunakan sekarang iaitu menindas dan memerangi dan merompak khazanah negara-negara lemah dan negara-negara Islam khususnya, selagi itulah pihak kami akan terus memboikot barangan mereka. Selagi mereka terus membunuh orang-orang awam yang tidak berdosa selagi itulah mereka dibenci.”
Walaupun suara Sabasun tidaklah sebesar mana, InsyaAllah apabila digabungkan dengan seluruh umat Islam yang prihatin dan negara-negara lain yang menentang dasar luar negara Amerika, InsyaAllah kita akan dapat melihat hasilnya nanti, iaitu dunia yang lebih aman dan makmur. Sama-sama kita doakannya.
Di tambah pula dengan deklarasi yang dikeluarkan oleh Rumah Putih di Washington DC pada 19 Julai 2003 bahawa tidak dapat dielakkan lagi oleh mereka, tahun 2004 merupakan tahun Inflasi Amerika; dan mereka menjangkakan masalah kewangan negara mereka akan terus berlanjutan sehingga ke tahun 2003. Maka, inilah peluang untuk kita sama-sama memberi tekanan ke atas ekonomi mereka yang semakin lemah dan krisis kewangan yang semakin memuncak. Sekurang-kurangnya, ini dapat memaksa mereka untuk mengkaji semula dasar luar mereka yang merugikan dan menakutkan seluruh dunia pada masa ini.
Oleh itu, pihak kami menyeru saudara dan saudari untuk sama-sama berjuang mengikut kadar kemampuan yang ditetapkan oleh Allah untuk kita. Perjuangan perlu bermula dengan diri sendiri. Ingat, sekiranya Amerika dan Israel boleh mencabul kedaulatan negara orang lain sesuka hati mereka tanpa pembelaan PBB dan negara lain, maka mereka juga boleh melakukan perbuatan yang sama ke atas negara kita. Oleh itu, bertindaklah sekarang dengan kadar kemampuan yang ada pada kita. Jangan sampai orang datang BOM rumah kita baru kita berkira-kira nak buat sesuatu? Terlambat!
Sesungguhnya, pihak kami sendiri tidak pernah menyangka akan mengalami cabaran global sehebat ini. Pada waktu kami mula-mula berniaga pada bulan April 1995, kami menyangka perniagaan itu hanyalah proses membeli barang, menjualnya, dan kira untung. Rupa-rupanya, di dalam dunia tanpa sempadan ini, kami terpaksa menempuh onak dan duri di dalam dunia perniagaan yang serba mencabar yang tidak pernah kami fikirkan sebelum ini. Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam, kita wajib menempuh apa saja ujian Allah yang mendatang. Semuga kita diberiNya petunjuk dan pertolongan di dalam menghadapinya.
Ahad, 18 Januari 2009
Mengapa kita harus boikot........
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Artikel berkaitan :
Agama
,
Boikot
,
Pengetahuan
,
Semasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan