Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Selasa, 27 Januari 2009

Batu Terbang, Batu Melayang, Batu Terapung, Batu Tergantung........

 Batu yang dianggap sebagai keajaiban Isra' Mi'raj atau bukti kebesaran Allah


Batu ajaib,… Entah apa lagi sebutan lainnya. Yang jelas, batu yang satu ini sudah lama diperkatakan orang ramai dan disebarkan gambarnya. Salah satu gambar batu melayang ini adalah seperti di atas.
 
Sebagai tambahan, beberapa komen atau kisah disertakan sebagai penjelas atau keterangan gambar tersebut. Ada yang menyebutnya sebagai batu yang dipijak Nabi Muhammad semasa Isra’ Mi’raj. Sang batu ingin ikut naik ke langit, tetapi dijejak oleh Nabi hingga berhenti dalam posisi sudah ‘‘take off” sampai sekarang. Ada juga yang cuma menyebutkan sang batu tiba-tiba melayang setinggi sekitar 10 cm dari tanah di bulan April (entah tahun berapa) kemudian turun lagi.
Berikut ini adalah kutipan dari keterangan yang biasa ditemui di blog atau forum kaum muslimin melayu:

Batu itu adalah batu bekas tempat duduk Nabi Muhammad SAW di masa beliau melaksanakan Isra Mi’raj sampai kini masih tetap melayang di udara. Kononnya pada saat Nabi Muhammad akan ber-mi’raj, batu tersebut ingin ikut, tetapi segera beliau menghentakan kakinya pada batu itu, (maksudnya) agar batu tersebut tak usah ikut. Batu gantung ajaib itu berada dalam masjid Umar (Dome of The Rock) di Lingkungan Masjidil Aqsa di Jerusalem.

Sejak melihat foto di atas saya tidak boleh mempercayai kebenaran cerita dan foto tersebut. Saya yakin ada unsur manipulasi dalam gambar itu. Sementara mengenai cerita yang menyertainya, saya secara meraguinya kerana jika perkara ini benar, pasti sudah ada dalam buku atau kitab-kitab hadits karangan ulama tersohor dan dipercayai.


Setelah sekian lama, akhirnya saya menemui beberapa gambar yang serupa seperti di bawah. Gambar tersebut berasal dari forum diskusi berbahasa arab. Dalam kajian saya dari pembicaraan dalam forum tersebut, dapat disimpulkan bahwa foto tersebut tidaklah asli. Orang yang menyatakan hal tersebut memberikan bukti dengan mengambil foto batu tersebut yang ternyata berada di wilayah Al Aqsa, di bahagian timur Arab Saudi. Seperti yang dapat dilihat di bawah, ternyata batu yang asli mempunyai 2 atau 3 penyangga di bawahnya. Jurugambar mengatakan bahawa proses hakisanlah yang menyebabkan batu itu mempunyai bentuk yang memang unik tersebut.


 
Batu terbang oleh jurugambar yang lain.
 

Penyangga batu terbang pada jarak dekat.
 

Batu terbang dari sisi lain.
 

Gambar diatas yang menunjukkan penyangga batu terbang di bawahnya.
 
Jadi, disebabkan penyangga batu tersebut jauh lebih kecil daripada batu di atasnya, maka gambar mudah diedit dengan menghilangkan penyangga tersebut. Apalagi disokong dengan pengambilan sudut penggambaran yang cekap. Maka hasilnya, entah berapa banyak kaum muslimin yang kagum, memberi komen subhanallah atau allahu akbar, allah maha besar, apabila melihat foto “Sang Batu Terbang“. Sebahagian yang lain bahkan menyatakannya sebagai bukti kebesaran Allah swt.
Foto batu yang dipijak oleh Nabi Muhammad yang sebenarnya adalah seperti ini:


 
 Batu yang dipijak Nabi Semasa Isra' Mi'raj berada di bawah Masjid Kubah Emas.

Batu inilah yang dilindungi oleh bangunan Masjid Kubah Emas atau Masjid Kubah Batu (Dome of The Rock).
Dan batu ini seperti tidak mahu mengikut Nabi terbang ke langit......
.

Sumber : Merenungi Kebesaran Allah.

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

7 ulasan:

  1. ye la pasal kesah batu tuh.
    setahu aku ianya dijaga rapi.
    bukan open air cam gambar first kat atas tuh.

    mase dulu la... aku rase batu tuh
    dah diletakkan tiang sebab ianya terlampai tinggi.
    takut disalah anggap oleh masyarakat sekarang.

    P/S:- bukan ke batu tuh batu yang digunakan
    Nabi S.A.W untuk menambat Bura' selepas
    peristiwa Isra' Mi'raj. Betoikan aku kalau
    aku silap... thanks~

    AzmanIshak.Com

    BalasPadam
  2. Salam kenal...

    Betul batu sekarang telah dikelilingi tembok dan tak nampak ia terapung. Dr sumber yg aku dengar pihak yahudi yg menemboknya. Takut org yahudi masuk islam bila tengok tu agaknya...

    BalasPadam
  3. >> Mr. Azman:
    Sebab tu la aku cari artikel ni... Sebab masa mula2 aku tengok dah nampak pelik dah batu tu.......
    Yang pasal menambat buraq tu aku tak tau....

    >> Nazz:
    Batu tu dah lama dah dikambus bahagian bawahnya masa zaman Khalifah dulu......
    Sebab waktu tu ramai yang menyembah batu tu.....
    Jadi khalifah (aku pun lupa dah khalifah apa, nanti aku cari.....) pada zaman tu buat insiatif untuk mengelakkan daripada perbuatan syirik masyarakat zaman tu......
    Tu yang ada Qubbah As-Saqhra(Dome of The Rock) tu......

    BalasPadam
  4. terima kasih...saya pun tertanya-tanya jugak..dah jumpa manma site ni,Alhamdulillah....

    BalasPadam
  5. pasal batu 2, time aku follow membe aku,menurut apa yg membe aku bgtau, dorang buat piring terbang atau lebih dikenali UFO based on batu 2 la.batu 2 mampu melawan medan graviti. manipulate skit ja bleh apungkan kapal seberat berpuluh2 tan..this crita benar.. i had expeienced it,, membe aku bkn org bumi..thanks.
    www.gmsue.com

    BalasPadam
  6. korang pegi tgk dlm u tube..ada kubah terbang.... betulkah atau benarkah.......

    BalasPadam
  7. Batu tu memang terapung.Jika ada pahlawan yang baik dari kalangan manusia dan jin...tolong buangkan sangga yang baru dibina dibawahnya. Biarkan ia terus terapung.

    BalasPadam

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih