Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Jumaat, 26 Disember 2008

Membina antena televisyen anda sendiri.......

Lama juga ye penulis tak mengupdate blog ni.......
Dah terlalu bersawang dah blog ni........
Jadi kali ni penulis nak buat satu tutorial la sikit pasai antena tv kat umah tu (atau kat mana2 pun la)......
Mungkin ada yang berfikir buat apa susah2 nak buat sendiri...
Kat kedai kan banyak jual... Kadang2 beli tv pun dapat free antena tv kan........
Penulis pun mula2 fikir camtu juga la..... tapi dah ada pengetahuan saya cuba kongsi la dengan semua kekawan.......

Sebenarnya bukan susah pun nak buat antena ni....
Anda boleh membuatnya sendiri daripada antenna yang lama ataupun membeli bahannya dari kedai aluminium yang terdekat. Kan itu lebih menjimatkan.....
Di bawah ini ialah rekabentuk dan ukuran yang telah dibuat dan diuji. Ianya sesuai untuk hampir semua siaran televisyen.......
Antena TV UHF 8 Elemen

Antenna ini diukur pada frekuensi 600 MHz di mana frekuensi ini sesuai untuk CH 30 - CH 40.
Walau bagaimanapun, saluran yang lain masih boleh diterima dengan elok.

Ukuran (dalam cm)
Panjang elemen A = 18 Jarak AB = 10
Panjang elemen B = 19 Jarak BC = 10
Panjang elemen C = 20 Jarak CD = 10
Panjang elemen D = 20 Jarak DE = 11
Panjang elemen E = 20 Jarak EF = 9
Panjang elemen F = 21 Jarak FG = 8
Panjang elemen G = 26 Jarak GH = 15
Panjang elemen H = 28

Sambungkan kabel antenna pada skru X dan Y.
Letakkan tiang antenna di Z.

Antena TV UHF 16 Elemen.



Antenna ini agak berkuasa sedikit kerana ianya mempunyai banyak elemen. Sekiranya ia disertakan dengan booster (penguat isyarat TV) dan dihalakan ke Medan, Indonesia (bagi penduduk utara Malaysia), anda boleh menerima lima saluran TV swasta dari sana iaitu INDOSIAR (CH 23), TPI (CH 25), ANTEVE (CH 29), RCTI (CH 33) dan SCTV (CH 35). Untuk penduduk selatan Malaysia, cuba halakan antenna ini ke Pulau Batam.

Ukuran (dalam cm)
Panjang elemen A = 14.3 Jarak AB = 8.6
Panjang elemen B = 14.3 Jarak BC = 8.6
Panjang elemen C = 15.2 Jarak CD = 9
Panjang elemen D = 15.2 Jarak DE = 9
Panjang elemen E = 16.1 Jarak EF = 9
Panjang elemen F = 16.1 Jarak FG = 9.5
Panjang elemen G = 16.6 Jarak GH = 9.5
Panjang elemen H = 16.6 Jarak HI = 9.5
Panjang elemen I = 18 Jarak IJ = 9.5
Panjang elemen J = 18 Jarak JK = 10.5
Panjang elemen K = 19 Jarak KL = 10.5
Panjang elemen L = 19 Jarak LM = 10.5
Panjang elemen M = 19 Jarak MN = 8.6
Panjang elemen N = 20 Jarak NO = 7.6
Panjang elemen O = 23.76 Jarak OP = 14.3
Panjang elemen P = 26.6

Sambungkan kabel antenna pada skru X dan Y.
Oleh kerana antenna ini agak berat sedikit, maka tiangnya mestilah diletakkan pada sokongan yang dibuat seperti dalam gambarajah iaitu pada titik Z.



Antena TV VHF 5 Elemen

Bukan semua TV3 yang dipancarkan menggunakan gelombang UHF (Ultra High Frequency). Ada juga yang dihantar dengan gelombang VHF. Umpamanya kawasan Melaka yang menerima pemancaran dari Gunung Ledang (CH 12), Ipoh dari Bukit Keledang (CH 11) dan KL dari Bukit Besi (CH 12). Oleh itu penggunaan antenna UHF untuk menerima gelombang VHF tidaklah begitu praktikal kerana isyarat yang diterima tidak begitu memuaskan. Kerana lagi tinggi saluran TV itu, lagi kecil antennanya.





Ukurannya (dalam cm)







Panjang elemen A = 60 cm Jarak AB = 21 cm
Panjang elemen B = 60 cm Jarak BC = 21 cm
Panjang elemen C = 60 cm Jarak CD = 16 cm
Panjang elemen D = 75 cm Jarak DE = 28 cm
Panjang elemen E = 84 cm


Kabel antenna disambungkan pada titik X dan Y.


sumber : malberi 

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

4 ulasan:

  1. Salam,

    Berminat nak cuba. Ingat nak guna untuk TV bila masa signal astro takde time hujan.

    Soalan saya :-
    1. Selalunay material yg diguna adalah aluminium. Saiz lak amcam mana. Guna rod ke atau mana2 pun boleh dan yg mana lebih baik?
    2. Ukuran tu kena betul2 tepat ke atau boleh la lebih kurang je.
    3. Jarak di antara dua elemen tu nak ukur dari mana? dari titik lubang tu atau antara 2 elemen tu? Katakanlah tulang aluminium tu agak lebar, jarak dari titik tengah tak sama dengan jarak dari tepi.
    4. Tulang tengah tu guna material yang sama jugak ke?

    BalasPadam
  2. Xlengkap gambar yang jelas kalo ade lg baik.. so yg baru nk mencuba buat sendiri x perlu la try n error..tq

    BalasPadam

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih