Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Jumaat, 30 Januari 2009

Palestinku dan boikot...........

Kini kita selalu melihat pelbagai iklan di media menyuruh kita agar menderma kepada tabung Palestin, mengadakan demonstrasi secara aman dan memboikot barangan yang berkaitan dengan Israel dan sekutunya.........
Sudahkah anda menunaikan tanggungjawab anda (terutamanya yang muslim) sebagai saudara sesama Islam.......
Sudahkah anda menghulurkan sedikit bantuan kepada saudara kita di Palestin.........
Jika tidak, lakukannya sekarang....... biar sesen kita menhulur (takkan satu sen jer kot) tapi nilainya besar kalau diberi dengan penuh keikhlasan...........

Sedar atau tidak, kita ni rakyat Malaysia sudah lama dan suka membantu Israel daripada Palestin........

Kenapa saya cakap begitu....... mungkin ada yang marah pada saya dan tak setuju dengan saya mengenai kenyataan ini.......
Kenyatan ini berani saya katakan kerana rakyat Malaysia lebih senang membeli coca-cola daripada membeli minuman lain yang tidak berkaitan dengannya. Kita lebih suka makan ayam KFC daripada makan ayam yang dijual dikedai - kedai tepi jalan (jangan ingat kedai tepi jalan tak tau buat ayam macam KFC....)
Kita lebih suka macam - macam lagilah......... malas saya nak senaraikan kat sini....... fikirlah sendiri ye......

Jadi mengenai boikot barangan yang berkaitan dengan Israel ni saya rasa dah lama dah disuruh........
Yang saya ingat sebelum tahun 2000 (kalau salah tolong betulkan....) dah pernah disuruh......
Ramai organisasi bukan kerajaan telah melancarkan kempen boikot barang yang berkaitan dengan Yahudi laknatullah. Tapi sayangnya kempen ini kurang mendapat perhatian daripada orang ramai.........

Mungkin waktu tu orang ingat kalau barang tu diboikot, camner dengan pekerja yang bekerja dengan syarikat yang diboikot majoritinya rakyat Malaysia nak hidup? kalau semua tak kerja bila perniagaan tu bankrup? Cammana diaorang nak menyara hidup kalau tak dak kerja?
Macam mana dengan ekonomi negara sebab benda yang nak diboikot juga adalah salah satu pendapatan negara (melalui cukai......). Kononya bak kata pepatah "ditelan mati emak, diluah mati bapak"........
Pastu setiap orang (kepada yang berkenaan jer...) mula berfikir dan berkata......
"Ah.... kalau beli sikit tak per....", "Bukannya diaorang perasan pun kalau aku beli....",
"Aku beli sikit jer....", "Sekali sekala jer beli.... bukannya selalu..."

Tapi cuba kita fikir..... Kalau rakyat kat negara kita ni hilang kerja, banyak lagi kan kerja yang boleh dilakukan...... berniaga ke..... atau apa2 kerja yang boleh dilakukan untuk dapat duit.......
Yang pasti kerja boleh dicari ganti kan..... tapi nyawa????? boleh ke orang yang dah mati hidup balik??????? Kalau ada pun yang hidup tu bukannya roh orang yang mati tu.... tapi ******* ataupun *** yang menggunakan tubuh orang tu..... untuk sesatkan orang lain......

Yang pasal sikit tu, memang la sikit bagi seorang..... tapi cuba bayangkan berapa juta rakyat Malaysia yang kata sikit tu......
Orang tua-tua dulu kan dah kata "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"........
Takkan tak cukup kalau hampir semua rakyat Malaysia kata camtu kan?????

Sekarang ni Alhamdulillah la, kempen ni disokong baik oleh semua media massa dan juga kerajaan...... tak lupa juga rakyat Malaysia yang turut terlibat dalam pemboikotan ini.......
Tapi, saya musykil juga la...... kat KFC, Tesco banyak lagi orang kat situ............
Banyak jugak iklan kat surat khabar dan televisyen suruh beli......
Jadi ke tak jadi boikot ni............ Macam tak dak sokongan jer........ yang sokong tu bagus le.....
Yang tak sokong???? Kononnya tak boleh hidup tanpa semua benda yang perlu diboikot........
Camner tu???

Jadi saya berhenti setakat ni dulu la......... Kalau saya terus bagi pendapat nanti ada yang bercanggah dengan pendapat pembaca......
Kalau ada sebarang pendapat lain atau nak betulkan kesilapan penulis bolehla komen...........
Jika ada ayat atau perkataan yang menyinggung perasaan pembaca atau sesiapa sahaja penulis memohon sepuluh jari tangan memohon kemaafan dari ujung rambut hingga hujung tangan....... (kan tulis guna tangan.... mana ada orang tulis guna badan kot....... haish!!! nak mintak maaf pun wat lawak lagi.......). Kalau ada ayat yang agak kurang ajar ataupun salah tolong cakap ye......
Sekian......

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih