Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Ahad, 7 September 2008

Enam Rahsia ketika Berpuasa

Pertama sekali penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia.......
Walaupun sudah terlambat untuk mengucapkannya kerana kita sudah 7 hari berpuasa tetapi penulis ingin juga mengucapkannya kerana tidak dapat berbuat demikian sebelum Ramadhan bermula.......
Disebabkan ini merupakan artikel pertama penulis mengenai puasa maka penulis ingin berkongsi mengenai rahsia berpuasa......


Puasa sebenarnya mempunyai pelbagai rahsia dan dilengkapi pula dengan syarat kebatinannya. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Bimbingan Mukmin menggariskan enam perkara dalam perkara rahsia iaitu:
1. Memejamkan mata dan menahannya daripada memandang perkara tercela dan dibenci agama, mengganggu hati dan melalaikan daripada mengingati Allah.....
2. Memelihara lidah daripada cakap kosong, bohong, mencaci maki, cakap kotor, timbulkan permusuhan dan sombong....
3. Memelihara pandangan daripada hal yang dilarang dan dibenci serta ungkapan yang diharamkan.....
4. Memelihara seluruh anggota badan seperti tangan, kaki, atau perut daripada dosa. Contohnya berpuasa menahan lapar tetapi berbuka dengan makanan haram. Imam al-Ghazali memberi perumpamaan seperti seorang yang membina sebuah istana yang indah kemudian dia menghancurkannya..... Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Ada ramai umatku yang berpuasa tetapi dia tiada memperoleh apa daripada puasanya selain lapar dan dahaga."
5. Jangan membanyakkan makan waktu berbuka hingga terlampau kenyang dan terlalu mewah dngan makanan. Bagaimana kita mahu melawan nafsu syahwat dan syaitan sedangkan perut yang terlalu kenyang itu sebenarnya mengundang syahwat baru??? Perbbuatan memakan sehingga kenyang itu juga sudah bertentangan dengan maksud sebenar berpuasa itu sendiri.....
6. Hatinya hendaklah bimbang antara takut dan harapan iaitu sama ada amalannya diterima Allah atau puasanya ditolak hingga digolongkan sebagai orang yang jauh daripada rahmat Allah. Imam Ghazali menyifatkan perasaan seumpama itu harus sentiasa ada dalam diri seseorang setiap kali menunaikan apa - apa ibadat.

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih