Sebut saja pasal raya mesti ada yang cakap balik kampung....... (betul ke?? betul la kot).... Bila cakap pasal balik kampung mesti keluar perkataan "nak beli tiket balik kampung" (yang dok jauh je dan tak dak kenderaan sendiri)..... Macam - macam tiket yang bakal menjadi pilihan kita semua kan...... ada yang pilih nak naik bas ada nak naik keretapi, ada yang nak naik kapal terbang dan macam - macam lagi la kenderaan awam yang lain......
Selalunya macam biasala kan tiket untuk balik ke kampung untuk raya mesti cepat abis....... Maka ada yang sanggup membeli tiket lebih awal sampaikan sanggup menunggu berjam - jam semata - mata untuk mendapatkan tiket bagi tujuan balik kampung....... Bagi yang dapat tiket untuk balik kampung "Alhamdulillah" dapat la beraya ngan mak dan ayah kat kampung..... bagi yang kurang bernasib baik terpaksa la beraya berjauhan ngan keluarga kan..........
Bila dapat balik kampung timbul pulak masalah nak balik semula ke tempat kerja bagi yang bekerja, bagi yang belajar untuk balik ke tempat belajar la kan........
Bagi sesiapa yang ada masalah seperti yang baru disebutkan kat atas, nasibnya sama la ngan penulis......
Dah la dapat cuti seminggu jer dari 26 September sampai 5 Oktober......
Tiket nak balik dari Kedah ke Melaka yang tinggal cuma 6 Oktober jer...... Hari tu dah start klas dah.... Jadi penulis pun terpaksa la ponteng kelas (jahat jugak ye penulis ni.....) Masa nak beli tu target nak ambik 4 atau 5 Oktober jer..... Bila dah sampai kat kaunter tanya 3, 4, 5 September dah abis ..... Padahal dah booking dah tiket 4 hb malam, Bas Mayang Sari...... (aaarghhhhh!!!!!)......
Jadi disebabkan tenggelam punca maka penulis terus buat keputusan ambik tiket 6 September, pukul 10 malam. Masa buat keputusan tu penulis ingat 6 September tu hari Ahad, tapi bila check balik rupanya hari Isnin..... Maka terkorbanla 3 kelas...(belum raya Haji dah korban)...... petang Isnin dan pagi Selasa........ Tapi yang kesiannya kawan penulis la..... dia lagi banyak kelas yang terkorban..... Hari Isnin dia ada 4 kelas, hari Selasa pagi pulak 2 kelas...... Dah la kelas dia semua kat Kampus Induk ...... Bas nak ke Induk cuma ada jam 7.15 pagi ngan (kalau ramai orang nak pi ) 8.15 pagi......
Jadi bajet sampai kat Melaka Sentral dalam pukul 7 pagi.... naik BasTuah sampai kat Kolej Kediaman mungkin dalam kul 7.30 pagi ...... Jadi rasanya dia tak sempat la nak naik bas 8.15 pagi hari tu.........
Jadi kelas dia pagi tu terkorban jugakla........
Jadi nasihat penulis agar kalau nak beli tiket tu kena cepat - cepat la ke kaunter..... jangan amalkan booking tiket macam penulis........... Nanti tak dapat....... Tu pun nasib baik la kelas jer yang terkorban..... kalau penulis yang terkorban (tak dapat tiket nak balik ke Melaka dalam minggu pertama bulan Oktober.....) tak dapat nak final-exam la penulis untuk semester ni.......
Rabu, 17 September 2008
Tiket...... oh tiket.........
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Artikel berkaitan :
Peribadi
,
Semasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan