Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Selasa, 6 Februari 2018

Kenali tayar anda

Tayar merupakan satu komponen kereta...
Yang amat penting terdapat pada kereta...
Kerana tanpa tayar kereta tidak dapat bergerak...
Dan hanya tayar merupakan komponen kereta...
Yang menyentuh permukaan jalan semasa bergerak...
Jadi tayar memainkan peranan yang sangat penting...
Untuk keselamatan ketika pemanduan kereta...
Adakah anda betul-betul mengenali tayar anda?


Contoh Kod Tayar


Perkara pertama yang anda perlu tahu...
Ialah kod tayar yang kereta anda gunakan...
Kod ini boleh dilihat pada dinding tayar...
Contoh kod ini ialah 185/60/R14 82H...

Nombor pertama iaitu 185...
Merupakan lebar tayar anda dalam milimiter (mm)...
Jadi kod ini menunjukkan lebar tayar 185 mm...

Nombor kedua iaitu 60...
Merupakan peratusan tinggi tayar relatif lebar tayar...
Jadi tinggi tayar ini 60% dari lebar tayar ini atau 111 mm...
Jadi lebih lebar tayar anda, lagi tinggi tayar anda...

Seterusnya huruf R...
Ramai mengatakan huruf ini bermaksud Rim...
Tetapi telahan ini sebenarnya salah...
Huruf R disini bermaksud Radial...
Bermaksud lapisan fabrik bersalut getah...
Dipasang secara menegak relatif kepada tengah tayar...
Hampir semua tayar sekarang dibuat dengan cara ini...
Walaupun terdapat cara pembuatan lain...
Seperti Bias yang akan menggunakan huruf B...


Perbezaan antara cara Bias dan Radial

Nombor seterusnya ialah 14...
Ini menunjukkan saiz rim tayar ini di buat...
Nilai yang digunakan ialah inci...
Nombor ini menunjukkan ia dibuat untuk rim 14 inci...

Seterusnya ialah 82...
Nombor ini menunjukkan indeks beban maksimum...
Menunjukkan beban yang boleh ditampung oleh tayar ini...
Bagi tayar ini, ia boleh menampung beban maksimum 475 kg...
Indeks ini bermula dari 60 hingga 139...
Untuk mengetahui beban maksimum tayar anda...
Boleh rujuk jadual dalam artikel Wikipedia ini...

Akhir sekali huruf H...
Huruf ini menunjukkan halaju maksimum...
Tayar ini direkabentuk untuk bertahan...
Bagi tayar ini halaju maksimum rekabentuk ialah 210 km/j...
Ianya cukup untuk digunakan di semua jalan...
Yang terdapat di Malaysia kerana halaju maksimum...
Ialah 110 km/j iaitu di sebahagian lebuh ekspres...

Jadual Piawaian Halaju Rekabentuk Tayar

Seperti PLUS (E1, E2), LINKEDUA (E3), dan ELITE (E6)...
Untuk mengetahui halaju rekabentuk maksimum tayar anda...
Boleh rujuk jadual dalam artikel Wikipedia ini...


Contoh nombor tarikh tayar dikeluarkan

Perkara kedua yang anda perlu tahu...
Ialah empat angka yang tercatat pada sisi tayar kereta anda...
Apa pulak empat angka ini?
Ia menunjukkan tarikh tayar kereta anda dikeluarkan...
Contohnya jika 0118, bermaksud minggu 1 tahun 2018...
Iaitu di antara 1 Januari 2018 hingga 7 Januari 2018...
Jadi anda dapat mengetahui tarikh lahir tayar anda...
Anda mempunyai masa lima tahun dari tarikh ini...
Sebelum tayar anda dianggap tamat tempoh...

Ini membawa kepada perkara yang ketiga...
Iaitu harga yang anda patut bayar ketika membeli tayar...
Jika tahun tayar tersebut ialah tahun terkini...
Maka anda masih boleh dicaj harga 100 % tayar baru...
Tetapi jika tahun keluaran adalah bukan tahun terkini...
Anda boleh minta diskaun ke atas harga tayar tersebut...
Jika tayar itu sudah umur setahun dari tarikh pengeluaran...
Minta diskaun sebanyak 20 % dari harga tayar baru tersebut...
Dan kalau umurnya sudah dua tahun dari tarikh pengeluaran...
Minta diskaun sebanyak 40 % dari harga tayar baru tersebut...
Kalau umurnya sudah tiga tahun dari tarikh pengeluaran...
Minta diskaun sebanyak 60 % dari harga tayar baru tersebut...
Kalau umurnya sudah empat tahun dari tarikh pengeluaran...
Minta diskaun sebanyak 80 % dari harga tayar baru tersebut...
Dan jika umurnya melebihi empat tahun dari tarikh pengeluaran...
Sepatutnya anda tidak boleh dicaj satu sen pun...

Contohnya bagi tahun ini iaitu tahun 2018...
Dan tayar yang dikeluarkan tahun ini berharga RM 200...
Tayar tahun 2017 diskaun 20% atau berharga RM 160...
Tayar tahun 2016 diskaun 40% atau berharga RM 120...
Tayar tahun 2015 diskaun 60% atau berharga RM 80...
Tayar tahun 2014 diskaun 80% atau berharga RM 40...
Dan tayar tahun 2013 dan ke bawah pula...
Sepatutnya diskaun 100% atau tayar tu adalah percuma...
Kerana tayar berumur lima tahun ke atas...
Boleh dianggap sebagai tayar tamat tempoh...

sumber : Feedsss, JKTyre, Wikipedia 1, Wikipedia 2, Wikipedia 3Bridgestone, TyreMarket

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih