Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Isnin, 19 Februari 2018

Halal lagi baik

Sebagai orang Islam di muka bumi ini...
Mencari makanan halal adalah tanggungjawab anda...
Sebab benda kita makan akan menjadi darah daging kita...
Halal ini tidak terhad kepada makanan sahaja...
Tetapi juga sumber yang kita gunakan...
Untuk mendapatkan makanan yang akan dimakan...
Sumber yang tidak halal tidak sesekali akan...
Menjadikan makanan yang kita makan itu halal...

Di Malaysia kita bertuah kerana mempunyai badan khas...
Yang menjaga dan menyelia pengiktirafan dan pensijilan halal...
Sekaligus memudahkan kita tanpa perlu kita sendiri memeriksanya...
Badan tersebut ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)...
Pengiktirafan oleh JAKIM ini terbahagi kepada empat bahagian...
Iaitu pengiktirafan produk makanan dan minuman yang dihasilkan...
Pengiktirafan barangan seperti kosmetik, sabun, pakaian dan peralatan...
Pengiktirafan premis makanan seperti restoran dan hotel...
Dan yang terakhir sekali pengiktirafan rumah sembelihan...
Seperti tempat penyembelihan atau kilang memproses haiwan...


JAKIM juga mempunyai logo bagi pengiktirafan ini...
Logo ini bagi memudahkan pengguna membeli barangan...
Tanpa perlu rasa was-was akan status halal barangan itu...
Dan hanya satu sahaja logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM...
Dan logo halal ini hanya boleh digunakan oleh barangan itu...
Hanya setelah mendapat pensijilan halal oleh JAKIM...
Walau pun terdapat beberapa kali sijil halal di tarik balik...
Logo ini sedikit sebanyak mengurangkan rasa was-was...
Ketika kita membeli barangan yang akan digunakan...
Sebab sijil yang ditarik lebih sedikit dari sijil yang masih sah...
Anda boleh menyemak status terkini sijil di laman web JAKIM...
Logo halal itu adalah seperti yang ditunjukkan di bawah...


Logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM mengandungi...
  • Bintang lapan puncak di tengah-tengah bulatan.
  • Perkataan Arab - "حلآل" di tengah-tengah bintang.
  • Perkataan "HALAL" dalam huruf Roman di bawahnya.
  • Perkataan "Malaysia" yang ditulis dalam huruf Roman dan ماليزيا dalam bahasa Arab dalam bulatan logo.
  • Dua kecil lima bintang puncak diletakkan untuk memisahkan huruf Roman daripada perkataan Arab disebut.
Logo halal lain yang terdapat di Malaysia tidak diiktiraf JAKIM...
Bukan bermaksud tidak halal tetapi anda sendiri perlu memeriksa...
Status halal barangan tersebut sebab JAKIM tidak memeriksanya...
Sebab jika JAKIM yang memeriksa barangan tersebut...
Tidakkah lebih baik terus pohon kepada JAKIM sahaja?
Tak perlu nak takut kalau tidak ada masalah dengan status halal kan?
Ianya memudahkan pengguna tanpa perlu mengingat banyak logo...
Jadi bagaimana pula jika melancong ke luar negara?
Adakah masih perlu mencari logo halal JAKIM?
Bagaimana pula dengan produk yang bukan buatan Malaysia?

Jangan risau mengenai perkara itu...
Walaupun JAKIM tidak mengiktiraf logo halal lain di Malaysia...
Terdapat logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM...
Perkara ini dilakukan bagi memudahkan kita...
Untuk mencari barangan halal semasa di luar negara...
Jadi tidak perlu kita tertanya-tanya status barangan tersebut...
Logo mana pula yang diiktiraf oleh JAKIM?
Di bawah menunjukkan logo-logo halal luar negara...
Yang mendapat pengiktirafan daripada JAKIM...

Afrika Selatan
^=======^=======^

Amerika Syarikat (USA)
=======||=======

Australia
^=======^=======^

Austria
^=======^=======^

Argentina
^=======^=======^

Bangladesh
^=======^=======^
Belanda
^=======^=======^

Belgium
^=======^=======^

Brazil
^=======^=======^

Brunei
^=======^=======^

Canada
^=======^=======^

China
^=======^=======^

Chile
^=======^=======^

Emiriah Arab Bersatu (UAE)
^=======^=======^


Filipina
^=======^=======^

India
^=======^=======^


Indonesia
^=======^=======^


Iran
^=======^=======^


Ireland
^=======^=======^



Jepun
^=======^=======^


Jerman
^=======^=======^


Kazakhstan
^=======^=======^


Kenya
^=======^=======^

Korea Selatan
^=======^=======^


Maghribi
^=======^=======^


Maldives
^=======^=======^


Mesir
^=======^=======^

New Zealand
^=======^=======^

Pakistan
^=======^=======^


Perancis
^=======^=======^

Poland
^=======^=======^


Sepanyol
^=======^=======^


Singapura
^=======^=======^

Sri Lanka
^=======^=======^

Switzerland
^=======^=======^


Taiwan
^=======^=======^

Thailand 
Hanya Central Islamic Comittee of Thailand (CICoT) sahaja yang diiktiraf...
Kalau logo lain tu kena pergi periksa sendiri...
^=======^=======^

Turki
^=======^=======^

United Kingdom (UK)
^=======^=======^

Vietnam
^=======^=======^

Mesti ada yang akan tanya...
Kalau logo halal yang lain macam mana?
Jawapannya logo halal lain hanya tidak diiktiraf oleh JAKIM...
Jadi status halalnya tidak diiktiraf oleh JAKIM...
Mungkin ada sebab-sebab tidak diiktiraf oleh JAKIM...
Jadi anda sendiri lah yang patut periksa sendiri statusnya...
Kalau rasa kemalasan diri tu tinggi sangat (confirm kan?)
Cari sajalah logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM...

sumber : JAKIM 

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih