Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Jumaat, 19 Januari 2018

Pelan prabayar terbaik Malaysia

Zaman sekarang memiliki telefon bimbit adalah keperluan...
Telefon bimbit membolehkan anda boleh berhubung...
Dengan rakan atau kenalan tak kira jauh atau pun dekat...
Hampir setiap masa tidak kira di mana jua anda berada...
Tapi telco mana yang menawarkan perkhidmatan terbaik...
Terdapat pelbagai faktor yang boleh dibandingkan...
Antaranya liputan, kos, caj penggunaan, dan tempoh sah...
Inilah persoalan yang selalu bermain di kepala kita...
Ketika mahu memilih perkhidmatan telco yang ingin digunakan...

Pertama sekali semua tulisan dalam artikel ini...
Adalah pendapat peribadi penulis semata-mata...
Jika ada yang tidak setuju dengan pendapat penulis...
Ataupun ada fakta penulis yang perlu diperbetulkan...
Boleh lah memberikan komen yang membina di bawah...
Tapi kalau memang jenis tak suka pendapat orang...
Tak payah lah teruskan membaca ayat seterusnya...

1. Kawasan Liputan
i- Celcom Axiata (Celcom)

Hampir seluruh Malaysia terdapat liputan Celcom...
Bahkan kawasan kampung terpencil pun ada lagi liputan...
Sampaikan kadang-kadang hanya liputan Celcom sahaja yang wujud...
Celcom mempunyai liputan 2G 97%, 3G 95% dan 4G 82% penduduk Malaysia...
Walaupun Celcom ada 97% liputan keseluruhan penduduk Malaysia...
Kadang-kadang satu sahaja masalah yang selalu penulis kena...
Tiba-tiba macam tiada liputan walhal bar masih lagi penuh...
Dan kadang-kadang tiba-tiba "SIM tiada liputan"...
Lagi-lagi waktu antara pukul 11 malam hingga 1 pagi...
Macam ada hantu pulak Celcom ni kadang-kadang...
Disebabkan liputannya yang luas dan banyak...
Banyak Penyedia Rangkaian Mudah-alih Maya (MVNO)...
Menggunakan perkakas Celcom bagi perkhidmatan mereka...
Antaranya OneXOX, TuneTalk, Altel, dan redONE...
Liputan mereka boleh dikatakan seperti liputan Celcom...

ii- Maxis Communication (Maxis)

Liputan Maxis dan Celcom boleh dikatakan hampir sama...
Maxis mempunyai liputan 2G 96%, 3G 94.5% dan 4G 92% penduduk Malaysia...
Jadi dari segi kelajuan untuk data memang menang Maxis la...
Cuma masih ada kawasan terpencil yang tiada liputan...
Kadang-kadang masuk dalam bangunan pun hilang...
Dan penulis ada dengar banyak aduan pasal Maxis ni...
Apa yang diadu banyak pun penulis tak tahu...

iii- Digi.com (Digi)

Kawasan liputan Digi boleh dikatakan agak banyak...
Cuma masih terdapat kawasan yang tiada liputan...
Kebanyakkannya kawasan terpencil lah...
Digi mempunyai liputan 2G 95%, 3G 90% dan 4G 87% penduduk Malaysia...
Digi pun sedang berusaha untuk menambah kawasan liputan...
Jadi mungkin lepas ni liputan Digi banyak lah...
Baru la boleh menyanyi lagu "Bersamamu walau di mana jua"...
Hehehe...

iv- UMobile

UMobile boleh dikatakan masih lagi muda...
Jadi kawasan liputannya masih lagi sedikit...
Berbanding Celcom, Maxis dan juga Digi yang sudah lama...
Penulis baru dapat tahu pun dalam tahun 2008...
Dengan iklan kenapa bayar untuk benda yang anda tidak guna?
Pastu bayar kat cashier guna duit syiling...
Hahaha...

2. Kos Permulaan
i- Friendi Mobile (Friendi)

Kos pek permulaan adalah RM 5.30 termasuk GST...
Dan anda diberikan kredit RM 2 sah selama 30 hari
Kos bagi pertukaran talian (MNP) pula adalah percuma...
Dan anda diberikan RM 5 setiap bulan selama 6 bulan...
Jika anda tambah nilai minimum sebanyak RM 10...
Dalam 7 hari dari tarikh pertukaran berjaya...
Pasti anda tertanya-tanya telco apakah ini?
Sebenarnya Friendi adalah satu lagi contoh MVNO...
Tetapi menggunakan rangkaian UMobile bagi perkhidmatannya...
Dan kawasan liputan UMobile pun tak sebanyak Celcom...

ii- Altel

Kos pek permulaan adalah RM 7 termasuk GST...
Kos bagi MNP pula adalah percuma...
Dan anda diberikan kredit RM 5 sah selama 30 hari...
Jika anda tambah nilai RM 50 dalam masa 30 hari...
Dari tarikh aktif atau MNP anda berjaya...
Anda akan dapat tempoh sah selama 365 hari...
Altel adalah salah satu MVNO menggunakan Celcom...

iii- Digi

Kos pek permulaan adalah RM 8 termasuk GST...
Kredit permulaan yang diberikan ialah RM 5...
Untuk pelan Live sah 5 hari dan untuk pelan Best sah 10 hari...
Kos MNP ialah RM 1 akan dimasukkan sebagai kredit jika berjaya...
Ataupun sebagai kos perkhidmatan jika MNP gagal...

iv- UMobile

Kos pek permulaan adalah RM 8.50 termasuk GST...
Kos MNP pula adalah percuma...
Dan anda diberikan kredit RM 5 sah selama 10 hari...

3. Caj Penggunaan

i- YTL Communication (YES)

Caj penggunaan yang dikenakan adalah percuma...
Untuk panggilan dan SMS ke rangkaian yang sama...
Caj 9 sen seminit dikenakan untuk panggilan lain rangkaian...
Untuk SMS ke rangkaian lain pula dicaj 9 sen untuk setiap SMS...

ii- UMobile Power Plan

Hanya Power Plan yang mengenakan caj 7 sen untuk 30 saat...
Atau pun untuk seminit 14 sen untuk semua rangkaian...
SMS pula di caj 8 sen setiap SMS yang dihantar...
Tidak kira ke rangkaian yang sama atau yang berbeza...

iii- RedOne Prepaid

Caj panggilan ke RedOne Prepaid adalah percuma...
Tetapi untuk ke RedOne Postpaid dan rangkaian lain...
Caj panggilan yang dikenakan adalah 16 sen seminit...
Caj SMS adalah 5 sen ke rangkaian sama termasuk Celcom...
Untuk rangkaian lain cajnya ialah 10 sen setiap SMS...
RedOne adalah MVNO menggunakan rangkaian Celcom...

iv- Altel

Caj panggilan ke semua rangkaian adalah 16 sen seminit...
Manakala caj SMS ke rangkaian sama pula 5 sen setiap SMS...
Caj SMS ke rangkaian yang lain ialah 10 sen setiap SMS...
Altel adalah MVNO menggunakan rangkaian Celcom...

Perkhidmatan Tron telah ditamatkan bermula 31 Disember 2018
v- Tron

Panggilan ke rangkaian yang sama dicaj 10 sen seminit...
Manakala panggilan ke rangkaian lain dicaj 18 sen seminit...
Bagi SMS ke rangkaian yang sama dicaj 7 sen setiap SMS...
Dan SMS ke rangkaian lain pula dicaj 10 sen setiap SMS...
Mesti ada tanya telco apa pula ni? Tadi Friendi ni Tron pulak dah...
Tron juga adalah satu MVNO yang menggunakan rangkaian Digi... 

4. Tempoh Sah
Perkhidmatan Tron telah ditamatkan bermula 31 Disember 2018
i- Tron

Tron adalah antara pilihan yang boleh dipertimbangkan...
Bagi mereka yang inginkan tempoh sah yang panjang...
Untuk setiap tambah nilai yang dilakukan oleh mereka...
Ini disebabkan tempoh sah adalah 365 hari tetap...
Samada dari tarikh nombor itu mula diaktifkan...
Ataupun dari tarikh setiap kali tambah nilai dilakukan...
Minimum tambah nilai yang dibenarkan ialah RM 10...
Jadi, hanya perlu tambah nilai RM 10 sahaja setahun...
Kos SIM permulaan adalah RM 9 dengan kredit RM 3...
Anda terus dapat 365 hari tempoh sah selepas diaktifkan...
Cuma kos MNP agak mahal iaitu minimum RM 50...
Dengan harga itu anda diberikan kredit permulaan RM 53...
Tapi bila fikirkan balik RM 50 dapat tempoh sah 365 hari...
Dan duit kita tu dimasukkan sebagai kredit...
Boleh lah gunakan untuk membeli data atau lain-lain...
Tron merupakan MVNO menggunakan rangkaian Digi...


ii- TuneTalk

TuneTalk menawarkan pemanjangan tempoh sah selama setahun...
Anda perlu melanggan pakej ini pada harga RM 10...
Dan anda perlu ada minimum RM 15 kredit...
Sebelum anda dibenarkan melanggan pakej itu...
Tapi harga ini adalah harga promosi kalau tak silap...
Cuma penulis tak tahu sampai bila promosi ini diadakan...
Sebab harga asalnya adalah RM 28 dan kredit minimum RM 33...
Harga untuk pakej setahun ada RM 100 bermula 14 Januari 2019...
Tempoh sah setahun dikira bermula dari tarikh melanggan...
Dan anda akan diberitahu tempoh masa anda akan tamat...
Dalam masa 14 hari sebelum tarikh tamat langganan anda...
TuneTalk merupakan MVNO menggunakan rangkaian Celcom...

iii- OneXOX

OneXOX menawarkan tempoh sah yang boleh di tambah...
Setiap tambah nilai akan menambah tempoh sah telefon anda...
Tempoh sah juga bermula dari tarikh terkini tempoh sah anda...
Contoh tempoh sah anda lagi 60 hari dan anda tambah RM 30...
Tempoh sah anda akan bertambah kepada 90 hari...
Setiap tambah nilai menambah tempoh sah berkadar RM 1=1 hari...
Anda boleh langgan tempoh sah selama 12 bulan berharga RM 25...
Dan tempoh 12 bulan akan bermula dari tempoh sah terkini anda...
Lagi satu jika anda MNP dari perkhidmatan lain pada harga RM 10...
Anda akan dapat tempoh sah 28 bulan dari tarikh MNP berjaya...
Tapi jika anda membeli pek permulaan yang juga berharga RM 10...
Anda perlu tambah nilai RM 50 dalam masa 30 hari dari tarikh aktif...
Untuk mendapatkan tempoh sah 28 bulan tersebut...
OneXOX merupakan MVNO menggunakan rangkaian Celcom...

iv- Altel

Altel menawarkan pemanjangan tempoh sah selama setahun...
Tetapi pakej yang ditawarkan berharga RM 28...
Dan anda perlu tambah nilai RM 30 dalam 6 bulan pertama...
Untuk melayakkan anda mendapat pemanjangan tempoh sah...
Altel adalah MVNO menggunakan rangkaian Celcom...

Perkhidmatan BuzzMe telah ditamatkan bermula 31 Januari 2019
v- BuzzMe

BuzzMe menawarkan pemanjangan tempoh sah selama setahun...
Pakejnya berharga RM 38 dan tiada syarat lain dikenakan...
BuzzMe adalah MVNO menggunakan rangkaian UMobile...

Setakat ini sajalah artikel kali ini...
Aik... Takkan setakat tu sahaja perbandingan?
Yang bahagian lain macam pelan data yang ditawarkan...
Kelajuan internet bagi setiap rangkaian...
Tak dak pun dalam artikel panjang-panjang kat atas?
Ya... Memang penulis membincangkan empat perkara sahaja...
Sebabnya perkara lain tu ikut individu...
Dan juga tempat-tempat tertentu sahaja...
Dan juga telefon-telefon tertentu sahaja...
Banyak faktor yang boleh mengubah pendapat...

Contohnya kalau pakai telefon pintar terbaru...
Mungkin kelajuan internet juga laju...
Lepas tu asyik streaming video sahaja...
Kuota data pun habis dengan lajunya...
Jadi nampak pelan internet yang besar lagi berbaloi...
Tapi bagi sesetengah orang yang biasa sahaja...
Sekadar menggunakan WhatsApp, Telegram dan Facebook...
Mungkin tidak perlu kelajuan yang tinggi...
Data pun tak perlu besar-besar sangat...
Jadi perkara itu perlu perbincangan yang lebih mendalam...
Rasanya artikel ni pun dah cukup panjang...
Tak tau la sapa yang akan baca sampai habis...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih