Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Jumaat, 9 Mac 2018

Tanda Perlu Tukar Tayar Kereta

Ramai dalam kalangan kita memandu kereta...
Bagi yang memiliki kereta yang dipandu tersebut...
Pasti anda pernah menukar tayar kereta anda...
Mungkin masih awal lagi bagi yang baru membeli kereta...
Tapi sampai satu masa anda mesti akan tukar tayar kereta anda...
Bila sampai masa untuk tukar tayar...
Janganlah melengah-lengahkan lagi penukaran tayar kereta anda...
Jangan pula sanggup membeli tayar terpakai...
Demi menyelamatkan poket anda daripada nyawa anda...


Terdapat banyak sebab-sebab anda terpaksa tukar tayar...
Samada disebabkan bunga haus...
Atau sebab-sebab lain yang selalunya jarang berlaku...
Seperti tayar rosak, atau tayar kereta anda adalah tayar lama...


Sebab pertama ialah bunga tayar haus...
Atau lebih dikenali sebagai tayar botak...
Bagaimana untuk mengetahui tayar anda telah haus atau botak?
Adakah sehingga tayar kereta anda sudah tidak ada bunga?
Ataupun menggunakan syiling untuk memeriksanya?
Jika anda tahu cara memeriksa menggunakan syiling...
Pastinya anda mengetahui bilakah tayar anda dianggap botak...
Tetapi post ini untuk orang yang tidak mempunyai syiling untuk memeriksa...
Jadi bagaimana caranya?


Penanda menggunakan segitiga atau anak panah


Penanda menggunakan huruf TWI


Kombinasi penanda logo yang menunjukkan penanda musim bersalji 
dan nombor untuk musim lain

Pernahkah anda perasan bentuk segitiga atau anak panah...
Atau huruf 'TWI', atau logo pada sisi tayar anda...
Berdekatan dengan bunga tayar...
Seperti gambar yang ditunjukkan di atas?
Itulah penanda tayar kereta anda sudah dianggap botak...
Atau tidak selamat lagi untuk digunakan...
Ia disebut sebagai Tread Wear Indicator atau Penanda Bunga Haus...
TWI ini juga terdapat pada bunga tayar kereta anda...
Seperti yang ditunjukkan pada gambar dibawah...


Penanda TWI pada bunga tayar

Jika tayar kereta anda telah menyentuh penanda tersebut...
Silalah tukar tayar kereta anda dengan segera...

Sebab kedua ialah tayar kereta anda rosak...
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan tayar rosak...
Antaranya ialah tayar bengkak atau shifted belt...
Kebiasaannya gegaran dan goyangan semasa memandu...
Adalah berpunca daripada masalah imbangan dan penjajaran...
Namun masalah tersebut kadang-kadang bukanlah puncanya...
Tahukah anda tidak semua tayar sempurna semasa dihasilkan?
Jadi kemungkinan anda terbeli tayar cacat dan rosak dari kilang...


Tayar Bengkak atau Shifted Belt

Ataupun akibat serpihan objek atas jalan seperti batu, besi dan paku...
Mungkin juga disebabkan jalan berlubang dan berbonggol...
Gegaran dan goyangan ini berlaku terutamanya ketika kelajuan rendah...
Jika ini berlaku, minta mekanik memeriksa tayar kereta anda...
Kemungkinan ianya disebabkan tayar bengkak...
Dan jika betul tayar bengkak, tukarlah tayar baru...
Kerana anda berisiko mengalami kegagalan tayar...
Terutamanya dalam kelajuan tinggi seperti di lebuhraya...


Contoh tayar yang mempunyai kesan lecetan

Perkara kedua ialah kerosakan fizikal tayar tersebut...
Antaranya seperti angin tidak dapat diisi, tayar meletup, tayar terkoyak...
Terdapat kesan hirisan, lecetan, siatan, dan lubang pada tayar...
Kebanyakkan tidak sedar perkara ini berlaku...
Menyebabkan mereka memandu dalam keadaan tayar pancit...
Yang akan menyebabkan banyak lagi kerosakan lain berlaku...
Jika anda bernasib baik, rim tayar anda masih lagi tidak rosak...
Jika tidak bernasib baik, sekali dengan rim perlu ditukar...
Jadi periksalah angin tayar kereta anda...
Dan jika terdapat tanda-tanda seperti diatas...
Segeralah tukar tayar kereta anda sebelum terlambat...

Perkara akhir yang mengakibatkan tayar rosak ialah tayar merekah...
Tayar baharu memiliki minyak dan bahan kimia...
Untuk memperlahankan proses 'rekahan' tersebut...


Contoh tayar yang merekah

Tetapi semua bahan kimia dan minyak tersebut...
Akan kering dan tersejat disebabkan penggunaan kita...
Kemungkinan kita meletakkan kereta pada cuaca panas melampau...
Ataupun panas semasa tayar tersebut bergeser dengan permukaan jalan...
Kekeringan getah tayar akan menyebabkan kurangnya daya cengkaman...
Yang akan membawa kepada masalah yang lebih besar lagi...
Cuba periksa tayar kereta anda sekarang dari jarak dekat...
Jika terdapat rekahan kecil pada bunga dan sisi tayar...
Bersedialah untuk menukar tayar kereta anda...


Contoh kod tarikh terkini dengan empat angka

Sebut pasal kering, adakah tayar anda adalah tayar lama?
Bagaimana untuk memeriksa umur tayar kereta anda?
Hampir semua negara didunia mewajibkan semua tayar baru...
Memaparkan kod tarikh pengeluaran tayar tersebut...
Yang mewakili minggu dan tahun tayar tersebut dikeluarkan...
Contohnya jika 0118, bermaksud minggu 1 tahun 2018...
Iaitu di antara 1 Januari 2018 hingga 7 Januari 2018...
Tayar kereta perlu ditukar setiap 5 tahun sekali...
Walaupun bunga tayar masih lagi tebal seperti baru...


Contoh kod tarikh lama dengan tiga angka

Tapi tayar kereta saya cuma ada tiga angka sahaja...
Saya tak jumpa pun empat angka seperti yang disebut...
Jika kod itu tiga angka, maka tayar tersebut...
Tidak patut digunakan lagi pada masa sekarang...
Sebab kali terakhir kod tiga angka digunakan...
Adalah pada tayar yang dikeluarkan pada tahun 1999...
Contohnya 459 iaitu minggu 45 tahun 1999...
Iaitu dari 8 November 1999 hingga 14 November 1999...
Bermula tahun 2000, hanya kod empat angka digunakan...
Segeralah menukar tayar anda jika mempunyai kod tiga angka...
Atau pun melebihi jangkamasa disebutkan di atas...

sumber : PanduLaju, AutoGuide

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

1 ulasan:

  1. Terima kasih untuk penerangan.. artikel yang berguna.. :)

    BalasPadam

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih