Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Isnin, 1 Januari 2018

Mendapatkan semula emel draft yang terpadam GMail

Pasti ramai yang pernah terpadam emel draft...
Terdapat perkara yang kelakar dengan GMail ni...
Bila kita padam email biasa...
Emel tersebut masih boleh di semak semula dalam Sampah atau Trash...
Tetapi bila kita tertekan Buang atau Discard emel draft...
Emel tersebut akan lesap sebelum anda sempat buat apa-apa...
Perkara ini mungkin terjadi semasa anda sedang menaip email...
Sama ada anda ingin menambah gambar atau lampiran...
Anda tertekan ikon tong sampah di sebelah bawah...



Jika anda masih belum panik semasa kejadian ini...
Anda masih mempunyai pilihan untuk Batal atau Undo semula draft tersebut...
Ataupun jika anda masih mempunyai peranti lain...
Yang bersambung dengan akaun GMail anda...
Anda masih boleh cuba tukar kepada mod Kapal Terbang...
Dan berharap akaun anda diperanti tersebut masih belum diselaraskan...
Atau dikemaskini dengan akaun GMail anda...
Tetapi jika anda menjumpai post ini...
Kemungkinan anda telah panik dan tertekan pautan lain...
Ataupun anda tidak mempunyai pilihan yang lain...
Jadi bagaimana pilihan lain yang dapat di gunakan?

Pilihan ini hanya boleh digunakan...
Jika anda masih belum menutup tab dan browser...
Yang anda gunakan semasa terpadam draft tersebut...
Jika anda telah menutup tab atau browser tersebut...
Masih tiada lagi pilihan untuk anda dapatkan semula emel tersebut...
Tetapi anda masih boleh mencuba langkah dibawah ini...
Mana tahu RAM komputer atau laptop masih lagi menyimpan data tersebut...

Jadi langkah pertama ialah anda perlu memuat turun aplikasi membaca memory...
Antara aplikasi yang anda boleh muat turun ialah HxD...
Dan tutorial ini menggunakan aplikasi tersebut...
Kemudian anda bolehlah memasang atau install aplikasi tersebut...
Langkah pertama tentulah anda buka aplikasi tersebut...
Langkah kedua ialah pilih Extras...
Kemudian OpenRAM atau Shift+Ctrl+R...


Anda akan dapat lihat tetingkap seperti dibawah...


Di sini anda perlu cuba try test uji...
Untuk mencari manakah proses browser yang berkaitan...
Jika anda menggunakan browser chrome contohnya...
Anda hanya perlu cuba try test uji yang chrome.exe sahaja...
Dibawah ini contoh proses.exe bagi browser yang selalu digunakan...
Hanya uji proses.exe yang berkaitan sahaja...


Cara untuk anda uji ialah dengan menggunakan kata kunci yang anda ingat...
Contoh kata kunci bagi tutorial ini ialah 'mendapatkan'...
Anda perlu cuba cari setiap proses.exe yang berkaitan dengan browser anda...


Tukar search direction kepada All...
Dan tekan ok untuk mula mencari...
Jika masih lagi terdapat data emel tersebut dalam RAM anda...
Maka jawapan sepeerti dibawah akan dipaparkan...
Tetapi anda masih perlu untuk mencari proses.exe yang mana...
Berkaitan denga emel anda tersebut...


Anda bolehlah menyalin dan tampal perkataan yang ada...
Ke emel yang anda ingin tulis...
Selamat mencuba dan semoga berjaya...

sumber : Needle in a Thread Stack, HxD - Freeware Hex Editor and Disk Editor, Quora, GMass

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih