Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Jumaat, 1 Disember 2017

Melawat Malaysia dengan Pengangkutan Awam

Mesti ramai yang bertanya...
Apakah tempat-tempat yang boleh dilawati di Malaysia...
Hanya dengan menggunakan pengangkutan awam..
Perkara ini penting bagi yang tidak mempunyai kenderaan...
Tetapi ingin melawat dalam Malaysia...

Terdapat beberapa pilihan pengangkutan awam...
Bagi yang ingin menggunakannya untuk melawat tempat berhampiran...
Antara pilihan yang ada ialah bas, keretapi, kapal terbang, teksi...
Pengangkutan yang dipilih untuk artikel ini ialah keretapi dan bas...

Terdapat beberapa servis rel yang boleh digunakan di Malaysia...
Antaranya ialah servis yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM)...
KTM mempunyai rangkaian rel terpanjang di Malaysia...
Ini membolehkan lebih banyak tempat boleh dilawati...
Hanya dengan menggunakan servis dari KTM...
Antara servis yang ditawarkan oleh KTM adalah KTM Komuter...
Untuk setakat ini KTM menawarkan empat servis komuter...
Dua daripada servis tersebut adalah dalam kawasan Lembah Kelang...
Iaitu laluan Seremban dan laluan Pelabuhan Klang...
Dua lagi di kawasan utara meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak...
Iaitu laluan Padang Besar dan laluan Padang Rengas...



Laluan Seremban bermula dari Batu Caves, Selangor...
Dan berakhir di Pulau Sebang, Melaka...
Laluan Pelabuhan Klang pula bermula dari Tanjung Malim, Perak...
Dan berakhir di Pelabuhan Klang, Selangor...
Laluan Padang Besar pula bermula dari Padang Besar, Perlis...
Dan berakhir di Butterworth, Pulau Pinang...
Manakala laluan Padang Rengas bermula dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang..
Dan berakhir di Padang Rengas, Perak...

KTM juga mempunyai tiga laluan Electric Train Service (ETS)...
Laluan pertama bermula dari Ipoh, Perak dan berakhir di KL Sentral, Kuala Lumpur..
Laluan kedua bermula dari Padang Besar, Perlis dan berakhir di Gemas, Negeri Sembilan...
Laluan ketiga bermula dari Butterworth, Pulau Pinang....
Dan ianya juga berakhir di Gemas, Negeri Sembilan...
Klik pautan di bawah untuk melihat stesen-stesen...
Yang boleh digunakan untuk ke beberapa tempat di negara ini...

KTM Komuter
KTM ETS

Selain daripada KTM, terdapat juga laluan lain yang tidak dikendalikan oleh KTM...
Antaranya ialah Rangkaian Pengangkutan Intergrasi Deras (Rapid) Kuala Lumpur (KL)...
RapidKL mengendalikan lima laluan transit yang semuanya di KL...
Dua daripada laluan tersebut adalah laluan Light Rail Transit (LRT)...



Laluan pertama pula di panggil laluan Ampang...
Laluan ini mempunyai dua cabang yang bermula di Sentul Timur, Kuala Lumpur...
Satu cabang berakhir di Ampang, Kuala Lumpur...
Dan satu lagi cabang berakhir di Putra Height, Selangor...
Laluan yang kedua dipanggil laluan Kelana Jaya...
Laluan ini bermula dari Gombak, Selangor, berakhir di Putra Height, Selangor...

Selain dari laluan LRT, RapidKL juga mempunyai satu laluan Monorel...
Laluan ini di panggil sebagai laluan KL Monorel...
Ianya bermula dari KL Sentral, Kuala Lumpur...
Dan berakhir di Titiwangsa, Kuala Lumpur...
RapidKL juga mempunyai satu laluan Bus Rapid Transit (BRT)...
Laluan ini dikenali dengan nama BRT laluan Sunway...
Ianya dikendalikan dengan menggunakan bas elektrik...
Laluan ini bermula dari Setia Jaya, Selangor...
Dan berakhir di USJ7, Selangor...

Laluan terakhir yang dikendalikan oleh RapidKL ialah Mass Rapid Transit (MRT)...
Laluan ini diberi nama MRT laluan Sungai Buloh Kajang (SBK)...
Ia bermula di Sungai Buloh, Selangor dan berakhir di Kajang, Selangor...
Klik pautan di bawah untuk melihat stesen-stesen...
Yang boleh digunakan untuk ke beberapa tempat di negara ini...

RapidKL LRT
KL Monorel
BRT Laluan Sunway
MRT Laluan SBK


Pengendali terakhir ialah Express Rail Link (ERL)...
Mereka mengendalikan dua laluan ekspres dan tansit...
Keduanya bermula di KL Sentral, Kuala Lumpur...
Dan berakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Selangor...
Laluan ekspres diberi nama KLIA Ekspres...
Ianya mengambil masa 33 minit untuk perjalanan 59.14 km...
Laluan transit diberi nama KLIA Transit...
Ianya mengambil masa 39 minit untuk perjalanan jarak yang sama...

Klik pautan di bawah untuk melihat stesen-stesen...
Yang boleh digunakan untuk ke beberapa tempat di negara ini...

ERL

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih