Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Sabtu, 11 Ogos 2012

Mencari Lailatul Qadar

Malam yang lebih baik daripada seribu bulan...
Itulah gelaran yang diberikan kepada Lailatul Qadar...
Sehingga mempunyai surah yang khusus didalam Al-Quran...
Yang menunjukkan kemuliaan malam Al-Qadar...
Juga terdapat hadis - hadis yang menunjukkan kelebihan Lailatul Qadar...


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani 
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!(5)

Di bawah ni pula hadis mengenai kelebihan Lailatul Qadar...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري(

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: "Barangsiapa yang menghidupkan malam Al-Qadar (menghayati dengan mengerjakan sembahyang dan pelbagai jenis ibadah yang lain), dengan penuh keimanan dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu".(Riwayat Bukhari).

Bilakah Lailatul Qadar??
عَنْ ‏ ‏عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا ‏ ‏قَالَتْ ‏ ‏قَالَ رَسُولُ اللهِ ‏ ‏صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ‏ ‏قَالَ ‏ ‏ابْنُ نُـمِير ‏التَمَسُوا وَقَالَ ‏‏وَكِيعَ تَحَرُّوا لَيْلَةَ الْقَدْر فِي الْعَشَر الْأَوَاخِر مِنَّ رَمَضَان (رواه مسلم)

Dari Aisyah r.a katanya : "Rasulullah s.a.w menjawab pertanyaan Ibnu Numir dengan bersabda : Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadan" (Riwayat Muslim)

وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشَرَ أَحْيَا الْلَيْلَ وَأَيْقَظ أَهْلُهُ وَجْدُ وَشَدَّ الْمَئِزَر (متفق عليه)

Dari Aisyah r.a katanya : "Apabila tiba 10 malam terakhir Ramadhan, Rasulullah s.a.w menghidupkan malam (dengan melakukan ibadah), mengejutkan keluarganya (untuk bangun beribadah), bersungguh- sungguh (dalam beribadah) dan mengetatkan kainnya (tidak menggauli isterinya)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan dua hadis di atas...
Dapat disimpulkan di sini bahawa Lailatul Qadar...
Jatuh pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan...

Terdapat perselisihan pendapat tentang hari yang tepat terjadinya Lailatul Qadar...
Sehinggakan tiada tarikh yang tepat menentukan Lailatul Qadar...
Banyak pendapat yang kuat mengatakan Lailatul Qadar jatuh pada malam ganjil...
Jadi kemungkinan yang ada ialah 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan...

Waktu Lailatul Qadar tidak sama di semua tempat...
Terdapat formula untuk mencari Lailatul Qadar yang dibuat oleh Imam Al-Ghazali...
Berdasarkan pengalamannya bergantung kepada Awal Ramadhan...
Yang mungkin boleh digunakan untuk membantu pencarian Lailatul Qadar...

    Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :
    [1] Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;
    [2] Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
    [3] Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;
    [4] Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
    [5] Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.

Cara Rasulullah mencari Lailatul Qadar

Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf...
Dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramdahan...
Selepas waktu Asar...

Iktikaf bererti berhenti di masjid...
Berhenti dari segala urusan dunia...
Disertai niat untuk berhenti di dalam masjid...
Sambil melakukan amalan ibadah...
Seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang...

Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing...
Iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang...
Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah...
Fardu kifayah dalam mazhab Hanafi...
Sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Tanda Malam Lailatul Qadar 

Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:
  1. malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
  2. siangnya cahaya matahari warnanya pucat
  3. pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
  4. orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  5. mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
  6. melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
Allah sengaja menyembunyikan bilakah Lailatul Qadar ini...
Ini untuk membezakan antara hambanya yang malas...
Dan hambanya yang bersungguh - sungguh untuk mencari Lailatul Qadar...
Orang yang menemui Lailatul Qadar mungkin akan melihat sesuatu pada malam itu...
Mungkin juga tidak dapat melihat apa - apa pada malam tersebut...

Wallahualam...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih