Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Selasa, 14 Ogos 2012

Seksyen 114A Pemusnah Kebebasan

Bagi pengguna yang mengikuti perkembangan internet...
Mungkin anda semua tahu mengenai satu Seksyen baru yang diperkenalkan...
Seksyen tersebut yang dikenali sebagai Seksyen 114A "Andaian Fakta Dalam Penerbitan"...
Seksyen ini bakal menyekat hak kebebasan bersuara dalam internet...
Ia juga menyusahkan pengguna internet khususnya di negara tercinta ini...


Apakah Seksyen 114 A??

Nazri Aziz telah membentangkan pindaan baru terhadap Akta Keterangan 1950...
Pada 18 April 2012 dalam Dewan Rakyat dan disokong oleh James Dawos Mamit...
Diluluskan setelah pembacaan kedua dan ketiga dilakukan...
Pada 09 Mei 2012, Dewan Negara telah meluluskan pindaan tersebut...

114A merupakan seksyen yang terbaru...
Ditambah kepada Akta Keterangan 1950...
Dan boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil...
Mengandaikan bahawa orang yang terlibat iaitu :
  1. pemilik
  2. pengendali
  3. hos
  4. editor
  5. pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web
  6. pemilik komputer atau peralatan mudah alih
Dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulangsiarkan...
Isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit...

Apa tujuan asal pindaan ini diperkenalkan??

Mengenal pasti individu yang bertanggungjawab...
Ke atas penyiaran dan penyebaran bahan berunsur hasutan di internet...
Ini disebabkan kesukaran pihak berkuasa menjejaki...
Dan mengenalpasti individu yang terlibat...
Menyebarkan dan menyiarkan bahan berunsur hasutan di internet...

Individu yang terlibat dengan mudah mengambil kesempatan...
Menyembunyikan identiti mereka kerana internet luas dan terbuka...
Penyembunyian identiti juga menyebabkan RAKYAT TIDAK TAKUT menyuarakan pendapat mereka kepada mana - mana pihak...
Maklumat MUDAH BERPINDAH dari satu pihak kepada pihak yang lain MENYUKARKAN lagi pihak berkuasa untuk MENJEJAKI INDIVIDU ASAL yang menyebarkan maklumat tersebut...

Apakah kekurangan pada Seksyen 114A??

Mesti ada yang berkata bagus lah boleh cari sapa yang sebar maklumat tu...
Tapi ingat!! Pindaan ini mengandaikan kesalahan terletak kepada individu...
Yang identitinya digunapakai untuk menyebarkan maklumat berbentuk hasutan...
Tanpa mengira faktor lain seperti kecurian identiti dan penggodaman komputer...

Kesalahan jugak diletakkan kepada pengendali blog yang memberikan ruang komen...
Pengendali forum, pengendali laman web atau apa - apa maklumat...
Yang boleh dijadikan sebagai identiti untuk seseorang didakwa...
Walaupun maklumat tersebut disebarkan oleh pihak lain...

Seksyen ini juga meletakkan kesalahan kepada pemilik walaupun belum dibuktikan...
Ini bercanggah dengan prinsip keadilan yang digunapakai selama ini...
Yang mengatakan seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya...
Tapi pindaan ini menyatakan pihak yang dituduh perlu membuktikan dirinya tidak bersalah...

Pindaan ini juga melindungi penjenayah siber...
Disebabkan kesalahan diletakkan 100% ke atas pemilik...
Sekiranya dia tidak dapat membuktikan dirinya tidak bersalah...
Ini sekaligus meningkatkan jenayah siber yang berlaku di negara kita...

Apakah kesan kepada individu yang terlibat??

Pelaksanaan Seksyen 114 A mempunyai kesan yang luas terhadap setiap pengguna internet...
Meliputi pelbagai platform seperti emel dan media sosial...
Pindaan ini meletakkan kesalahan ke atas individu yang memiliki laman web atau peralatan...
Yang mana kenyataan atau isi kandungan berunsur hasutan tersiar sebelum dibuktikan...

Di bawah Seksyen 114 A, individu atau organisasi yang mengendali...
Menyelia atau menyediakan ruang untuk forum, blog atau perkhidmatan pengehosan web...
Bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat dalam perkhidmatan terbabit...
Dan bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan oleh pihak lain yang menyamar...
Menggunakan identiti mereka di internet...

Hasilnya, Seksyen ini mengancam kebebasan bersuara di internet...
Serta mengancam prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia....
Mai kita tengok komik kat bawah ni untuk lebih faham...



Hahaha...
Senangnya kerja nak dakwa orang...
Lepas ni dah tak boleh buat internet free dah la...
Semua nak kena bayar, kena buat pendaftaran...
Terima Kasih kerajaan yang sangat berjasa kepada rakyatnya...

sumber :  Stop 114A

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih