Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Sabtu, 4 Jun 2011

10 sebab Windows adalah Sistem Operasi yang terbaik..

Mesti semua orang tahu kan...
Windows merupakan Sistem Operasi (OS) yang paling hebat...
Jika dibandingkan dengan OS yang lain seperti Apple dan Linux...
Mungkin kenyataan ini mengejutkan pengguna OS yang lain...
Kepada pengguna OS yang lain...
Jangan korang terasa rendah diri...
Sebab anda mengggunakan OS lain selain Windows...
Tak percaya Windows adalah OS yang terbaik??
Baca lagi untuk mengetahui lebih lanjut sebab - sebabnya...

Windows merupakan OS yang terbaik kerana sebab - sebab dibawah...
  1. Bugati Veyron seperti yang kita tahu merupakan sebuah kereta yang terpantas buat masa kini. Harga untuk memilikinya adalah USD 1,700,000 (RM 5,115,300.00) dan merupakan kereta paling mahal didunia (The SuperCars.org). Windows merupakan OS yang termahal (RDM), jadi sudah tentulah Windows merupakan OS yang terpantas juga.  
  2. Iklan Windows adalah antara yang terlucu (TechEBlog)... Jadi, tentulah Windows merupakan OS yang paling lucu.
  3. Setiap orang tahu jika lebih banyak huruf terdapat dalam sesuatu nama, maka itulah yang terbaik. OS X - 3 huruf, paling teruk. Linux - 5 huruf, baik la sikit. Windows 7 - 8 huruf, TERBAIK.
  4. Windows lebih mesra pengguna. Cuba fikirkan, tingkap atau harimau kumbang lebih mesra pengguna jika anda menendangnya?? Saya pasti tidak ada orang yang mahu menendang penguin.
  5. Pengguna Windows suka makanan seperti Ikan Tuna, Hero, dan Patty Melt, manakala pengguna Mac OS X pula suka makanan seperti Hummus, Bánh mì, dan Shawarma (Hunch.com). Satu saja yang saya tahu diantara makanan diatas iaitu Ikan Tuna (teruk gila aku ni... hahaha...). Ini menunjukkan pengguna Windows makan makanan yang dikenali oleh ramai orang berbanding makanan yang dimakan oleh pengguna Mac OS X.
  6. Windows merupakan platform dimana pengguna Mac dan Linux bermain permainan masa kini melainkan mereka mampu memiliki PlayStation, XBOX 360 ataupun Wii.
  7. Windows adalah yang terbaik sehinggakan Mac mempunyai aplikasi seperti Boot Camp, Parralells bagi membolehkan Windows beroperasi didalam Mac.
  8. Papan kekunci Windows mempunyai satu kekunci yang dipanggil sempena namanya iaitu kekunci Windows. Linux pun tidak mempunyai kekunci yang dipanggil sempena namanya. Mac yang mempunyai kekunci khas pun tidak dipenggil sempena namanya sebaliknya dipanggil kekunci "command".
  9. Windows tidak mempunyai nama burger pada namanya. Tetapi Mac mempunyai nama burger pada namanya (Big Mac).
  10. Windows membantu pertumbuhan dan pemulihan ekonomi. Cuba lihat jumlah pakar - pakar tentang Windows. Banyakkan?? Jadi Windows lebih menjaga ekonomi berbanding Mac.
Jadi terbuktilah bahawa Windows merupakan Sistem Operasi yang terbaik jika dibandingkan dengan Sistem Operasi yang lain....
Setuju tak??
Kalau tak setuju komen kat bawah...
Sekian...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih