Sesiapa saja yang pernah menggunakan komputer pasti biasa menggunakan peranti ini...
Siapa yang tak pernah guna pendrive??
Kalau zaman sekarang tak pernah guna...
Orang itu bukanlah generasi yang sentiasa up-to-date...
Ok...
Sebelum ini USB yang selalu kita gunakan ialah USB 2.0...
Walaupun kelajuannya tidak begitu memuaskan...
Tapi cukuplah berbanding dengan peranti yang tidak menggunakan USB...
Dan pengunaanya banyak memudahkan urusan berkaitan komputer...
Mana taknya...
Hampir semua peranti komputer menyokong USB...
Tetikus, papan kekunci, pendrive...
Malahan telefon bimbit pun dicas menggunakan USB...
Disebabkan penggunaannya yang meluas...
Dan permintaan untuk arus elektrik pun meningkat...
Maka banyak USB yang tidak standard dikeluarkan bagi menampung penggunaan elektrik yang melebihi arus standard port USB...
Dan untuk peranti yang mempunyai kelajuan yang tinggi...
Melebihi standard USB 2.0 iaitu 480 Mbps...
Jadi penyelidikan telah dibuat untuk mengatasi masalah ini...
Maka USB 3.0 pun dilahirkan...
USB 3.0 ataupun Super Speed USB mempunyai kabel yang seiras dengan USB 2.0...
Malahan sekali pandang tak nampak pun perbezaan kedua - dua kabel ini...
USB 3.0 mempunyai penambahan dua lagi kabel untuk data...
Jadi USB 3.0 boleh membaca dan menulis pada masa yang sama...
Selain itu, USB 3.0 juga dikatakan dapat mencapai kelajuan maksimum 4.8 Gbps...
Ia juga dapat mengecas 4 peranti untuk satu port...
Bukan setakat itu sahaja...
Ia juga lebih menjimatkan tenaga berbanding USB 2.0...
Dengan protokol baru...
Mana - mana port yang tidak aktif tidak akan menggunakan elektrik...
Jadi pembaziran elektrik tidak berlaku kat sini...
Peranti yang akan menyokong USB 3.0 akan dibangunkan pada tahun 2010...
Manakala Intel hanya akan mengeluarkan pemprosesnya pada tahun 2011...
Begitu juga dengan AMD...
sumber : MaximumPC, Wikipedia
i like this post..
BalasPadam^^
hmm...
BalasPadamsori r x der feature cm facebook...
comment jer la yang mampu...
huhuhu...