Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Jumaat, 22 Ogos 2008

Kuih Bahulu.............

Kuih bahulu amat digemari oleh masyarakat Malaysia sepanjang tahun pada semua peringkat usia tak kira yang tua mahupun yang muda. Ianya amat popular terutamanya pada musim perayaan dan majlis - majlis keramaian. Tetapi ramai diantara masyarakat masa kini tidak tahu apa itu kuih bahulu. Kebanyakkannya hanya sekadar makan sahaja tanpa mengetahui apa yang dimakan.

Kuih bahulu adalah kuih yang berwarna coklat keemasan yang sedikit rangup diluar dan lembut di dalam. Secara ammnya bahulu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang pertama yang dikenali dengan bahulu cermai (the button)  dan bahulu ikan (the goldfish). Bahulu jenis inilah yang selalu kita jumpa di pasaran. Dua lagi jenis bahulu dikenali dengan nama bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu jenis ini jarang dan susah untuk didapati di pasaran kerana bahulu jenis ini perlu ditempah daripada pembuat kuih tradisional.

Agak mudah untuk kita membuat sendiri bahulu kerana bahan - bahan yang digunakan hanyalah tepung gandum, telur, gula, dan sedikit minyak masak. Bagi bahulu jenis kedua dan ketiga hanya perlu tambahkan jem atau kaya pada setiap lapisan atau pada bahagian dalam bahulu yang hendak digulung.


Disini saya sertakan cara - cara membuat bahulu yang jenis pertama:

Bahan:
4 biji telur
125 gm tepung serbuk penaik
125 gm gula halus, dijemur sebentar
 
2 sudu teh tepung gandum 


Cara:
1.  Campurkan semua bahan - bahan ke dalam mangkuk. Gaulkan semua bahan tadi sehingga sebati dan naik buih.
2. Minyakkan acuan kuih bahulu. Masukkan campuran yang telah sebati tadi ke dalam acuan dengan menggunakan sudu sehingga ¾ penuh
3. Masukkan acuan yang telah diisi tadi ke dalam oven yang telah disetkan pada suhu 180° selama 10 minit.
4. Keluarkan bahulu yang dah masak tu. Hidangkan ketika panas ataupun simpan dalam bekas kedap udara.

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

3 ulasan:

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih