Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Sabtu, 5 Julai 2008

Perjalanan ke UTeM2...

Sabtu 28 Jun 2008

Pagi

Kami pun memulakan perjalanan daripada umah Mak Su aku dalam kul 9.30.....
Dalam kul 11 sampai la ke Melaka........
Keluar2 tol Ayer Keroh nampak la sign board nak pi UTeM kampus induk.......pi la masuk ikut sign board tu. Bila dah sampai (kalau tak silap aku nama tempat tu nama Durian Tunggal) terkejut aku tengok macam mana nak belajar kampus pun tak siap lagi baru dok bina........
Bila tengok balik surat tawaran kena pi kat kampus industri kat Ayer Keroh........
Pusing balik la........ Tengok minyak dah hampir abis singgah la kat Petronas... sambil isi minyak tanya la abang tu kat mana UTeM ni ada kat mana sebenarnya ni..........
Sekali abang tu jawab ada 3 kampus terkejut beruk aku........Apa kes sampai 3 tempat ni.......
Pastu aku pun tanya le kat mana kampus industri coz aku kena daftar kat situ........
Abang tu kata ikut masuk simpang ke MITC (apa kebendenye MITC tu).............

Petang

Dah jumpa kampus tu aku cakap la kat ayah aku suruh singgah kat zoo pulak......... Maklumlah nak kena masuk U kan bukan senang nak jumpa lepas ni........
Masa dok kat depan Zoo Melaka tu aku suruhla ayah aku tempah hotel yang paling dekat ngan tempat aku nak daftar esoknya........ Dia kata dalam kul 2 boleh check-in......So masuk la dalam zoo dulu.......
Dah abis check-in kat AnCasa Hotel tu (kalau tak silap aku no bilik aku 417 kot)..... Mulalah menyemak apa yang kena bawak masa daftar esok..............
Check2 baru perasan baju kemeja putih lupa bawak(hehehehehehe)...... Kalut petang tu pi cari sebab esok dah nak daftar.........


Malam

Dah abis membeli maka macam biasalah perut mesti diisi........hehehehehe
Stop sat kat warung tepi jalan sebelum simpang jalan masuk ke hotel.........hehehehehe
Pastu terus balik ke hotel tido..........


Ahad 29 Jun 2008

Pagi

Berdebar2 la nak masuk daftar kat U............. Pagi tu check skali lagi borang yang nak wak pi masa daftar........ Masa tengah check tu teringat pulak yang slip keputusan SPM yang fotostat......(memang mat lupa la aku ni)

Pi la kedai makan nak sarapan........ Semua makan nasi goreng ngan milo ais, aku ngan ayah aku makan nasi lemak ngan teh ais.........
Punyala tak lalu nak makan pagi tu coz banyak benda tak siap lagi...... Maka nasi lemak aku tu dihabiskan oleh adik aku yang no2..........
Pi la kat kedai fotostat......
Dah siap semua pi la kat kampus industri tu nak daftar....hehehehehe.........
Masa daftar tu jumpa la senior sekolah aku. Firaz namanya......Dia mai buat first-degree bahagian sains komputer kot...(aku pon tak ingat la)....
Dah abis daftar semua kena pi daftar pulak kat kolej kediaman (nama kolej tu Murni kot.......)......
Kena daftar before 5 jadi aku ajakla ayah aku round2 kat Banda Hilir....saje nak lepas rindu...hehehehehehehe.......

Petang

Pi la kat Menara Taming Sari tu......dah tengok orang naik seronok sangat jadi aku pun ajakla family aku naik skali...... Ayah aku tak mau naik sebab dia takut kena mabuk tinggi......(Ayah aku ni sebenarnya gayat hehehehehehe......) Jadi aku ngan family aku (tolak ayah aku) pun pi la beli tiket nak naik menara tu...... Biasala masa nak naik tu gayat la jugak tapi bila dah pusing kurang la sikit gayat tu..........
Dah habis kat menara tu maka kami pun pi la makan kat satu medan selera (tah nama pa tau) untuk mengisi perut yang sudah menyanyi sejak tadi.....hehehehehe.........
Dah abis makan terus la pi cari kat mana tau kolej tu........ Dalam peta yang dia bagi kolej tu dok kat depan MMU jadi aku carila MMU....... Ayah aku terus ikut simpang nak pi MMU tu maka tersesatla kami sebentar..... Tengok balik peta tu kolej tu dok kat Taman Bukit Beruang (hahaha beruang pun ada bukit siap ada taman lagi)
Maka dalam bayangan aku kolej kediaman U mesti hebat daripada asrama sekolah aku tetapi rupanya tanggapan aku itu salah kerana kolej kediaman tu adalah sebuah rumah pangsapuri...........hehehehehehe
Dapat no bilik MUR-B-4-8-3........ Tanyala abang yang dok jaga kat kolej kediaman tu..... Maka aku pun terdengarlah suatu kenyataan yang menensyenkan aku.......... Bilik aku katanya berada di tingkat 4 rumah no 8 dan 3 tu dia kata kena naik satu tingkat lagi dalam rumah tu....Maknanya aku dok kat tingkat 5 le jawabnya....... Maka setelah bersusah payah akhirnya sampai jugak aku kat bilik...... Sesampai je kat bilik ada satu masalah lain lagi yan berlaku...... Loker/almari pulak tak dak...... Lagi bertambah tensenlah aku....... Maka ayah aku pi la cari pengurus asrama tu nak mintak loker........
Dah selesai semuanya family aku pun bertolak la balik ke Kedah......hehehehehe

Seterusnya......... tungula Kehidupan di UTeM pulak.....hehehehehehehehehehe.........
Sekian......


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Orang Sedang Membaca Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih